Quantcast
Channel: Kebun Bahagia Bersama
Viewing all 401 articles
Browse latest View live

Nest Search

$
0
0
  Syukur Alhamdulillah minggu lepas, permata-permata hati berpeluang pertama kalinya menjejak ke Bandar Bersejarah Melaka. Dalam perjalanan balik dari Cuti-Cuti Malaysia di Johor baru-baru ini, tiba-tiba terasa nak singgah ke Melaka. Memandangkan negeri Selangor keesokkan harinya masih cuti am. Tukang Kebun pun dah bertahun-tahun tak masuk ke Bandar Bersejarah Melaka terkejut melihat perubahan sekeliling. 
 Cuma jalan nak masuk ke bandar Melaka bersejarah ini tak sangka begitu sibuk macam rush hour dalam Lembah Klang. Kami pun main spontan redah je pergi ke bandar Melaka ini tak guna Waze pun. Berpandukan sahaja dengan signboard. Bila dah rasa macam tak berjalan-jalan kereta ni sesak semacam lalu ternampak ada carpark di sebelah Bangunan Madonna yang bersebelahan Gereja St. Francis Xavier (gambar No.2 di atas) dan ada kereta sedang keluar menunjukkan ada carpark kosong lalu Tukang Kebun terus beri isyarat dekat suami kita masuk parking sahaja dahulu dari duduk dalam kereta lama-lama buat pemandu sakit kaki. Bila keluar jalan pula lenguh tangan papa Abby sebab princess papa asyik nak berdukung manja saja. Terus kami masuk parking yang juga menghadap gambar No. 1 di atas. Bayaran masuk sehari pun cuma RM3.00 sahaja. Dari parking sampai balik ke Lembah Klang keesokkan harinya di situlah kereta tak bergerak-gerak. Kami cuma berjalan kaki sahaja dan berikan pengalaman anak-anak naik beca dalam kawasan jalan Jonker dan Bandar Bersejarah Melaka.
 Kami pun tak sangka pula tempat kami parking kereta strategik rupanya dah bersebelahan Sungai Melaka dan kawasan Warisan Dunia UNESCO dekat Jalan Jonker. Ramai sungguh yang membawa anak-anak bercuti ke Bandar Bersejarah Melaka. Lepas tu diperhatikan feri membawa pelancong di Sungai Melaka ini macam speedbot laju semacam. Ingat nak bawa anak-anak naik feri pada waktu malam lepas dinner, sekali tengok dah pukul 10malam pun pelancong beratur nak naik feri ada dekat 1 kilometer. Patutlah bila berjalan-jalan sepanjang Sungai Melaka macam berlumba feri ini mengejar waktu. Jadi Papa Abby kata lain kali bila pergi Melaka lagi sekali baru naik feri masa tak ramai sangat pelancong. Macam tak syok tengok gaya bawa feri laju semacam tak santai. Bila tengok feri yang mengemudi Sungai Melaka pagi esok kelajuannya kurang berbanding dengan hari sebelumnya.
 Memandangkan kami sponton singgah melancong Melaka dan belum ada reservation tempat penginapan berjalanlah kami sepanjang Sungai Melaka dan dalam kawasan Jalan Jonker yang berdekatan mencari tempat penginapan yang masih ada bilik kosong boleh kami berlima tidur semalaman sambil melancong. Rasa lebih adventure pula kali ini melancong secara spontan.  

 Seronoknya terserempak ada kedai haiwan belaan. Haiwan-haiwan yang dijual semuanya nampak sihat belaka. Yang menarik minat Tukang Kebun adalah anak-anak angsa putih dan ayam belanda. Ayam belanda dalam usia 3 minggu di Bandar Melaka ini harganya RM50. Manakala angsa putih dalam usia 3 minggu seekor RM120. Nasib baiklah kali ini kenderaan yang dibawa tak bersesuaian nak bawa balik. Kalau tidak, ada souvenir hidup dari Melaka dibawa balik.
 Walaupun kekurangan tempat untuk menanam tidak mematahkan semangat mereka menggunakan apa ruang yang ada bagi penghuni Jalan Jonker untuk berkebun. Orkid memang kalau dah well-established atas bumbung pun boleh hidup yang jenis suka matahari banyak. 

