Quantcast
Channel: Kebun Bahagia Bersama
Viewing all 401 articles
Browse latest View live

Tamu Matunggong

$
0
0
  Syukur Alhamdulillah bulan lepas Tukang Kebun berkesempatan ke kawasan utara Borneo. Belum lagi sebenarnya sampai the tips of Borneo walaupun pantainya dah nak dekat. Tapi tempat tujuan pertama dah bersempadan dengan Simpang Mengayau kalau jalan kaki boleh sampai. Cuma kali ini kami fokus sekitar kawasan berdekatan dengan Matunggong sebelum kami ke arah Teluk Marudu untuk kaji selidik kedua. Kami menginap di Northern Inn dekat simpang nak ke Kota Marudu booking Queen Room semalam RM83. Ilhan Mikhail dibawa ikut sekali menemani Tukang Kebun drive ke Kudat kali ini dengan rakan-rakan yang lain. Sepatutnya gerak dari hotel awal pagi lagi sebab temujanji seawal sekitar pukul 7 pagi sebelum air mula surut betul, tapi gara-gara meneman Ilhan tengok movie transformer terlajak tidur sikit.
  Dalam sekitar pukul 7 lebih berdekatan ke tempat temujanji ternampak ada suasana tamu di daerah kecil Matunggong. Kawasan Tamu Matunggong tak sebesar Tamu Tuaran atau Tamu Tamparuli. Tetapi setiap daerah tamu nya sangat unik kerana kaya dengan pelbagai ethnic dan budaya. Walaupun temujanji dah overdue, we simply cannot resist singgah sekejap and have a look. Alasan singgah nak beli sarapan macam kuih alas perut sambil driving hehehe....Pukul 7 pagi suasana di tamu sudah mula sibuk dan meriah. Di Kudat majority adalah ethnic Rungus, sebab tu I really want to have a look how they spend their ordinary life everyday. 
 Antara pilihan makanan laut yang boleh didapati di Tamu Matunggong ketika lawatan kami. Yang seronok ke tamu yang dekat dengan laut di Sabah ini kadangkala ada lebih dari 5 jenis sotong yang ada dijual dari saiz besar lengan hinggalah halus seperti jari. Berbeza dengan pilihan di Semenanjung Malaysia terutama di kota yang pilihannya asyik rupa sama ja. Bila Tukang Kebun tengok jenis sotong besar macam gambar di atas terimbau zaman semasa kami merantau di Australia. Mesti kami teringat tangkapan sotong besar seperti ini di Kangaroo island lebih 5 tahun lalu (related posting klik sini). InsyaAllah jika ada rezeki ada juga kami ingat nak bercuti sambil memancing lagi.
 Ada juga nelayan menjual anak-anak ikan yu. Kawan Tukang Kebun kata sedap dibakar anak ikan yu ini. Conservationist will have something to say about that though.
 Di Tamu Matunggong ini kita masih dapat melihat ada ramai lagi yang memakai traditional headdress. Bahasa Runggus dan Bahasa Dusun-Kadazan ada juga persamaannya, kekadang boleh faham lagi apa yang dibualkan. Ada yang berbisik sebelah Tukang Kebun berbahasa dalam Rungus mengadu harga ikan kering yang dijual oleh peniaga bukan bangsa Rungus tersebut agak mahal. Dia tengok muka Tukang Kebun ingat bangsa Rungus juga, senyum-senyum je lah hehehe....seronok rasa when you feel you can blend in with the local community. Peniaga pun ramai yang ajak singgah pun menyapa dalam Bahasa Runggus.
 Pelbagai jenis tembakau asli juga boleh didapati di sini. Tembakau pun ikut kawasan ada dilabel gred dia, yang mahal lagi enak kut. Tak dapat nak celoteh pasal tembakau ni sebab tak pernah cuba. Biasa tengok dulu pun masa nenek campur dengan sireh dia. Bahan lain untuk bersama dengan sireh juga dibekalkan macam buah pinang, dan kapur. Buah pinang pun kebelakangan ini banyak permintaan juga. Tapi kami tiada stok buah pinang sekarang. Pokok-pokoknya baru nak mula musim berbunga semula. Jika anak pokok pinang kami boleh bekalkan.

~ 1 anak pokok/bibit pinang RM10 ~
 Cuba perhatikan berapa banyak seikat sayur yang dijual di Tamu Matunggong berbanding di Semenajung Malaysia kan. Macam 1 ikat sayur daun di Matunggong sama dengan 3 atau 4 ikat sayur daun di Semenanjung Malaysia. Yang menarik perhatian Tukang Kebun di Matunggong ini banyak petani menjual juga buah terung pipit. 1 beg plastik penuh terung pipit tersebut harganya hanya RM1.00 . Buah Terung Pipit juga adalah sumber makanan untuk etnik Rungus di Kudat. Apabila tanya nak masak macam mana buah terung pipit ni ada juga yang berpengetahuan jawab buat masak lemak cili pun sedap katanya.
 Kawan Tukang Kebun beli 1 beg plastik terung pipit di atas manakala mata Tukang Kebun tertarik dengan jenis limau dalam beg plastik di atas. Bau limau tersebut double check pendapat papa Tukang Kebun pun katanya macam bau grapefruit dan rasa dia masam pun macam bau grapefruit. Masa Tukang Kebun merantau di Jepun dulu kekadang ada juga beli grapefruit, jadi bila bau my first thought the smell is closer to grapefruit. Lupa juga nak semai bijinya. Hamba ini doakan diberikan beberapa masa terluang bulan ini, Amin.

 Anak pokok terung pipit ada stok semula bulan ini.

~ 1 anak pokok terung pipit RM4.00 ~

Boleh mix 3 plants for RM10 seperti di page tersebut (Click here).

 Elok sahaja kami dah nak beredar di depan masuk kawasan Tamu, guide baru sahaja tiba nak cari kami yang terpesong direction kejap. Walhal patutnya kami janji jumpa tempat lain. Takut kami ralit lama di Tamu. Sempat juga membeli belah ole-ole sikit kat Tamu Matunggong. 

Salam So Tall

$
0
0
 Pokok daun Salam juga dikenali sebagai pokok serai kayu di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pokoknya amat mudah dijaga di kawasan tropika kerana ianya adalah adik beradik jambu air. Malah apabila ianya sudah matang ia juga akan berbunga yang mirip macam bunga jambu air berwarna putih. Cuma saiznya adalah lebih kecil.
 Lebah dan kelulut sangat sukakan manisan dari bunga pokok daun salam untuk dijadikan sumber makanannya. Seperti pokok jambu air yang kerap berbuah beberapa kali sepanjang tahun. Sifat ini sama juga dengan pokok daun salam.
 Kedatangan banyak agen pendebungaan akan menghasilkan bergugusan buah daun salam. Apabila buahnya matang ianya berwarna merah berkilat. Kemudian burung dan kelawar pula yang menjadikan buah ranum dari pokok daun salam sebagai sumber makanan mereka. Untuk manusia pula daun dari pokok daun salam ini memang memberikan pelbagai khasiat dan rawatan tradisional. Kalau Tukang Kebun kategorikan pokok daun salam ini kepada pokok buah-buahan bukan pokok herba. Sebab buahnya memang boleh dimakan macam buah jambu air. Sumber makanan untuk pelbagai makhluk Allah. Pokok salam ini boleh hidup dengan usia yang lama, lepas kita jadi baja pun masih boleh bersedekah lagi kepada mahkluk Allah yang lain.

Info selanjutnya boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).
 Stok anak pokok daun salam kembali semula bulan April ini.

~ 1 bekas anak pokok daun salam RM10.00 (boleh pos laju atau self-collect) ~

Kami juga membekalkan daun salam.

~ 1 ikat daun salam RM1.00 (boleh pos laju atau self-collect~
 Tahun lepas kami ada potong pokok daun salam untuk kasi ianya saiz rendang sebab pada September 2016 ketinggiannya dah lebih tinggi dari rumah 3 tingkat seperti gambar di atas. Tinggi lagi dari pokok petai jirannya. Boleh anggarkan sendiri ketinggiannya berpandukan ketinggian tangga tersebut yang panjang 2 meter di mana my dear husband (bulatan biru) gunakan untuk panjat sambil potong batang pokok daun salam. Jika dari mata kasar Tukang Kebun ada lebih 8 meter ketinggiannya. Gambar di bawah lepas dipotong tumbang batangnya. Terang benderang terus keliling kawasan pokok daun salam tersebut. Sekarang sebenarnya dah merimbun semula daunnya dengan pantas. 
 Jika ditanam dalam pasu saiznya tak besarlah macam pokok asal daun salam si maknya ni. Mungkin sesuai sangat tanah dia. Sebab pokok petai sebelah dia tu sebenarnya pokok tut. Tapi tumbuh tinggi juga melampai begitu. Cuma sekarang agak serik tanam pokok tut petai. Sebab bila dah beberapa season dia berbuah kemudian pokoknya jadi rapuh habis patah-patah dahannya dah tak kuat dan tengok gaya tak panjang sudah usianya tu. Fruit early but they don't last long. Manja kalau tut ni kalau tak dijaga habislah....
  Pokok salam secara logiknya tak perlu tut sebab rata-rata yang nak gunakan pokok ini pun bahagian daunnya kan. Pokok salam daunnya bila dah tumbuh banyak bila-bila boleh petik regardless of its age. Lagipun pokok salam ni express cepat membesar. Kalau banyak cahaya matahari dan tanah subur dalam 6 bulan boleh tumbuh dalam 1 meter. Pokok salam dengan natural root growth biasanya lebih drought-tolerant sebab akarnya lebih bijak mencari makanan dan airnya sendiri.