Jika dalam senarai Kebun Bahagia Bersama, Tukang Kebun recommend orkid yang tahan panas terdedah seperti:

The Trumpet Player's Schomburgkia (Myrmecophila tibinicinis) (Klik Sini)

 Phalaenopsis pulcherrima (Klik Sini)

 Jalan-jalan cari tempat penginapan, ada singgah tanya yang bangunan bertingkat kuning cair di belakang tu. Masuk tanya ada 2 bilik kosong, yang bilik affordable offer RM180 tapi pintu tandas tak boleh tutup. Tak pelah kami jalan-jalan lagi, lagipun cuma nak tidur semalaman sahaja. Lagipun tak sampai 24 jam kami jejak kaki di Melaka ni. Ada beberapa Guest House yang penuh bila kami masuk tanya. Terserempak pula dengan Roof Top Guest House yang memang satu lorong je dengan hotel yang cat warna kuning tu. Katanya ada bilik untuk 3 single bed dengan harga RM84 (tandas dan dapur kongsi). Tengok bilik bersih dan dalam very homely, terus kami memilih untuk tidur di Roof Top Guest House. Teringat pula tempat menginap kami dahulu masa menunggu si Rayyan kena bedah jantung. Guest House macam ini kita dapat lebih berinteraksi dengan pelancong-pelancong lain begitu juga untuk kanak-kanak develop communication skills.
 Ramai pelancong luar negara suka menginap di budget accomodation Roof Top Guest House ini sebab yang menunggu di reception bertukar-tukar orang dari negara luar membantu pemilik Guest House. Jika nak sewa basikal pun ada disediakan di depan guest house ini. Yang seronok semua tempat perlancongan adalah in walking distance mudah nak balik ke sarang tidur malam kami kali ini dan sesiapa yang nak balik gunakan tandas bersih. Nak cari parking lain pun kami tidak perlu, sebab cuma dalam jarak 200 meter sahaja dari tempat kami parking bersebelahan Bangunan Madonna tersebut. Lagipun bukannya banyak barang nak dibawa. Kami rasa lebih selamat kereta dibiarkan parking di jalanraya utama yang sibuk dari celah-celah lorong pada waktu malam. Nak check out pun tak tergesa-gesa boleh berjalan mencari sarapan sambil-sambil melancong tempat menarik lagi. Banyak berjalan gunakan kaki sihat banyak dari asyik duduk termenung dalam kereta.
 Tukang Kebun memang minat sungguh tengok susunan corak tiles di sepanjang bangunan-bangunan Warisan Sedunia UNESCO ini. Tiles lebih mudah nak dicuci kalau air naik banjir berbanding dengan dinding bercat. Teringat dulu lepas banjir di Sungai Buloh nak kemas lumpurnya bukan mudah sebab tu Big Boss terus pasang dinding yang belah bawah 1 meter tinggi di keliling luar rumah semua tiles bila ada budget.
 Banyak kedai-kedai menggunakan hiasan Bird Nest Fern atau Sarang Burung sebagai hiasan. Ianya memberikan visual cooling effect dan mudah nak jaga serta tahan panas. Tumbuhan menumpang Bird Nest ini juga nampak cantik sebagai hiasan dalam pasu. Jika yang berminat nak dapatkan saiz besar, Kebun Bahagia Bersama boleh bekalkan. Yang self-collect sendiri kena inform jenis kenderaan apa yang dibawa supaya kami boleh pilih saiz yang muat kenderaan.

~ Big size Bird Nest Fern RM20.00  (self-collect only)

~ Small size Bird Nest Fern RM5.00 (self-collect and post delivery)

 Last Self-Collect Day for 2016:

24th December 2016 Saturday Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway).


Characters Beca

$
0
0
 Syukur Alhamdulillah setelah selesai kami dapat tempat penginapan (related posting klik sini), dah bayar untuk sewa semalam teruslah kami keluar berjalan-jalan lagi pada percutian spontan Melaka 2016. Memandangkan kami ini main redah je mana berada pun tak pasti. Peta pun tak tengok masih kabur di mana sebenarnya kami berada. Mengejar masa kerana kami cuma boleh berada dalam 16 jam sahaja di Melaka sebelum kena gerak balik. Cuma tahu anak-anak berminat nak naik feri yang menyusuri Sungai Melaka. Lalu sebelum keluar dari tempat penginapan, Tukang Kebun tanyalah orang dari Eropah yang menjaga sementara reception arah mana patut kami pergi nak menyusur Sungai Melaka untuk point naik feri. Setelah mendengar direction dari orang Eropah (bukannya tanya orang tempatan hehehe), maka berjalanlah kami mengikuti Sungai Melaka. 

 Rupa-rupanya taklah jauh pun salah satu tempat pelancongan utama di Bandar Bersejarah Melaka iaitu kawasan bangunan Stadhuys dari tempat penginapan dalam 1 kilometer je agaknya. Dalam 5 minit berjalan kaki. Kali terakhir kaki Tukang Kebun jejak di kawasan ini pun masa Sekolah Rendah. Sekarang bawa anak-anak sendiri pun paling tua dah nak masuk Darjah 4. Bayangkan betapa lama tak lawat Kota Sejarah Melaka ni. Jauh berbeza dengan dahulu. Lihatlah keliling dengan ramainya pelancong dari dalam negara dan luar negara juga.
 Jika zaman kanak-kanak Tukang Kebun boleh kira bilangan beca yang ada. Pada cuti sekolah zaman anak-anak sekarang berwarna-warni Bandar Bersejarah Melaka dengan hiasan beca yang berwarna-warni dan characters pelbagai. Banyak pilihan dan saingan. Rasa ada ratusan bilangan beca keliling Bandar Bersejarah Melaka pada musim ini. Tidak mengira bangsa khusus, 1Melaka sehati sejiwa dapat mencari rezeki pada waktu cuti sekolah ini atau holiday season untuk mencari sumber pendapatan sampingan dengan membawa beca. Bukan sahaja rakyat Melaka, pendatang asing pun ada juga mencari rezeki dengan membawa beca.
 Demi anak-anak yang belum pernah merasai naik beca. Papa belanjalah anak-anak naik beca untuk ronda ulang alik hingga ke Kota A Famosa. Papa dan Abby pilih beca tema Hello Kitty. Tukang Kebun, Rayyan dan Ilhan naik beca tema Pokemon. Sekarang siap sambil naik beca ada entertainment muzik bekumandang sedang popular lagi. Beca papa dan Abby lajulah ke depan sebab kami punya berat sikit kut. Siap Rayyan cakap kenapa kita punya tak laju. Ilhan tak buka mulut tengok mama dia hehehe....Pemandu beca yang bawa Papa dan Abby berdua lebih muda dari papa. Pemandu beca yang bawa kita bertiga dah umur lebih lima puluh tahun masih gigih mengayuh.
 Anak-anak lelaki tak sah kalau nampak meriam, mesti dipanjat nak duduk atasnya. Semoga lepas ini imaginasi anak-anak mudahlah nak menjawab soalan Bahasa Melayu bila berhubungkait dengan Bandar Bersejarah Melaka.
 Cuma dua tempat ini sahaja kami melawat dahulu bila dah mula senja, bergeraklah kami berjalan pulang ke tempat penginapan untuk mandi, berehat dan melaksanakan perkara wajib sebelum keluar semula mencari makan malam. Bila dah senja masih sesak lagi dengan kereta dan manusia. Beca pula dah mula bercahaya-cahaya menarik penumpang-penumpang.
 Bila dalam perjalanan balik ke tempat penginapan baru perasan dalam roundabout dekat dengan bangunan Stadhuys tu ada patung Sang Kancil. Sang Kancil ini yang Parameswara pembuka Kerajaan Melaka tengok anjing buru kena buli balik membuatkan ianya buka hati membuka tapak kerajaan di situ masa beristirehat di bawah pokok Melaka. Pokok Melaka di atas kawasan car parking belah atas berdekatan dengan Bangunan Stadhyus tu ada (gambar atas perenggan ini). Daunnya macam daun assam jawa. 
Bila dalam perjalanan balik ke tempat penginapan baru perasan dalam roundabout dekat dengan bangunan Stadhuys tu ada patung Sang Kancil. Sang Kancil ini yang Parameswara pembuka Kerajaan Melaka tengok anjing buru kena buli balik membuatkan ianya buka hati membuka tapak Kerajaan di situ masa beristirehat di bawah pokok Melaka. Pokok Melaka di atas kawasan car parking belah atas berdekatan dengan Bangunan Stadhyus tu ada. Daunnya macam daun assam jawa. 
 Kebun Bahagia Bersama buka semula promosi bibit/sulur Nenas Madu Sabah sehingga akhir bulan Januari 2017 untuk yang berminat. 