Kampung Asal Moyang

$
0
0
 Cuti Thaipusam tahun ini buat pertama kalinya kami sekeluarga berkesempatan untuk melawat kampung asal moyang Tukang Kebun. Simpang dari jalan utama ke Kundasang adalah seperti yang direkodkan di posting sebelum ini (related posting klik sini) masuk ke jalan Tomis Tiong Lokos. Suasana pemandangannya juga terasa nostalgia seakan semasa zaman Tukang Kebun menuntut ilmu di Jepun dahulu pergi berjalan-jalan pada musim panas. Jalan yang berliku-liku di kawasan lembah banjaran hijau puas mata memandang. Terasa akan berada di luar negara. Cuaca pun amat nyaman walaupun sudah tengahari di kawasan terang benderang.
 Kebetulan ada saudara yang sedang berada di kebun nenasnya bersebelahan jalan. Di situ boleh kelihatan puncak Gunung Kinabalu yang berselendangkan awan.
 Pondok kecil untuk berehat semasa berada di kebun. Katanya ada rancangan untuk bina projek lebuhraya Pan Borneo di masa hadapan seperti aliran jalan di bawah yang akan merentas kebunnya. Pertama kali juga Tukang Kebun amati ada pokok ubi kayu kepunyaannya yang pucuk berwarna merah sedang berbunga juga menghasilkan kantung benih. Ya pokok ubi kayu juga menghasilkan bunga. Cuma jarang sekali kita nampak bunganya.  
 Di gambar atas ini boleh lihat di lembah tersebut ada kawasan kampung bernama Nuluhon. Di sinilah kami menuju seterusnya untuk berehat makan tengahari di pondok pakcik kami. Sebelum bertolak kami dah tapau makanan. Alangkah indahnya bangun pagi buka tingkap dapat menghirup udara segar di luar dan hijau dunia. Tidak jelas tetapi ada beberapa tempat di sekitar kawasan ini juga menanam padi huma.
 Tidak jauh dari rumah pakcik kami ini ada sepokok buah limau yang buahnya agak besar dan tumbuh bergugusan menarik perhatian Tukang Kebun. Besar buahnya sebab dari jarak Tukang Kebun ambil gambarnya masih jelas kelihatan. Besarnya macam antara buah orange atau grapefruit.
 What came on my mind the first things was it might be one of the ancestors of the citrus family. Limau dikatakan berasal dari Asia Tenggara. Unik pokok limau ini adalah ianya tumbuh bergugusan rapat-rapat macam anggur. Ada perangai macam buah grapefruit. Out of luck tiada buah yang masak, kalau tak memang dah cuba bawa balik some ripe samples hehehe....Memang mama ada cerita dulu masa dia kecil dekat kawasan kampung asal moyang ini ada pelbagai jenis buah limau. Cuma sekarang dah makin pupus.
 Setelah isi perut kami menuju ke Kampung Wasai pula yang melalui beberapa sungai kecil. Perjalanan sampai ke kampung ini dalam 2 jam. Sejam cuma dari Kota Kinabalu ke Pekan Nabalu. Kemudian satu jam lagi sebab jalan kampung cuma gravel memakan masa. InsyaAllah bila ada jalan yang elok akan mengambil masa yang singkat untuk sampai. Nasib masa minggu kami pergi bukan hujan.
 Pemandangan Kampung Wasai dari kawasan tinggi. Yang nampak jelas di sini ialah bangunan Sekolah Rendah. Sekolah menengah tiada sini, ramai pelajar pergi ke Sekolah Menengah Tun Fuad Stephan di Kiulu yang amat jauh untuk berjalan kaki. Biasanya kena masuk asrama. 
 Kalau anak minta tolong jaga cucu nanti hantar sekolah rendah sini sahajalah. Suruh naik basikal atau atuk dia hantar naik motosikal. Its safer here compare to the city, only local people pass this lonely gravel road. Growing up surrounded by nature. Di sini belum ada jalan proper lagi, kalau musim hujan leceklah jalan. I fell in love with this place, so I dream I can spend the rest of my life after retirement here. To be buried here.
  Kalau cucu nak berjalan jauh jugalah since the land is on the other side that can be seen as picture above and below. Mama kata its probably next to the land yang sudah clear masih hutan lagi. The land is splited into two by the gravel road. Mama kata belah atas divided by the road will be my sister and yang bahagian bawah jika ada rezeki InsyaAllah can be mine to live there. Bahagianya hati if the master bedroom faces Mount Kinabalu. At the moment its such an isolated place right. Living like a recluse. Kalau begini memang setiap kali keluar je dari lembah ini kereta kena fill up with supply before we return. Nak balik pun kena before dark. Macam boleh bela llama kat sini.
  We entered the main area of Kampung Masai sampai sini sahaja sebelum patah balik. Seronok tengok kumpulan angsa putih ini dan rasanya baka angsa putih ini lain dari jenis angsa putih yang biasa dibela dari tempat lain dari body structure dan mukanya. Sampai dah terfikir nanti nak beli anak angsa from tuan dia ni. 
 Syukur Alhamdulillah walaupun jalan masih belum tar lagi tapi dah ada bekalan elektrik dengan sepanjang jalan nampak tiang-tiang elektrik.
  Rasa macam jalan di luar negara siap kena lalu jenis jambatan kayu macam 'bailey bridge'.
 Sampai ke Pekan Nabalu, anak-anak naik balik sama kereta dengan kami. Masa jalan tak elok mereka naik kereta atuk tinggi sikit. Atuk dan nenek balik ke Kota Kinabalu. Tukang Kebun sekeluarga pula ke Kiulu. Masa di Pekan Nabalu yang Tukang Kebun perasan Abby badan macam panas (related posting klik sini). 

Pisang Kapal BerLayar Lagi

$
0
0
 Jenis pisang yang tumbuh paling renek dan berbuah di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis pisang kapal atau juga dipanggil pisang hijau di Sabah. Dipanggil pisang hijau kerana buahnya bila ranum tidak tukar kuning tapi hijau cair kekuningan. Walaupun tidak bertukar kuning, buah pisang kapal ini sangat enak digunakan sebagai bahan masakan untuk kuih muih selain dari makan begitu sahaja. Tambahan pula baunya wangi. Anak-anak tukang kebun lebih gemar cekodok pisang kapal berbanding dengan cekodok pisang mas (related posting klik sini). Begitu juga kalau buat pengat pisang, jenis pisang ini lebih digemari ikut taste bud anak-anak (related posting klik sini). Bila yang belum ranum betul buat gulai masak lemak cili api berapa kali tambah nasi (related posting klik sini).
 Lihatlah gambar ketinggian pokok pisang kapal di atas dibandingkan dengan pokok-pokok nenas madu Sabah yang berdekatan dengannya menunjukkan pokok pisang kapal rendang pokoknya. Dalam kawasan ini jugalah sulur-sulur pisang nenas madu Sabah yang kami buka cuti sekolah lepas dipindahkan ke tempat lain yang ada hubungan symbiosis dengan benda halus (related posting klik sini). Posting mengenai panjangnya umur pokok kapas pun adalah pokok kapas gambar di atas juga yang batangnya kelihatan berjiran dengan pokok nenas madu Sabah (related posting klik sini).
 Syukur Alhamdulillah pelayaran pertama (related posting klik sini) baka pokok kapal di sini membawa hasil juga. Kalau di Kebun Bahagia Bersama pokok kapal ini perlu dipagarkan, bukan risau buahnya dimakan. Tapi habis sulur-sulur pisangnya yang kecil itu kena makan. Kerana pokok pisang kapal ini renek pada mulanya Tukang Kebun tak perasan langsung pokok kapal tersebut sudah berbuah diliputi daun-daun pelepahnya yang lebar. Biasanya tandan buahnya memang lebat dan jantung pisang hampir mencecah tanah seperti di gambar di bawah. Oleh kerana kurang cahaya terlindung dengan daun lebarnya, kontot sikit tandan pisang kapal di gambar atas. Dah perasan bersisir-sisir gitu lantas, Tukang Kabun terus kemas-kemaskan daun pisangnya untuk berikan banyak pencahayaan kepada buahnya yang sedang membesar.
 Dalam pemerhatian Tukang Kebun, anak-anak pokok pisang kapal daunnya ada jaluran berwarna merah untuk membezakan dengan jenis-jenis pisang lain.
 Semoga pelayaran pisang kapal dari tapak atas ke tempat lain juga pada bulan lepas berjaya memberikan hasil juga. Syukur Alhamdulillah bulan empat ini banyak rezeki hujan untuk memberikan minuman kepada pokok-pokok yang dipindahkan bulan lepas.
 Sehingga Jumaat depan (14hb April 2017) sahaja kami buka pesanan untuk bekalkan anak pokok pisang kapal yang akan diposkan pada 18hb April 2017.

 Yang self-collect sendiri, seperti berikut:

14/15/16 April 2017 Jumaat/Sabtu/Ahad pagi antara pukul 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please confirm first before the meeting) berdekatan dengan Lebuhraya Guthrie Corridor Highway (Exit Paya Jaras).

~ 1 sulur anak pokok pisang kapal/pisang hijau RM15 (limited stock) ~

Bawang Bakung dan Ubi Bemban

$
0
0
 Hanya untuk minggu ini sahaja kami supply bawang atau ubi untuk tanaman-tanaman berikut. Pesanan diterima sehingga hari Jumaat (14hb April 2017) dan akan dipos pada (18hb April 2017). Boleh juga self-collect hujung minggu depan sebelah pagi (14hb April 2017 hingga 16hb April 2017). Ada kuantiti yang terhad sahaja, first come first serve ya.

  Gambar pertama di atas ialah sejenis pokok bawang bakung/tembaga dalam keluarga Crinum.

 Jenis Crinum ini bawangnya boleh membesar menjadi lebih gemuk dari peha kaki supermodel.

  ~1 bawang Crinum RM15 ~

More info (click here).
 Jenis crinum yang gambar kedua ini pula bila kudup bunganya dah mula nak mekar standby masa senja nampak comel macam bunga tulis. Cuma saiz kudup bunganya lebih besar dari bunga tulip. Begitu juga saiz bawang dan tinggi tangkai bunganya pun boleh membesar berapa kali ganda dengan bunga tulip. Tambah menarik lagi jenis crinum ini mula mekar bunganya bukan lepas Subuh tapi nak masuk Maghrib. Yang sibuk kerja sebelah siang lewat balik rumah, masih boleh cuci mata sebelah malam.

More info untuk jenis crinum ini boleh refer posting sebelum ini (klik sini).

 ~ 1 bulb Crinum kembang malam RM15.00 ~

 Hippeastrum jenis 'Double Bloom' baka Tukang Kebun ambil dari Jepun pula ada 1 bawang sahaja offer kali ini yang lahir membesar di Kebun Bahagia Bersama.

 More info (click here).