Info lanjut mengenai Nenas Madu Sabah juga boleh dirujuk ke posting sebelum ini (klik sini).

~ 4 sulur Nenas Madu Sabah RM10.00 (promotion valid for January 2017 only) ~

 Buah Nenas Madu Sabah kali ini kami tak bekalkan sebab belum peak season. Cukup-cukup untuk bekalan kami.

Dinner next to Sungai Melaka

$
0
0
 Selepas bersihkan badan dah segar kembali, keluarlah kami untuk mengisi perut. Teringin pula nak lepak makan malam di sebelah Sungai Melaka sambil melihat aktiviti dan suasana berdekatan. Nak makan ikan bakar di kawasan famous pula rasa memakan masa jika menggunakan kenderaan, memandangkan jalanraya masih sesak macam rush hour di Lembah Klang. Rasa cukup sekadar kawasan yang boleh berjalan kaki sahaja.

 Memandangkan Abby pun dah menyebut lapar-lapar maka kami singgah yang antara terdekat dengan tempat penginapan iaitu kedai makanan pertama di deretan kedai menghadap car park yang kami letakkan kereta (related posting klik sini). Ada tertulis di dinding kedai luar yang berwarna merah 'Selamat Datang/ Welcome Melaka World Heritage City'. Rayyan dan Ilhan masing-masing Tukang Kebun pesan Rice Butter Chicken. Waiter ambil order quantiti betul, cuma Tukang Masak tersilap ingatkan satu piring. Tertunggu-tunggulah si Rayyan di tangga menunggu makanannya sampai bila papa double check order turun bawah yang lain dah dapat. Tukang Kebun pesan nasi dan sambal udang petai dan Papa pesan nasi dan udang butter.
  Memandangkan yang di luar meja sudah penuh dengan pelanggan lain. Jadi kami memilih duduk di tingkat dua yang ada meja bersebelahan dengan tingkap. Santai sikit dengan anak-anak memandangkan tingkat 2 tiada pelanggan lain. Selesa sikit tak mengganggu pelanggan lain sebab anak-anak hyper jenis tak duduk diam suka bergerak berlegar-legar. Sambil itu bebas melihat suasana di tepi Sungai Melaka berdekatan Jalan Jonker. Tenang sikit nak makan tak risau sangat nak memerhati gerak geri anak-anak entah bergerak ke mana.

Tumpang iklan sekejap:

Sekiranya ada yang berminat pokok frangipani wangi Balinese yellow picotee yang tinggi macam gambar di atas untuk ditanam dalam pot kami ada rooted stock.

~1 plant more than 1.5 meter tall RM100.
~ 1 plant more than 1 meter tall RM50.
~ 1 plant about 0.5 meter tall RM25.

Cuma kena self-collect sendiri dan kenderaan yang muat.