~ 1 bawang 'Double Bloom' hippeastrum RM40 ~

  Balik dari kampung asal nenek (related posting klik sini), di Kiulu lewat petang ronda-ronda kebun Big Boss tengok ada pokok ubi bemban yang layu seperti gambar di atas menandakan isinya sudah boleh diambil. Tambahan pula di sebelah pokok layu atau induk di tepinya ada anak pokok ubi bemban yang sudah muncul menggantikan ibunya untuk menghasilkan ubi-ubi lagi kemudian. Gali keliling bahagian pokok induk yang telah layu tersebut, betul tekaan Tukang Kebun ada isi-isi ubi bemban yang boleh dibuat sup untuk meredakan suhu badan yang sedang panas. Gambar di bawah hasil yang dapat digali keluar dari pokok induk.

 Hujung minggu depan Tukang Kebun rancang nak mengemas Petak A hingga Petak D jika ada masa. Sambil-sambil itu bolehlah menuai stok ubi bemban yang ada di kawasan tersebut. Oleh itu, kami buka semula tawaran bekalan ubi bemban untuk yang berminat.

More info on Aru Root (Ubi Bemban) <Click Here>

~ 5 ubi bemban RM7.00 ~ OR
~ 1 plant RM7.00 ~

 Ubi kayu juga ada.

~ 3 kilogram ubi kayu RM5.00 ~



White Mulberry

$
0
0
  Bulan ini ada juga buah mulberry putih yang dah masak, biasanya terlepas pandang jadi mahkluk Allah yang lain punya rezeki. Kadang kala rasa buah mulberry putih ini macam lebih cepat ranum buahnya dari yang buah mulberry hitam. Rasanya macam baru nampak buahnya berbunga macam gambar di bawah. Kemudian beberapa hari selepas itu, buahnya membesar seperti gambar belah kanan di atas yang beransur-ansur bertukar kepada warna putih apabila ranum.
 Selain dari buahnya, pucuk muda mulberry putih jenis ini juga enak dimakan dibuat sayur. Pucuk mudanya dibuat masak lemak sayur putih ataupun dalam sup pun sedap dimakan. Tukang Kebun suka pucuk muda mulberry putih berbanding dengan yang jenis pucuk daun dari pokok mulberry hitam. Daun matang dari pokok mulberry putih ini pula saiznya boleh besar muka orang dewasa. Boleh juga buat hiasan digunakan alas makanan macam daun pisang kan. Juga daunnya boleh dibuat teh yang mengandungi pelbagai khasiat bagus untuk badan. Kalau bela ulat sutera cepat gemuk agaknya sebab jenis pokok mulberry putih di Kebun Bahagia Bersama daunnya sangatlah lebar. Usia pokok ini pun sama lebih kurang dengan Abby dah lebih empat tahun.

Info lanjut mengenai pokok mulberry putih ini boleh dirujuk ke posting sebelum ini (klik sini).
  Pokok asal mulberry putih yang ditanam di Kebun Bahagia Bersama berjiran dengan pokok assam gelugor. Tapi tingginya cepat tumbuh dari pokok assam gelugor walaupun dah dicantas banyak kali. Pokok mulberry putih ini ketinggian pokoknya lebih tinggi dari pokok mulberry hitam. Kalau dibiarkan meninggi boleh lebih dari rumah dua tingkat. Jika dibandingkan dengan pokok mulberry hitam tak tumbuh setinggi seperti pokok mulberry putih. Mulai minggu depan ada limited stock pokok mulberry putih dapat dibekalkan. Selain dari itu, kami juga bekalkan pucuk daun mulberry dan keratan mulberry putih atau hitam.

~ 1 bekas mulberry putih (Morus alba) RM30.
~ 1 bekas mulberry hitam RM7.
~ 4 fresh cuttings mulberry putih (Morus alba) RM15.
~ 10 fresh cuttings mulberry hitam RM7.
~ 1 ikat pucuk daun mulberry RM1.
 Ulam-ulaman, herba, daun atau sayur segar yang juga kami bekalkan adalah seperti berikut:

~ 500gram akar pokok kapas RM25.00 .
~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 .
~1 ikat pucuk daun assam jawa RM1.00.
~ 1 ikat daun pecah beling/pecah kaca RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk mata pelandok RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun nyirik (daun kelupis) RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk muda katak puru/nam nam RM1.00
~ 1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat daun Salam RM1.00 .
~1 ikat daun puding belacan RM1.00
~1 ikat daun pisang RM1.00 
~ 1 ikat daun Serai Acheh RM1.00 
~ 1 ikat daun kelapa (untuk sarung ketupat) RM1.00 .


 Juga ada untuk self-collect minggu ini:

~3 biji kelapa parut RM5.00
~1 biji buah kelapa tua RM1.00 .
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 (lebih 10kilogram perbeg)

Halloween Parrot's Flower

$
0
0
 Tahukah kawan-kawan yang pokok bunga false bird of paradise atau juga dipanggil parrot's flower ini di tempat asalnya benua Amerika juga dikategorikan sebagai pokok herba. Pokok parrot's flower ini bahagian rizomnya juga seolah mempunyai nilai perubatan jika tidak kenapa ianya dikategorikan sebagai 'perenniel herb' atau pokok herba yang hidup bertahun-tahun. Cuma kerana kekangan masa tidak sempat untuk Tukang Kebun kali ini membuat bacaan mencari laporan atau rekod kegunaan pokok parrot's flower ini secara tradisional mahupun secara kajian saintifik. Mungkin ada rakan-rakan yang boleh kongsi maklumat kegunaan pokok ini.

 Bayangkan sahaja bagaimana besar dan kuat rizom pokok parrot's flower ini bila hendak digali dengan baik tanpa cedera bukan perkara mudah. Samakanlah macam nak gali rizom lengkuas keluar dari tanah yang padat dan keras. Tukang Kebun dulu masa anak dara paling tak gemar bila disuruh ambil lengkuas dari kebun. Nak keluarkan bukannya mudah macam rizom kunyit atau halia. Tidak hairanlah juga jika ada nilai-nilai dari segi perubatan yang tersimpan di rizom keras pokok parrot's flower. 
 Cuma sekarang pokok parrot's flower atau heliconia ini lebih terkenal sebagai pokok hiasan daripada pokok herba. Bunganya tahan lama sebagai bunga hiasan amat disukai di hotel resort dan menambahkan suasana hijau tropika. Tambahan warna bunganya sangat striking. Antara jenis parrot's flower kegemaran Tukang Kebun di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis 'Halloween'. Yang menariknya ialah jenis Halloween ini bunganya menghasilkan dua warna iaitu kuning dan jingga ikut penerimaan pencahayaan. Jika bunganya berada di kawasan yang cahaya banyak, bunganya akan lebih ke jingga pekat. Manakala jika bunganya terletak di tempat yang teduh, warna bunga ke arah kekuningan.
 Tambah menarik lagi di mana daun yang makin berusia untuk jenis Halloween ini pula menghasilkan bintik-bintik kuning. Kontra dengan daun muda yang hijau pekat dengan yang daun sudah besar ada percikan warna kuning. Keunikan untuk jenis pokok parrot's flower Halloween ini. Setiap kali bila kami kemas daun pokok-pokok heliconia di laman depan rumah bawa ke kebun belakang seronok sungguh angsa-angsa makan daunnya. Indikator pokok ini selamat for your beloved pets. Perbezaan dengan bunga yang muda dan makin tua ialah, makin berusia bunganya lebih banyak sudah jambul terkeluar dari celah-celah sayap kelopak yang panjang. 
 Harga istimewa untuk Halloween Parrot's Flower khas bagi bulan April 2017 ini kami tawarkan 1 set rhizome moist bare-rooted dengan harga RM8.00 (Harga asal RM15.00).

 Info lanjut mengenai pokok Halloween Parrot's Flower boleh rujuk juga posting sebelum ini (klik sini).

Jagung Pulut Bakar

$
0
0
 Di Negeri Bawah Bayu ini terdapat pelbagai jenis baka jagung kampung terutamanya jenis jagung pulut. Saiz masak buah jagung tersebut juga adalah setengah dari saiz jagung manis yang biasa dijual secara komersial di mana benih samada hybrid atau genetiknya telah diubahsuai. Masa zaman kecil masa belum baligh kalau ke tamu biasa mama beli jagung saiz kecil-kecil isinya warna ke arah krim putih tidaklah semanis macam biasa dimakan di Lembah Klang tempat Tukang Kebun membesar. Cuma ketika itu belum boleh berfikir sendiri but it was one of the memory imprinted in my mind. Ya masa tu kalau cuti sekolah akhir tahun memang kalau makan jagung saiz-saiz besar tapak tangan dewasa sahaja. Tangan kanak-kanak mudah nak pegang makan sambil berlari-lari di padang keliling kubang kerbau.
 Selalunya paling mudah jagung pulut direbus sambil-sambil buat kerja lain atau letak di steamer tunggu masak. Tiba-tiba teringin nak merasa jagung pulut yang dipanggang, sedap jugalah tapi gigi kena kuat. Biasanya dekat Sabah sekarang ni jagung banyak dijual secara bakar bukan rebus. Tapi yang tu guna jagung moden kuning gergasi itulah. 
 Cantikkan isi buah jagung pulut kampung di atas. Comel sahaja saiznya dengan rambut yang sangat panjang. Untuk kesihatan, rambut jagung jangan dibuang, elok direbus sekali dengan isi jagung tersebut. Air rebusan rambut jagung juga banyak khasiatnya. Dilaporkan air rebusan rambut jagung dapat menurunkan kadar gula dalam badan dan turunkan tekanan darah tinggi. Jika tak digunakan terus rambutnya, boleh dikeringkan dahulu untuk disimpan pakai kemudian. Biasanya mama Tukang Kebun akan pesan simpan rambut jagung supaya boleh dibuat air rebusan minuman berkhasiat. Air rebusan rambut jagung juga dikatakan dapat melancarkan masalah pembuangan air kecil. Jadi masa rasa nak makan buah jagung rebus, rambutnya jangan dibuang elok direbus sekali. Seelok-eloknya, gunakalah jagung kampung organik ya untuk air rebusan minuman hehehe....eloklah tanam sendiri untuk 100% guarantee safe for consumption.

~ Anggaran 50 biji benih jagung kampung pulut (baka Sabah) 1 pek RM3.00 ~
 Kekadang jagung pulut ini kulitnya tak lah sehijau dan sebesar macam jagung manis hybrid tu. Jadi jika tak biasa pandang mungkin ingat itulah jagung tak cukup zat atau yang dah lama buruk. Walhal inilah yang lebih bagus untuk kesihatan kita. Kalau di tamu sekarang berebut-rebut nak beli jagung kampung banding dengan jagung manis hybrid. Cepat habis jualan jagung pulut. 

 Tambahan pula jagung pulut kampung ini sedap juga dibuat sayur apabila tuai semasa saiz baby corn (related posting klik sini). Agak mencabar jugalah nak tanam jagung kampung pulut ini di Kebun Bahagia Bersama yang ada pelbagai makhluk, baru saiz baby corn pun dah ada yang pergi makan.  Manis semulajadi agaknya. Jika tanam sendiri jagung pulut boleh tuai masa baby corn dan rebus dengan daun pecah beling untuk amalan sekali kala bagi mengelakkan batu karang dalam badan terkumpul (Resepi klik sini). Sumber bacaan dari Indonesia banyak yang laporkan bahawa rebusan air rambut jagung boleh pecahkan batu karang.

 Jadi Tukang Kebun terfikir sama ada gabungan rebusan:
(1) Baby Corn rebus dengan daun pecah beling
(2) Rambut Jagung dengan daun pecah beling
(3) Baby Corn + rambut jagung+ daun pecah beling,
 Ketiga-tiganya efektif barangkali untuk pecahkan batu karang alternatif lain dari kena bedah.
 Jika nak jimat duit, seperti jus buah lemon, air rebusan pecah beling juga pH adalah alkali lemah untuk kesihatan badan. Sebiji buah lemon pun dah berapa harga. Perangai pecah beling ini lagi rajin diambil lagi rimbun pokoknya tumbuh. Kalau yang dah ada pokok lemon, bila masa buah lemon tiada bolehlah gunakan daun pecah beling pula petik segar dari kebun sendiri. Pecah beling juga menghasilkan bunga yang cantik berwarna kuning. Pokok pecah beling sesuai ditanam di pasu juga.

Info lanjut pecah beling (klik sini).

~ 1 bekas pokok pecah beling RM5.00 ~
atau 
~ 1 ikat daun pecah beling RM1.00 ~

 Pecah beling di depan ampaian Kebun Bahagia Bersama duduk berteduh dengan jirannya pokok serani atau suji di bawah pokok kemboja. Daun dari pokok pandan serani ini boleh juga digunakan sebagai bahan perwarna seperti pokok pandan wangi. Masa bulan puasa yang rajin buat kuih bolehlah gilir-gilir guna daun pandan wangi dan daun pandan serani sebagai perwarna hijau asli. Pokok pandan serani ini tak berapa cerewet dengan penerimaan cahaya, tempat samar-samar cahaya ianya juga boleh sesuaikan diri untuk hidup. Pokok pandan serani juga sesuai dibela dalam pasu.

~ 1 bekas pandan serani/suji RM10.00 ~
atau
~1 ikat daun pandan serani/suji RM1.00 ~

Info lanjut pandan serani/suji (klik sini).

Pisang Mantan

$
0
0
 Dah lama tersimpan posting mengenai jenis pokok pisang ini dah berbulan-bulan sebenarnya sejak bulan Disember lalu. Nak rekod tak tertulis nota. Bulan Disember lalu bersama Ilhan Mikhail kami mengemas-ngemas kawasan ini sebab Tukang Kebun nak tumpukan yang area ini sebagai kebun mini pisang bantan. Beberapa anak pokok pisang bantan yang dah tinggi tumbuh di kawasan penjuru kebun yang dah gelap digali keluar dan dipindahkan ke kawasan yang lebih cerah ini.
 Gambar yang diambil di posting ini adalah semua dari bulan Disember 2016 lalu. Gambar di atas ini boleh lihat progress pertumbuhan pokok Salam yang dipotong pada September 2016 (related posting klik sini), dah mula rimbun pada Disember 2016. Pokok ubi kayu di gambar atas ini pula selamat dah Ilhan Mikhail tarik tuai bulan lepas dan buat kerepek ubi kayu (related posting klik sini). Jika diteliti gambar ini, pokok-pokok pisang bantan atau juga ikut daerah dipanggil pisang mantan, ada pagarnya Tukang Kebun bagi sokongan dengan keratan batang ubi kayu. Syukur Alhamdulillah keratan ubi kayu tersebut juga dah hidup jadi pokok ubi kayu sekarang. Jika ada rezeki bolehlah Ilhan tuai ubi kayu lagi hujung tahun ini. InsyaAllah bila ada masa akan Tukang Kebun update progress kawasan ini.
 Gambar di atas bunga pisang bantan yang telah mekar. Buah pokok pisang bantan kecil sedikit saiznya dari buah pisang mas. Begitu juga ketinggian pokok pisang mas batang merah dan batang pokoknya (related posting klik sini) lebih tinggi dan besar dari pisang bantan. Kalau pokok pisang bantan ini lepas tuai buahnya mudah sedikit bagi wanita ketinggian rendah macam Tukang Kebun ini nak kemaskan sorang-sorang dalam kebun. Mudah nak potong-potong batang pokoknya untuk agih-agihkan kepada bawah pokok lain sebagai baja apabila batangnya mereput. Beberapa kali tetak sahaja dengan parang pada batang pisang bantan berbanding dengan pisang mas batang merah.
 Pisang bantan buahnya juga lebih cepat masak berbanding dengan buah pisang mas. Yang ingin menambah koleksi jenis pisang, kami juga bekalkan sulur atau anak pokok pisang bantan pada bulan ini.

~ 1 sulur pisang bantan RM8.00 ~

Ada 7 jenis bibit/ sulur/ anak pisang yang kami bekalkan minggu ini termasuk pisang bantan selagi stok masih ada:

Pisang Kapal - RM15.00 (info click here),

Pisang Tembaga/Pisang Raja Udang - RM15.00 (info click here),

Pisang Kadau Kuning - RM10.00 (info click here),

Pisang Nangka - RM10.00 (info click here),

Pisang Mas Batang Merah -RM10.00 (info click here),

Pisang Bunga - RM10.00 (info click here)

Self-Collect this week (Please confirm before the meeting, email kebunkmg@gmail.com):

~15th/16th April 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway),

Raya Sale: Almond Allamanda

$
0
0
  Pejam celik mata, rupa-rupanya dah hampir 2 bulan tak update blog. Cepat sahaja masa berlalu. Syukur Alhamdulillah walaupun macam hilang penulis Kebun Bahagia Bersama ini, masih lagi ada yang ingat dan rindu. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Pokok bunga almond allamanda yang dipangkas cuti sekolah pada bulan Mac lalu, kini cuti sekolah pertengahan tahun ini kembali merimbun dan berbunga meriah lagi.
 Hari ini ingin Tukang Kebun ingin kongsikan cara paling cepat menghasilkan pokok-pokok bunga almond allamanda ini. Ini pun hasil cuba-cuba. Tak rugi mencubakan and dare to fail at first attempt. Kalau kita sentiasa harapkan perfect results serta merta we actually don't learn anything what life is all about and plant is also a living thing like us. Semasa Tukang Kebun kemaskan mini nursery kami, sekali hairan ada pucuk-pucuk keluar dari tanah. Tengok bentuk pucuknya macam pucuk pokok allamanda. Memang pernah di situ lokasi tempat semaian allamanda yang dulunya ada pokok-pokok sudah besar sehingga akar dah keluar dari bekas sehingga masuk ke dalam tanah. Tak sangka mungkin ada sisa-sisa akar yang terputus tak dikeluarkan sekali agaknya. Lalu perlahan-lahan Tukang Kebun korek keluar pucuk-pucuk yang muncul tersebut untuk jejak akar yang berselirat di dalamnya. Panjang-panjang dan gemuk-gemuk akarnya, walhal pucuk masih size halus je lagi.
 Setelah Tukang Kebun keluarkan semua akar-akar yang ada pucuk dipindahkan dalam bekas masing-masing. Jangan fikir complicated sangat yang ada bahagian pucuk dibiarkan timbul atas tanah, manakala akar yang panjangnya di tanam sebanyak mungkin dalam tanah. Lebih bagus kalau akarnya itu ditegakkan kerana ini akan menjadikan pokok yang mempunyai akar dalam yang dapat serap air berbanding dengan akar yang dikumpulkan berdekatan dengan permukaan tanah. Beginilah contoh-contoh akar-akar pokok almond allamanda yang bertunas ditanam menjadikan pokok yang baru seperti gambar di bawah. Tanah yang digunakan adalah campuran tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama sendiri.

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~
 Jika ditanam dari akar bertunas lebih mudah berbanding dengan keratan batang kerana ianya memang sudah berakar. Akar adalah bahagian sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan kerana di situlah makanan dan minuman diserap dari tanah. Patutlah pokok allamanda yang banyak akar setelah dipindahkan dah selesa tempat baru setelah beberapa minggu lepas tu tak perlu siram pun takpe walaupun ditempat yang terik. Pokok almond allamanda sukakan kawasan yang memperolehi cahaya matahari sepanjang hari siang. Hasil tanam dari akar bertunas, contohnya selepas beberapa minggu adalah seperti gambar di bawah. Syukur Alhamdulillah cara propagation lain kali ini, first attempt tak fail. Big success. Pokok almond allamanda yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama memang dah berakar kuat jadi mudah untuk dijaga dan tak perlu siram tiap-tiap hari.
 Sempena bulan puasa dan raya Jun 2017 ini, untuk pokok almond allamanda kami buat Raya Sale while stock last.