Next Self-Collect Day ialah pada 14 dan 15hb Januari 2017 di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
 Jika rasa makanan di kedai makanan ini biasa-biasa. Tapi non-alcohol cocktail dia boleh tahan.  Kedainya tak tawarkan alcohol beverage. Holiday season ini memang nampak meriah suasana di Sungai Melaka. Dari kedai ada nice view sambil menjamu makanan boleh bayang-bayang bagaimanakah suasana kawasan terusan ini pada kurun-kurun dahulu.
 Dari Tingkat 2 kedai makan boleh lihat bangunan gereja lama St. Francis Xavier. Juga melihat pintu masuk dapur di ground floor. Di dalam kedai ada juga dihiasi dengan pokok-pokok yang hidup.
 Bersesuaian dengan tema kedai-kedai lain berdekatan jalan Jonker, kedai ini juga banyak dihiasi barang-barang antik. Nama kedai pun mudah untuk diingati 'Street Kitchen' menghadap Sungai Melaka dan kedai paling tepi.
 Selepas makan malam berjalanlah kami di tepi Sungai Melaka ke arah tempat untuk menaiki feri. Sekali tengok untuk menunggu naik feri pun manusia masih beratur nak dekat 1 kilometer. Waktu ketika itu pun sudah pukul 10 malam. Walaupun tiket counter masih menjual tiket, maka tak jadilah kami naik feri. Jika ada rezeki InsyaAllah lain kali. Ambil sahajalah gambar di depan replika kapal. Abby pun sudah terlelap. Masih sesak bandaraya Melaka dengan beca dan kereta.
 Kemudian berjalanlah kami ke arah menara Taming Sari. Tengok tak perlu nak beratur panjang seperti menaiki feri. Harga nak naik pun boleh tahan, kalau kami berlima RM68. Kemudian bila nak bayar tiket, Tukang Kebun pula lupa bawa MyKad dan MyKid kerana tertinggal dompet di tempat penginapan. Tengok je lah dari bawah tak jadi. Bila dah beransur nak bergerak balik ke tempat penginapan sebab dah hampir pukul 11 malam. Nyaris tersedar ada seorang hilang. Bergegas Tukang Kebun patah balik tergerak hati mungkin si Rayyan ralit tengok beca tema Batman KnightRider bila kami keluar dari bangunan. Sebab yang tu pertama kali beca Rayyan nampak ada tema Batman KnightRider. Nasib Rayyan masih ada di situ baru sedar kena tinggal. Padahal dalam bangunan masa keluar dah dipesan pegang tangan abang Ilhan sekejap sementara Tukang Kebun tengah sibuk simpan barang-barang dalam beg. Mulalah Ilhan kata Rayyan yang tak mau pegang tangan Ilhan. Rayyan nak pegang tangan Mama je. Itu sebab tahu sesak dengan orang yang kanak-kanak kecil kami ini semua dipakaikan baju merah berjalan waktu malam, untuk mudah nak bezakan dan cari.
 Yang kelakarnya bila kami patah balik ke tempat penginapan rupa-rupanya memang kami duduk kawasan UNESCO Heritage Jonker Walk tak sedar ingat di luar sempadan. Secara tak sedar sebenarnya dah tunai hajat nak rasa menginap dalam kawasan Jonker Street. Tukang Kebun travel wish list satu perkara dah boleh tick done already. Jonker Walk pun dah sepi larut malam banyak kedai dah tutup atau sedang berkemas tutup. 
 Dah kurang manusia ini, mudahlah sikit budak-budak ini nak ambil gambar. Mata-mata si kecil pun mudah lebih jelas nak amati ukiran-ukiran. 
 Seronok juga berjalan dalam keadaan jalan Jonker sudah mula sepi rasa bernafas sikit berbanding di kawasan menara Taming Sari di sana masih sesak dengan manusia dan kenderaan. Cuma ada beberapa kedai yang masih buka lagi. Kalau bukan Abby dah nyenyak dan tengok muka papa Abby pun dah mengantuk semacam, maka perlahan-lahanlah kami agak-agak jalan kembali ke tempat penginapan. Ada juga papa Abby tanya kalau mama Abby teringin nak lepak mengeteh. Tak sampai hati pula tengok semua dah kepenatan. Puas hati dah dapat rasa perbezaan masa Jonker street tidur dan bandingkan masa ianya sibuk sebelah siang.
 Seperti pokok frangipani, pokok keladi gajah juga amat sesuai ditanam di dalam pasu sebagai perhiasan. Keladi gajah juga menghasilkan bunga yang berwarna putih.

Promosi untuk bulan Januari 2017 sahaja, Kebun Bahagia Bersama bekalkan 2 moist bare-rooted Elephant Ear plants (Keladi Gajah) dengan harga RM5.00 .

 Cerita-cerita mengenai Keladi Gajah juga boleh di baca posting dahulu (klik sini).

Selamat Hari Natal.

Kaya Kaya Cafe

$
0
0
 Apabila duduk dalam kawasan warisan dunia UNESCO, Jonker Walk ini tak kalut apabila bangun pagi boleh sempat exploring lagi sebelum waktu check out 12:00PM. Lepas mandi bolehlah sambung explore area ini sambil mencari pilihan untuk breakfast. Bila lalui jalan gambar di atas ini waktu larut malam kembali ke tempat penginapan (related posting klik sini) tertarik hati juga tengok ada landmark beca di corner ini pasti ada benda menarik yang boleh explore di jalan yang hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki. Memang bila masuk jalan tersebut tidak menghampakan. The whole family members had fun.
  Bila kami masuk ke dalam jalan ini, terdapat banyak mural yang menarik untuk aksi bergaya dengan bergambar menghiburkan hati pelancong-pelancong. Jalan belakang kedai-kedai sahaja sebenarnya ini yang dicantikkan dindingnya untuk menjadi salah satu kawasan tarikan Jonker Street dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kalau kena gaya bergambarnya boleh nampakkan trick visual 3D.
 Jarang-jarang sekali si Ilhan ini suka jadi model bergambar layan permintaan mama Ilhan. Kali ini Cuti-Cuti Malaysia, Ilhan amat sporting sekali dalam jadi model bergambar. Teruja sebab banyak benda baru yang dapat dipelajarinya, banyak berjalan luas pengalaman? Amin.
 Di dalam lorong ini pun, didapati walaupun tiada tanah, ada ramai berjiwa gardener.

Tumpang iklan sekejap:

Sekiranya ada yang berminat pokok frangipani wangi Balinese yellow picotee seperti gambar di bawah untuk ditanam dalam pot kami ada rooted stock.

~1 plant more than 1.5 meter tall RM100.
~ 1 plant more than 1 meter tall RM50.
~ 1 plant about 0.5 meter tall RM25.

Cuma kena self-collect sendiri dan kenderaan yang muat.

Next Self-Collect Day ialah pada 14 dan 15hb Januari 2017 di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
 Blink blink mata Tukang Kebun bila tengok di sudut corner sempit di bawah ini ada Tuan Kedai sempat menanam sayur-sayur kailan dalam bekas plastik oren di depan kedainya. Ada juga yang ditanam dalam tin tanaman.

 Biji benih kailan ada dalam stok semula hujung tahun ini (RM1.00 sepek).
 Ada juga pekedai di depan entrance kedainya penuh dengan pokok-pokok hiasan dan edible. Paling kiri gambar di bawah yang ditanam dalam pasu dan pokoknya dah tinggi itu adalah pokok mulberry. Sihat nampak pokok mulberry tuan kedai tersebut hidup dalam pasu. Sambil-sambil papa Abby mencari kedai nak sarapan, mata Tukang Kebun pula asyik cuci mata perhatikan tanaman-tanaman di kawasan Jonker Street.

~ 1 bekas pokok mulberry (sekurang-kurang 2 pokok dalam 1 bekas) RM7.00 .