~ 1 bekas pokok almond allamanda RM10 (harga asal RM15.00).
 Pokok almond allamanda ini sesuai juga ditanam dalam pasu. Mudah dijaga dan sesuai untuk novice gardener. Cantik di letak di pagar rumah atau balcony rail. Tahan panas dan kemarau. InsyaAllah jika cukup makan dan minum, ada rezeki tanam bulan ini by raya haji dah berbunga.
Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Puding Belacan Kingfisher

$
0
0
  Dah lama tak jenguk di sebelah pagar luar di rumah Big Boss di Kingfisher terkejut tengok pokok puding belacan yang Big Boss bawa dari Sungai Buloh ketinggian pokoknya lebih dari pagar luar. Dahulu masa mengemas pindahkan sulur-sulur pisang di sini tahun lepas kurang dari pembaris panjang. Dalam masa setahun dibiarkan dah tinggi dari pagar. Tambahan pula tanah di sini adalah jenis tanah merah keras. Nampaknya tahun ini tidak perlulah sudah Big Boss pesan bawa balik daun puding belacan untuk buat rendang Negeri Sembilan. Pokoknya pun dah lebat cukup bekalan segar. Lihatlah pelbagai pokok-pokok yang ditanam ala-ala guerilla gardening di luar pagar rumah yang tanahnya milik Majlis Perbandaran Kota Kinabalu. Syukur Alhamdulillah sudah pun diterima keizinan MPKK untuk gunakan tanah yang tidak dipakai untuk bercucuk tanam.
 Pokok puding belacan juga berbunga dan gambar di atas contoh kudup bunganya sebelum mekar. Pokok puding belacan mempunyai pelbagai khasiat. Salah satunya ialah penawar sembelit dan melawaskan air kencing. Rebus 7 helai daun puding belacan dengan 2 gelas air sehingga air rebusan tinggal 1 gelas sahaja. Tunggu air rebusan suam dan minum. Amalkan di sebelah pagi sehingga sembelit tidak dirasai (dinasihatkan mendapatkan juga nasihat dari yang pakar). Yang nak dapatkan anak atau sedang mengandung elok elakkan, rasanya kalau tak silap macam pernah terbaca artikel penyelidikan yang pokok ini ada unsur natural family planning. Oleh itu yang lain, mungkin bila makan rendang Negeri Sembilan yang banyak bahan daun puding belacan lebih-lebih lagi masa awal minggu Raya boleh kurangkan masalah sembelit.

 Info lanjut mengenai pokok puding belacan boleh juga refer posting awal (klik sini).
 Yang berjiran tumbuh sebelah dalam pagar pula dengan pokok puding belacan Big Boss di Kingfisher pula ialah pokok daun kadok. Ini pun dibawa dari Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh. Hari ini kita tengok kitchen garden Big Boss di KingFisher yang usianya baru nak capai 2 tahun.

~ 1 pot pokok puding belacan RM6.00 ~
~ 1 ikat helaian daun pokok puding belacan RM1.00 ~
~ 7 moist bare-rooted plant pokok daun kadok RM5.00 ~
~ 1 ikat helaian daun kadok RM1.00 ~

Boleh self-collect atau dipos. Ada juga daun-daun lain yang juga kami bekalkan.

Self-Collect This Week:

8th~10th June 2017 Thursday~Saturday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
  Pantas sahaja permata-permata hati membesar bila tengok gambar mereka pada tahun 2013, sama tahun kami mula bekalkan pokok daun puding belacan sudah hampir 4 tahun. Abang Ilhan Mikhail pun dan 10 tahun sekarang darjah 4 baru menyambut harijadinya hujung bulan lepas. Pertama kali sudah pandai bagi hint teringin hadiah apa. Nasib benda yang senang dicari iaitu finger spinner yang sedang popular dengan anak-anak zaman sekarang. Kek harijadi yang dipilih pun bentuk finger spinner perisa yam. 

Rose Raya Sale

$
0
0
 Setelah dipindahkan tahun lepas masa musim hujan atas tanah sehingga sekarang tak pernah disiram hanya bergantung kepada rezeki hujan masih hidup bahagia je pokok-pokok mawar merah separa memanjat yang menerima cahaya matahari penuh sepanjang hari. Dahulu tak berapa minat tanam pokok bunga ros. Tapi yang jenis ini tak cerewat pula, elok sahaja terbiar. Tinggi ranting pokoknya tumbuh, lebih tinggi dari tiang pintu gerbang. Maka elok ditanam di tepi pagar atau gerbang. Bila dipangkas pokoknya cepat merimbun semula. Boleh juga dibela dalam pasu. Sukakan kawasan terbuka banyak cahaya matahari. Pokok jimat air atau tahan musim kemarau. 

  Bulan June 2017 ini kita buat Rose Raya Sale iaitu:

~ 1 bekas Mawar Merah Separa Memanjat RM6 (harga asal RM8).

~ 1 bekas Rose Glory Bower RM6 (harga asal RM8).

 Gugusan bunga warna merah jambu ini pula dikenali sebagai Rose Glory Bower. Yang ini pula selesa hidup di kawasan kurang mendapat cahaya matahari. Mempunyai sistem sulur akar yang panjang di bawah tanah merayap macam sulur keladi. Oleh itu ianya pandai mencari ruang yang lebih banyak ada cahaya matahari. Selain itu di tempat yang kurang mendapat cahaya matahari ianya berupaya tumbuh tinggi 2 kali ganda dari purata ketinggiannya jika di ruang cahaya matahari yang banyak. Tumbuhan yang amat bijak adaptasi untuk mencari sumber cahaya. Boleh juga dibela dalam pasu.
Salam Hari Jumaat.

Raya Sale Spath Lily

$
0
0
 Pokok peace lily juga dipanggil sebagai spath lily. Pokok ini mudah untuk dijaga. Sesuai juga sebagai indoor plant kerana ianya tidak memerlukan cahaya yang banyak untuk hidup. Ianya juga tak perlu tanah yang banyak untuk hidup. Oleh itu, semasa tanam pokoknya tak perlu tutup semua akarnya dengan tanah. Bila tiba musim bunganya, nampak cukup striking warna putih bunganya dan daunnya yang sentiasa evergreen. Gabungan pokok spath lily ini sesuai letak berdekatan kolam, bagi nampak sejuk dan tenang. Kalau nak letak hias dalam tandas pun menarik kerana pokok ini suka keadaan yang kelembapan tinggi.
 Gambar di atas adalah bentuk kemunculan tangkai bunga. Daunnya bergulung-gulung dahulu, mata yang tak biasa mungkin ingat tangkai daun biasa sahaja. Kemudian  gambar di bawah dah mula buka gulungan kudup si bunga dah mula keluar intai dunia luar. Background boleh nampak hasil berbukit kalau memangkas atau bersihkan kawasan pergola ni. Itupun belum lagi selesai semua.
 Bunga jenis spath lily ini ada haruman juga. Bunga yang baru mekar akan bewarna putih, kemudian krim dan yang tua warna hijau pekat.
  Gambar terakhir gugusan pokok-pokok bunga spath lily mekar hampir serentak. 

Yang berminat untuk lihat landskap sesuai dengan spath lily atau cara penjagaan, boleh refer kepada posting-posting sebelum ini (klik sini).
 Sempena bulan puasa dan raya bulan Jun 2017 ini untuk peace lily ini kami buat sale.

~ 3 moist bare-rooted pokok peace lily RM10.00 (harga asal sepokok RM7, jimat RM11)~

Hari terakhir pengeposan untuk bulan Jun 2017 ini adalah pada 19hbJun2017.

Kemudiannya mula pos semula awal bulan Julai 2017.

Bibit Kelapa bujur rugby

$
0
0
 Salam Aidilfitri. 

Masih ramai yang masih mendapat undangan rumah terbuka menyambut Aidilfitri lagi ni kan. Lama tidak dapat bersiaran sibuk dengan pelbagai perkara. Kerja di kebun juga agak terbengkalai lama tak sentuh sejak bulan Ramadhan berlalu. Bulan Ramadhan lalu Syukur Alhamdulillah berkesempatan jugalah mengemas kawasan di bawah pokok-pokok kelapa keliling kebun. Kerja yang ringan-ringan je la masa puasa yang tak gunakan banyak kudarat. Syukur Alhamdulillah sambil kemas buah-buah kelapa dapat jugalah stok baru bibit-bibit pokok kelapa yang buahnya bentuk bujur macam bola rugby.

Info lanjut mengenai pokok kelapa buah rugby yang kami panggil ini boleh juga baca di posting lama kami (klik sini).
 Contoh pokoknya seperti gambar di atas dan buah kelapa tua yang sudah gugur sendiri dari pokok seperti di bawah. Buah kelapa tua jenis pokok kelapa ini mudah sedikit nak dikukur isinya berbanding dengan pokok kelapa jenis lain. Jika masak rendang daging ayam 1 kilogram, gunakan 3 biji buah pokok kelapa jenis ini, resepi turun-menurun.

Buah kelapa tua special untuk bulan Julai ini 8 biji RM10.
Kelapa parut pula 3 biji RM5.

  Yang ingin cari daun pokok kelapa muda untuk buat sarung ketupat untuk bulan ini juga masih ada.

~10 helai daun kelapa sarung ketupat RM1.00.

Self-Collect untuk bulan Julai 2017 ini:

~ 16/29/30 Julai 2017 Sabtu/Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Berdekatan pokok kelapa rugby di atas di bawahnya pula ada pokok gajus. Pucuk-pucuk organik ulam segar dan daun herba segar juga dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Semuanya 1 ikat RM1.00.

~ Pucuk daun gajus
~ Pucuk daun assam gelugor
~ Pucuk Mata Pelandok
~ Pucuk daun assam jawa
~ Pucuk daun Katak Puru
~ Pucuk Daun Mulberry
~ Pucuk daun Ubi Kayu
~ Sayur Batang Keladi
~ Daun Pecah Beling
~ Daun Kadok
~ Daun Nyirik (kelupis)
~ Daun Salam
~ Daun Pandan Wangi
~ Daun Pandan Serani/Suji
~ Daun Puding Belacan
~ Daun Serai Acheh
~ Daun Pisang

 
 Selepas sorting semua pokok kelapa tua, ada juga pokok buah kelapa rugby yang dibelah kongsi isinya ada tombong bersama haiwan perlihara tersayang di kebun belakang. Dekat angsa si MOMO tu ada pokok kelapa buah rugby yag dibelah sebahagian isi dah habis dimakan.
 Ini contoh gubahan hiasan pertunangan Tukang Kebun 11 tahun yang lalu yang bonda gubahkan sendiri. Ada gunakan buah kelapa rugby yang muda betul (bukan mainan) sebagai sebahagian perhiasan gubahan untuk penghantaran kain sampin songket. Kain songket digulung seperti kuntuman bunga mawar yang diletakkan dalam bakul wakit versi kecil hiasan. Kemudian finishing touch setangkai orkid hidup segar yang golden shower diletakkan di atasnya. Mohon maaf gambar tak berapa clear sebab terserempak gambar ini dalam album lama diletakkan di kampung Kiulu, Sabah masa papa Abby layan anak-anak tengok album lama.
  Jenis pokok-pokok bunga orkid tersebut juga sudah banyak beranak pinak di Kebun Sungai Buloh dan rajin mewarnakan Kebun Bahagia Bersama selalu. Pokok bunga orkid 'Golden Shower' gelarannya.

~ 2 moist bare-rooted orkid golden shower/dancing lady RM5.00 ~

Info Lanjut mengenai pokok bunga orkid 'Golden Shower' boleh rujuk pada posting lama kami (klik sini).

Passionfruit and Jackfruit

$
0
0
 Syukur Alhamdulillah sebelum bulan Ramadhan lalu musim buah markisa di Kebun Bahagia Bersama, lebat juga buahnya. Pokoknya pun yang bukan sendiri tanam. Tumbuh sendiri dari benih-benih bertaburan yang buahnya terkongsi dengan makhluk-makhluk Allah lain selalu singgah di kebun ini. Dibiarkan tumbuh sendiri, ikut suka dia habis melilit naik pokok pinang jenis hiasan yang tinggi. Di kebun belakang pun ada yang naik sendiri melilit dekat pokok nangka.
 Kebun Bahagia Bersama ingin inform anak pokok markisa jenis buah masak ungu sudah kembali dalam senarai katalog kami.

~ 1 anak pokok markisa RM8 ~

 Info lanjut mengenai pokok markisa boleh rujuk juga dekat posting lama kami (klik sini).
 Syukur Alhamdulillah bulan ini juga rancak buah nangka sedang meranum di kebun belakang. Buah-buah nangka ini tidak diberikan baja buatan ya dah bertahun. Semuanya baja asli dari kitaran semula daun-daun guguran dan sebab pokoknya terletak di tepi kolam tempat bakar bahan-bahan organik besar dari kebun mungkin ada debu-debu nutrient juga berterbangan menjadikan sumber makanan ia. Macam 'wood ash' yang juga sumber potash yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok yang baik. 

 Syukur Alhamdulillah salah satu pokok nangka yang selalu mengada-ngada buahnya hasil kat tempat bahagian tinggi yang kami pangkas hampir 2 tahun lalu (related posting klik sini), dah mula berjinak nak berbuah lebat dekat bahagian bawah batang besar je seperti gambar di bawah. Nampak dah banyak pokoknya sedang keluarkan putik bunga. Daun-daun kering tu masa tak cukup tangan, biarkanlah kitar semula jadi baja untuknya. Pokok ini pun letak sebelah tempat bakar organik waste.
 Yang berminat untuk dapatkan buah nangka muda untuk sayur dan buah nangka masak juga boleh dapatkan di Kebun Bahagia Bersama bulan ini. Kalau buah nangka masak sebiji memang puas makan, berapa keluarga boleh makan tu. Buah nangka muda pun puas bergulai boleh buat potluck masa musim perayaan ini.

~ 1 biji buah nangka muda RM5 ~
~ 1 biji buah nangka masak RM15 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5 ~

Minyak Kelapa Dara Kimihang

$
0
0
 Syukur Alhamdulillah pada 10hb Mac 2017, Tukang Kebun bersama Ilhan Mikhail dan rakan-rakan lain berkesempatan melawat Kampung Kimihang, Kudat. Kampung Kimihang ini tidak jauh dari Simpang Mengayau dan ianya bersebelahan paya bakau. Disebabkan itu terdapat banyak kebun pokok-pokok kelapa yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
 Penduduk Kampung Kimihang ini majority dari etnik Rungus. Di kampung ini ada projek pembangunan  komuniti menghasilkan minyak kelapa dara. Jika nampak brand BONCO atau minyak kelapa dara hasil dari Kudat seperti Kampung Kimihang berilah sokongan. Sokonglah barang buatan Malaysia sendiri. Jika dari luar negara tidak semestinya ianya lebih elok kekadang dealer repackaging je kasi nampak cantik. Packaging sahaja kasi harga makin melambung.
  Jauh pandangan ladang kelapa-kelapa ni berterusan sampai jalan tar sudah bertukar ke tanah biasa. Selain dari pokok-pokok kelapa di kebun belakang rumah, penduduk Rungus di Kampung Kimihang ini ada tanam juga pelbagai jenis tanaman lain.
 Sekeliling kawasan rumah dipergunakan sepenuhnya menanam pokok.  Yang paling menarik yang tidak dapat kita nampak di Semenanjung Malaysia sudah ialah, pokok padi huma ditanam di depan kawasan rumah. Itu bukan belukar ya. Pokok padi yang sedang membesar menghasilkan beras tu. Pelbagai jenis pokok herba juga ditanam. Pokok betik juga adalah salah satu tanaman yang penting. Penduduk Rungus di sini secara turun temurun diturunkan petua untuk banyak kan susu badan bagi ibu yang bersalin ialah dengan rebus buah betik muda bersama dengan seafood lokan. Lokan memang banyak juga mudah didapati di sini kerana ianya berhubung dengan paya bakau.

 Sihatkan pemakanan penduduk Kampung Kimihang ini kan. Kampung mereka memang self-sufficient. Minyak kelapa dara ada pengusahaan sendiri. Padi pun tanam depan rumah untuk tuaian makan organik sendiri. Sumber makanan laut juga boleh ambil sendiri, jarak jalan kaki sahaja. Kalau sedari ada banyak juga pokok mangga ditanam sedang berputik bunga lebat semasa lawatan kami di sini.

 Yang berminat untuk dapatkan benih padi huma ada tinggal sikit je lagi dalam stok Kebun Bahagia Bersama. Ada lima jenis padi huma ( 1 pek RM3.00 anggaran 100 biji benih).

Padi Huma Pandasan
Padi Huma Taragang
Padi Huma Gonsulak
Padi Huma Bakilong 
Padi Huma Tomou


 Tukang Kebun perhatikan kalau di Sabah ini, orang suka tanam pokok kelapa gading. Macam gambar di atas walaupun ada banyak pokok kelapa tinggi-tinggi di belakang rumah. Di depan rumah mesti ada sepokok kelapa gading pun jadilah. Pokok kelapa gading bukan jenis pokok kelapa yang tinggi ya. Kalau dalam adik beradik species kelapa, pokok kelapa gading ini tergolong dalam pokok kelapa yang rendah lah. Kalau di kawasan perumahan di Kota Kinabalu pun tak janggal nampak orang tanam pokok kelapa gading di luar rumah.
 Syukur Alhamdulillah masa bulan Ramadhan lalu puas jugalah buka puasa dengan air kelapa gading dari kebun sendiri. Jika ada yang berminat untuk tanam pokok kelapa gading ada new stock boleh juga dipos.

~ 1 biji bibit kelapa gading RM7.00 ~
 Yang adventure nak buat minyak kelapa dara sendiri boleh self-collect kelapa tua yang berguguran sendiri dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 8 biji buah kelapa tua RM10.00 ~

 Biasanya hasil jualan kelapa tua kami masuk dalam Tabung Makanan Binatang Perliharaan Avian. Jadi sekali kala dapatlah mereka makan proses selain dari dibelah-belahnya buah isi kelapa.

Kanak Kanak Pulau Tatagan Semporna

$
0
0
 Syukur Alhamdulillah satu impian telah dimakbulkan juga tahun ini. Pada 3 Syawal kami sekeluarga berkesempatan untuk melawat perkampungan air Pulau Tatagan di Semporna. Di sini kita boleh perhatikan cara hidup etnik Bajau Laut yang cukup selesa hidup di atas air.
 Semasa tibanya nampak kelibat bot-bot pelancong, begitu laju dan mahirnya kanak-kanak etnik Bajau Laut kemudi sampan-sampan kecil mereka ke bot pelancong. Kalah speed bot gitu. Terpukau melihat begitu mahir kanak-kanak kecil ini kemudi sampan di atas air macam orang kayuh basikal lumba secara professional punya level.
 Tidak kira lelaki atau perempuan mereka amat mahir kemudi sampan di atas permukaan air laut ini. Cuba kalau kita.
 Cepat kanak-kanak kecil ini kerumun bot-bot pelancong menanti yang pemurah untuk berikan mereka makanan ringan. Kadang-kadang pemandu pelancong juga akan bagi tips kepada kanak-kanak ini untuk beraksi.
 Seperti anak-anak kita, mereka juga amat gembira jika ada pelancong-pelancong yang ada bawa gula-gula atau makanan ringan untuk mereka. Memang dalam internary ada juga memo pesanan jika nak boleh bawakan sweets untuk kanak-kanak Bajau Laut yang duduk di Pulau Tatagan ini. Kelihatan Ilhan pun agak terkejut tengok kanak-kanak seusianya kerumun macam semut ke bot dan meminta makanan-makanan dari pelancong. Dunia yang amat berbeza dengan kehidupan hariannya. Kalau ada pengajaran yang dapat di situ kepada Ilhan, Syukur Alhamdulillah.
  Kini kanak-kanak Bajau Laut di Pulau Tatagan ini adalah sebahagian produk pelancongan bagi agen pelancongan di Semporna ini. My hope that their innocent will be kept untouched away from greed. But it is not common in Semporna you see young kids sleeping outside shops and asking for money. 
 The view at Tatagan Island simply take your breath away. Amazingly gorgeous. The trip was worth it. It took us 10 hours drive from Kota Kinabalu to Semporna. Belum lagi campur flight hours dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Nak singkat perjalanan boleh transit naik flight lagi dari Kota Kinabalu ke Tawau. Tawau dan Semporna tak berapa jauh dah lebih kurang sejam drive. Sebab kami travel 7 orang termasuk 2 adik perempuan Tukang Kebun untuk budget kami drive la ikut land. Jimat juga naik four wheel drive guna diesal, ulang alik belanja minyak tak sampai RM200. Kalau kami naik kapal terbang dah beribu. But to find a pure place like this nowadays you certainly have to travel far. Bot dalam sejam dari Semporna ke Tatagan Island. Gambar tidak dapat menunjukkan keindahan sebenar pemandangan kepulauan di sini.
 Bila tengok documentary di bawah ini membawa Tukang Kebun teruja nak pergi Semporna dan buat perancangan tahun ini kami island hopping di Semporna. Ada satu tempat impian Tukang Kebun nak pergi iaitu Tawi Tawi Island di negara jiran kita. Tapi untuk keselamatan sekarang nak ke sana tak berapa masa yang bagus lagi. Kali pertama Tukang Kebun dengar mengenai Tawi Tawi Island adalah dari pembentang di sebuah symposium tahun lepas bila dengar pasal berapa banyak species ikan kerapu (grouper) yang mereka ada menambah minat lebih-lebih lagi bila pembentangnya promote sejarah dan keindahan tempat penyelidikan beliau.
  Tukang Kebun rasa kalau di rumah atas air cuaca tropika ini juga sesuai untuk menanam pokok herba lasak si Ginseng Jawa di dalam bekas ini. Pokok ginseng jawa ini bukan sahaja nampak macam pokok hiasan tapi ianya juga boleh dibuat sebagai sayur.
 Pokok ginseng jawa keperluan airnya tak banyak jika sudah ada akar gemuk di bawah. Akar ini memang power root ya seperti akar ginseng sebab tu ianya juga dikenali sebagai ginseng jawa. Kekadang bila kemarau lama tak disiram, walaupun pokoknya nampak mati tapi bila hujan datang kembali naik pucuk-pucuk baru keluar dari atas akar ini. Yang menarik mengenai pokok ginseng jawa ini adalah kebanyakkan semua bahagian pokoknya adalah ada nilai yang berguna. Tak cemerlang lagi tanam lobak merah, lebih baik untuk novice gardeners kalau tanam ginseng jawa ini dulu cepat dapat tahap cemerlang untuk menambah pengalaman dalam alam kebun.

Info pokok ginseng jawa (klik sini).

~ 1 pot pokok ginseng jawa RM4.00 ~


Bohey Dulang

$
0
0
  Selepas melawat perkampungan air Pulau Tatagan kami menuju ke arah Pulau Bohey Dulang (related posting klik sini). Jarak Pulau Tatagan ke Pulau Bohey Dulang tak jauh pun boleh nampak dalam 10minit gitu sahaja. Kalau dari pekan Semporna sebenarnya lalu dulu Pulau Bohey Dulang baru Pulau Tatagan. Keindahan panorama Pulau Bohey Dulang juga memukau. Airnya yang teramat jernih boleh nampak anak-anak ikan halus berkumpulan berenang. Apa yang menarik perhatian Tukang Kebun ialah di sini banyak betul landak laut hitam. Dalam gambar nampak fuzzy ball hitam tu, landak lautlah tu.
 Tukang Kebun kalau nampak landak laut hitam ini mesti teringat masa zaman student dulu di Jepun. Kami ada ikut fieldtrip di Pulau Sado yang adalah salah satu pulau terbesar di Jepun. Ingat masa balik kepenatan beberapa jam kena ronda cari sejenis spesies katak pokok dengan sarangnya yang Jepun panggil katak ini "amagaeru".Lepas berehat dalam makmal tiba-tiba ada beberapa kawan seronok dapat makan isi kuning fresh landak laut hitam masa tu yang dibawa oleh penyelidik marin. Tanya kawan apa bendanya tu, katanya "uni". Uni ini kerap juga di kedai sushi Jepun. Tapi sampai sekarang hati tak pernah terbuka nak rasa mentah. Tapi terkejutlah tengok subur betul membiak landak laut hitam di perairan Semporna ini macam boleh jadi barang dagangan supply kat Jepun.
 Jika anda buat island trip ke Bohey Dulang, jangan lupa bawa kasut untuk trekking. Kalau tak bawa nanti kena paksa sewa di tempat masuk nak trekking ke puncak pulau Bohey Dulang ya. Dari pemerhatian Tukang Kebun lebih selesa jika bawa kasut sendiri. Atas nasihat adik perempuan Tukang Kebun yang lawatannya kali kedua di Bohey Dulang ini memang kami dah siap sedia bawa standby tukar sebelum keluar dari bot pelancong. Hari Raya Aidilfitri ketiga ini memang ramai sibuk beraya di Buhey Dulang ni. Traffic jem jugalah nak trekking ke atas. Sebab kawasan ini adalah antara tarikan pelancong utama, memang ramai pegawai keselamatan menjaga pulau ini dengan senjata.
 Ketinggian puncak Bohey Dulang adalah dalam 300meter sahaja. Tetapi sebab kita bukan naik straight begitu, jalan ada liku-liku sikit jadi dalam jarak 600 meterlah juga berjalan mendaki. Ambil masa dalam 30 minit untuk orang biasa-biasa. Anak-anak lelaki kami memang tak nampak bayang langsung meluru naik mengekor pelancong-pelancong lain. Abby dan Tukang Kebun ketinggalan di belakang dengan papa Abby terpaksa ikut pace kami meneman. Kali ini Abby berjaya juga dipujuk mendaki sendiri tanpa kena dukung dari papa. Abby yang tunggu Mama ada. Dah lama tak mendaki, mula-mula rasa macam pantas sangat overheating badan ni, panasnya semacam badan terkejut gaknya. Badan warming up nya, terlampau panas sangat macam engine kereta berasap. Nampak sangat a lot of excess fat cepat membakar.
 Sampai jugalah akhirnya di atas. Syukur Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut sangat baik. Puas mata memandang keindahan sekitar Pulau Bohey Dulang dari puncaknya. Boleh terlupa sekejap kepenatan tenaga yang dipakai seketika. Nampak betullah trip kali ini I'm not fit, kena banyak gerakkan badan bersenam ni. Asyik gerakkan kereta sahaja adalah sekarang ini uruskan 3 permata hati punya persekolahan masa musim sekolah. Duduk dalam kereta, kereta bergerak kita tak bergerak pun lama-lama sakit belakang je. Nampak sangat sampai tak kuasa nak fikir ambil gambar sampai mendaki hehehe....ambil gambar atas puncak dengan bawah puncak je.
 Kasihan Ilhan, Rayyan dan Sumandak yang dah lama tiba di puncak ambil masa menunggu kudapan untuk kasi tenaga semula. Dah dapat makanan masing-masing duduk berkelah macam beraya. Patut bawa kuih raya sekali. Botol-botol dan plastik kosong sila angkut kumpul bawa balik turun ya.
 Pemandangan sungguh indah sekali panoramanya dari puncak Pulau Bohey Dulang (photos did not do any justice). Bila diperhatikan begini bentuk muka bentuk di sini ada mirip dengan kepulauan di Komodo dan Papua New Guinea. Bila pula ada rezeki nak ke sana. Bila dah makin berusia ini terasa pula, larat lagi ke lepas 10 tahun ini nak jalan-jalan tengok alam semulajadi ini di tempat yang lebih mencabar nanti.
 Badan dah rasa penat-penat ini, bestnya kalau dapat berendam dalam air spa serai acheh untuk kasi segar semula. Pokok Serai Acheh juga menghasilkan bunga yang sangat comel seperti gambar di bawah ini. Tadi bercerita pasal binatang iaitu jenis katak tinggal bersarang atas pokok, ini pula tunjuk gambar tumbuhan nama pokok katak puru. Gambar sebelah bahagian depan adalan anak pokok katak puru, manakala bersebelahannya dan memanjang tu adalah pokok serai acheh. Gambar sebelah kiri pula bahagian atas adalah akar serai acheh dan bawah bunga serai acheh.

 Kedua-dua pokok ini daunnya banyak nilai perubatan tradisional.

Info lanjut pokok katak puru dan serai acheh juga boleh rujuk pada posting kami yang lepas (klik sini).

~ 1 anak pokok katak puru RM10.00 ~

~ 1 bekas pokok serai acheh RM7.00 ~

Lahar Lumpur Lipad

$
0
0
 Pada minggu Syawal pertama kami berkesempatan melawat Lahar Lumpur Lipad yang lokasinya di kawasan daerah Lahad Datu. Perjalanan dari bandar Lahad Datu ke Lahar Lumpur Lipad dalam satu jam setengah. Setelah berehat seketika, kami mula perjalanan ke Lahar Lumpur Lipad dalam pukul 3:30 petang dari resort menaiki truck yang telah diubahsuai.
 Ketika lawatan yang kami pergi walaupun bukan hujan setiap hari tetapi ada juga hujan singgah pada minggu tersebut, jadi jalan agak berlumpur untuk berjalan kaki ke Lahar Lumpur Lipad. Dinasihatkan ikut kata guide, sila pakai kasut boot tinggi ya yang ada disediakan oleh resort terutamanya untuk trip ke Lahar Lumpur Lipad. Untuk kanak-kanak juga ada disediakan boot. Beberapa kali jugalah tenggelam tersekat si Abby, Rayyan dan Ilhan dalam lumpur yang lembut terpijak.
 Kali ini dengan beberapa pujukan dan encouragement, Abby berjaya berjalan sendiri tanpa kena dukung dengan Papa Abby sampai ke Lahar Lumpur Lipad. Sekarang ini bila anak paling bongsu dah nak masuk 5 tahun dah mudah untuk kami berjalan-jalan lasak sudah. Abang-abang Abby si Ilhan (10tahun) dan Rayyan (hampir 8 tahun) pun jalannya lagi laju dari kami, dah lasak berjalan tanpa nak dipimpin tangan. Cuma Abby sahaja, anak perempuan seorang kalau ada Papa manjanya tu asyik nak dukung. Kali ini dah boleh berjalan dengan sendiri cuba nak kejar pace abang-abang.
  Bila pergi ke tempat tujuan tak banyak berkata, bila dah nak bergerak balik mula banyak mengomel-ngomel. Diminta juga dukung tapi dipujuk-pujuk, mengomel-ngomellah kat Papa sambil berjalan dengan muka sedih dan keletihan. Sebab banyaknya bersuara, mama, papa dan Abby jalan belakang sikit nanti habis binatang semua lari. Pandai dah Abby stabil berjalan ikut akar-akar kayu yang besar untuk elak terbenam dalam lumpur.
 Kawasan Lahar Lumpur Lipad ini juga adalah salah satu tempat laluan gajah Borneo pygmy, jadi banyak juga kesan tapak-tapak kaki gajah yang dijumpai. Berapa kali ganda besar saiz tapak kaki orang dewasa juga tu, tapak gajah Borneo pygmy. 
  Jika jumpa kumpulan gajah tak pe lagi. Yang wajib lari dan sembunyikan diri apabila terserempak gajah jantan jalan seorang diri yang ini amat merbahaya kerana akan mengganas. Gajah jantan seekor akan attack, salah satu caranya nak menyembunyikan diri adalah di celah-celah akar pohon kayu besar seperti gambar di atas dan jangan bersuara. Pernah ada kes seorang pelancong perempuan dari Australia degil tak dengar kata guide, dah disuruh larikan diri bila terserempak gajah seekor jantan di sini tetapi pergi patah balik dan ambil gambar depan gajah tersebut. Siap ada flash bila ambil gambar terus kena serang gajah dan ditusuknya pelancong tersebut serta dipijak-pijak banyak kali sampai dah tak nampak rupa manusia lagi. Oleh itu, sekarang ini memang pelancong-pelancong kalau nak melawat kawasan sini mesti bersama guide.
 Syukur Alhamdulillah ada rezeki semasa dalam perjalanan ke Lahar Lumpur Lipad kami terserempak dengan sepasang pelandok. Fauna yang lain dapat tengok sempat ambil gambar seperti di atas sejenis crab spider dan monitor lizard. Tinggi juga si biawak ni panjat pokok ada nak 10 meter juga tenggek atas pokok tu. Sempat juga si lintah ini nak tumpang hisap darah Tukang Kebun kat tangan. Cepat-cepat dikutip buang sebelum mula sedut darah.
 Nampak macam construction site je bila sampai tapi inilah Lahar Lumpur Lipad. Binatang-binatang banyak kumpul di sini untuk ambil nutrient yang banyak dari lumpur sini. Jadi ada juga platform tinggi bersebelahan lahar ini untuk night watching yang nak tunggu binatang-binatang keluar malam ambil khasiat dari lahar ini. Gajah juga antara pengguna utama lahar lumpur lipad ini.
 Sila berhati-hati semasa jalan atas kawasan Lahar Lumpur Lipad ini ada tempat yang lembut boleh terbenam masuk dalam. Bawalah siap sedia botol atau bekas yang kosong boleh bawa balik lumpur yang banyak mineral khasiat ini ke rumah. Mahal juga kat kedai pengusaha jual mud soap kan. Licin rasa juga muka bila pakai natural mask dari Lahar Lumpur Lipad ini.
 Mula-mula semua teragak-agak nak sapu lumpur ini kat muka. Yang sukarela offer muka ialah si Rayyan yang memang dah seronok amat dapat main lumpur. Kemudian muka Ilhan pula kena sapu lumpur oleh makcik-makcik Ilhan. Barulah lepas tu semua sapu lumpur semulajadi ini di muka kecuali Abby yang tak mau.
 Kalau ke Lahar Lumpur Lipad ini pakai baju dah lusuh je. Elok lengan panjanglah kalau tak nak derma darah banyak. Kalau anak-anak mungkin elok pakai je jenis kain baju berenang tu beli yang dari bundle je senang nak cuci sikit hilangkan lumpur bilas air.  Attire Rayyan paling senang nak kasi cuci dahlah memang dia paling comot. 
 Ilhan dan Aunty Tati macam adik beradik je kan sebab jarak usia pun 12 tahun je. Hari lahir pun beza 5 hari je dalam bulan Mei. Pemandangan Lahar Lumpur Lipad dari atas platform tinggi.
 Dari resort memang naik truck ke simpang Lahar Lumpur Lipad. Kemudian jalan kaki masuk dalam 700meter sebab jalannya berlecak-lecak dan ikut pace Abby ada dalam setengah jam kut. Lagipun sambil berhenti menikmati flora dan fauna. Ada juga rezeki tengok sepasang pelandok dalam siang hari tu. Dekat Lahar Lumpur Lipad kami cuma perhatikan ada monyet je atas pokok ketika itu.
 Dalam perjalanan balik ke resort, terserempak sekumpulan geng monyet ni kat tepi jalan. Tak takut pun rilex je depa ni tengok pelancong perhatikan mereka.
 Sampai ke resort, semua cuci-cuci boot nanti nak pakai lagi untuk nightdrive pula. Semua dah tak sabar nak balik bilik masing-masing buat spot check kena hisap darah ke tidak. Masing-masing derma darah kat seekor lintah. Abby kat perut. Lainnya banyak kat peha. Nyamuk langsung takde kali ini. Tapi lintah tu sukar nak lari.
Hujung minggu ini self-collect adalah available (kebunkmg@gmail.com):

~ 29th/30th July 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit of Guthrie Corridor Highway).
 Buah-Buahan organik segar yang available minggu ini adalah seperti berikut:

~ 1 kilogram buah mempelam telur/pauh ringan muda RM5.00 (more info click here) (boleh pos).
Puas kami buat dah jeruk mangga asam boi. Kalau di tamu Sabah, ini memang kegemaran dan harga pasaran boleh 1 kilogram RM8~RM10.

~ 1 sisir buah pisang kadau jenis kuning RM5.00 (more info click here).
Adik-beradik pisang raja udang.

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .

~ 1 biji nangka ranum RM15.00 .

~1 biji buah nangka muda RM5.00 .

~ 8 biji kelapa tua RM10.00 .

Mexican Turnip Bigger than My Foot

$
0
0
 Assalamualaikum didoakan semua pembaca Kebun Bahagia Bersama dalam keadaan sihat walfiat. Hari ini hanya berkongsi sajian gambar dari mulanya pembentukan buah kacang sengkuang yang hijau keputihan hinggalah menghasilkan biji benih yang matang. Bentuk bunga pokok sengkuang juga mirip sahaja macam kacang pea di Eropah tu dan berwarna lavendar bunganya atau boleh nak masuk kategori warna mauve. Cuma kacang sengkuang ini tak boleh dimakan kerana ianya beracun. Sebab tu ianya salah satu tumbuhan yang mudah nak dibela secara organik kerana jarang sekali ada serangga perosak menyerangnya. Unggas pun tak rajin sentuh pokok sengkuang ini. Bahagian yang boleh dimakan ialah akarnya atau ubinya.
 Cara-cara penanaman sengkuang ini tak berapa sukar. Apa yang penting ialah persiapan tanah untuk menyemai biji-biji benihnya. Untuk percambahan biji benih yang baik, pastikan tanah tersebut berada di posisi yang banyak menerima cahaya matahari secara langsung. Harus diingat bahawa sengkuang ini berasal dari kawasan tropika bermakna ianya sukakan suhu 21 Celsius ke atas untuk bercambah. Malahan ubi sengkuang pun jika dibiarkan dalam tanah yang bawah 15 Celsius boleh reput ubinya. Jadi elakkan ubi sengkuang disimpan dalam peti ais ya. Bagus disimpan di suhu bilik. Jika tanam sendiri lebih baik biar je dalam tanah seperti kunyit, gali yang perlu sahaja keluar.
 Walaupun kelihatan biji benih sengkuang itu keras, ianya tak suka direndam air dengan lama. Reput nanti. Walaupun bercambah, lama-kelamaan akan ada potensi mengalami gejala akar benih yang reput atau tunas batangnya lembik terputus dari biji benih. Sama je bila disemai benihnya di tanah, kita akan siram juga tanah itu terjadi lembap. Jadi memadai air yang terkandung pada tanah tersebut. Elok sebelum menyemai biji benih sengkuang di tanah, gembur-gemburkan tanah tersebut terutamanya pada jenis tanah yang keras. Biji benih sengkuang lebih mudah bercambah pada komposisi tanah yang lebih kepada jenis berpasir. 

 Hasil kajian mini projek yang dijalankan oleh beberapa pelajar yang ramai tidak berpengalaman berkebun berkenaan tekstur tanah dengan mencuba pelbagai jenis tanah untuk lihat perkembangan anak pokok sengkuang yang bercambah ialah lebih cepat membesar dengan jenis tanah yang berpasir (bacaan lebih lanjut klik sini). Hasil kajian jenis gunakan tekstur tanah yang sama tetapi siraman regime air yang berbeza menunjukkan keperluan air sengkuang juga tidak banyak pada awal pertumbuhan, sederhana sahaja (bacaan lebih lanjut klik sini). Awal perkembangan biji benih bercambah juga nampak anak sengkuang ini suka tanah yang pengudaraan yang baik. Bila diperhatikan cara-cara tenaga tangan pelajar yang berbeza lepas semai compress/compact tanah/padat tanah juga memberikan pengaruh peratusan percambahan. Jika tanah yang keras, jangan lepas semai kita tekan-tekan atau compress padat sangat tanah, sukar untuk biji benih tersebut bercambah. Perkara-perkara kecil ini juga adalah faktor yang penting untuk sukses percambahan biji benih sengkuang yang tinggi.

Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi percambahan biji benih sengkuang:

  1. Suhu
  2. Penerimaan Cahaya
  3. Jenis tanah - lebih suka tanah yang ke arah berpasir dan mempunyai pengudaraan yang baik
  4. Keperluan air sederhana (jangan rendam biji benih)
  5. Elakkan tanah menjadi mudah padat, kadangkala cara siraman yang ganas juga menyebabkan tanah jadi compress atau compact (Air pancutan dari hose yang kuat dan tempat tinggi, boleh compact tanah). Cara siraman juga menyebabkan biji benih hanyut atau jadi tertimbul ke permukaan tanah.
  6. Lepas semai gently pat pat sahaja tanah ya...jangan tekan kuat sangat.
  7. Semaian biji benih sengkuang dalam kedalaman 2~3cm dari permukaan tanah.
  8. Sebelum semai biji benih gembur-gemburkan tanah dahulu.
  9. Lebih digalakkan direct sowing biji benih dari memindahkan anak pokok kemudian.
  10. pH tanah yang berdekatan lingkungan neutral.


 Buah ubi sengkuang memang boleh hidup dibiarkan bertahun-tahun dalam keadaaan berpasir di cuaca tropika ya dengan pengaliran air yang baik. Ubi sengkuang ini dah berapa kali bekalkan biji-biji benih sengkuang kepada stok segar Kebun Bahagia Bersama. Dah paling kurang 3 tahun hidup di sini (related posting klik sini), dah besar dari tapak kaki Tukang Kebun. Dah tertimbul dari tanah pun unggas tak makan. Ada juga biji benih yang bercambah sendiri berdekatannya. Berapa kali ingat dah mati dah pokoknya sebab tak pernah disiram masa musim kemarau. Tapi bila tiba musim hujan, naik balik tunas dari ubinya cepat naik melilit pokok kemboja. Stok segar biji benih sengkuang ada semula di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pek anggaran 30 biji benih sengkuang RM3.00 ~
Viewing all 401 articles
Browse latest View live