~  10 fresh mulberry cuttings RM7.00 .
 Akhirnya kedai Kaya Kaya Cafe yang terletak dekat Jalan Tukang Besi menarik perhatian dan perut kami semua untuk singgah berbuka puasa. Keadaan dalam kedai nampak homely dan selesa untuk anak-anak yang ada itchy hands suka explore tu. Tak perlulah ibubapa stress asyik nak reminder don't touch. Barang-barang hiasan antik dalam kedai sesuai untuk kanak-kanak pegang dan safe to explore. Safe in terms of durable and not easily broken. Very relaxing atmosphere.
  Tukang Kebun berasa sangat puas hati dengan semua pesanan makanan yang dibuat. Ikutkan selera Tukang Kebun sedap betul roti sesame top with fluffy scrambled eggs and smoke salmon sprinkled with sesame seeds and mixed nuts. Dressing salad juga sedap. Kali pertama Tukang Kebun rasa combination ini dan surprisingly was so good. Mula-mula anak-anak hairan tengok, kenapa warna kelabu roti mama. Bila kasi rasa semua suka. Papa and the kids pun enjoyed their food very much. Harga makanan pun very reasonable, cheaper than the average price kalau makanan begini dengan boutique restaurant yang lain. Service is good. If you wear casual clothes you don't feel out of place. Keluar dari guest house pakai kain sarung baca paper macam di warung pun looks at home. Relax atmosphere. Comfortable place to have breakfast with the kids. Lets say I will like to enjoy my meal here again when we visit Jonker Street again. Dah mengidam balik nak pesan benda yang sama hehehe....
  Kaya Kaya Cafe ini berhadapan dengan kuil di bawah ini yang sederet sama jalan dengan Masjid Kampung Kling. Setelah habis sarapan, tengok jam masih ada banyak masa nak berjalan-jalan sebelum balik ke tempat penginapan untuk check out. Sambunglah kami explore kawasan yang UNESCO dah declare warisan dunia ini ke arah Masjid Kampung Kling.

Merry Christmas and Happy Holidays!

Masjid Kampung Kling

$
0
0
  Tempat yang dituju sambil mencari sarapan pada hari kedua kami di kawasan Jonker Walk di Melaka ialah jalan-jalan mencari makam Hang Jebat. Sambil menulis posting ini tanya si Ilhan yang sedang membantu terbalikkan kain yang baru dibasuh, Hang Jebat itu siapa? Ilhan jawab adik-beradik Hang Tuah. Bertuah betul anak ini, bukan adik-beradiklah, sahabat handai Hang Tuah. Nampaknya kenalah Tukang Kebun mencari buku-buku lama kami dalam bilik study atuk Ilhan. Di atas dikatakan makam Hang Jebat tapi kalau baca hikayat atau versi rujukan sejarah rasanya ibarat Tugu.
  Selepas sarapan di Kaya Kaya Cafe di Jalan Tukang Besi (related posting klik sini) kami menuju ke Masjid Kampung Kling di Jalan Tukang Emas atau juga dikenali sebagai Jalan Harmoni. Dipanggil Jalan Harmoni kerana di jalan ini ada tiga bangunan ibadat berlainan agama berdekatan menunjukkan suasana harmoni masyarakat di sini pelbagai budaya, bangsa dan agama. Sebenarnya malam sebelumnya kami dah berhenti di depan Masjid Kampung Kling dalam perjalanan balik ke tempat penginapan (related posting klik sini). Tapi kami tak masuk di perkarangan dalam masjid walaupun pintu masih terbuka luas sebab waktu pun dah lebih 11 malam. Kami pun terkejut tak perasan rupanya ada masjid dekat sahaja dengan tempat penginapan kali ini. Lain kali jika ada rezeki kami nak cuba pula menginap di tempat penginapan yang menghadap Masjid Kampung Kling ini. Mudah untuk berjalan solat di masjid lebih jelas nak dengar azan. Kali ini masa berjalan-jalan dalam Jonker Walk, minaret Masjid Kampung Kling menjadi landmark untuk memudahkan kami tahu di mana sebenarnya kami sekarang untuk bergerak.
 Yang menarik mata Tukang Kebun ialah mercu pintu gerbang pintu di Masjid Kampung Kling. Tak dapat Tukang Kebun ambil gambar dengan jelas tapi bentuk seperti pasu porcelain rekabentuk Eropah tu nampak sweet sangat. Sangat unik banyak gabungan antara pelbagai budaya atau pengaruh.
 Kami tak masuk sehingga ke dalam bangunan masjid memandangkan pakaian kurang sesuai. Tetapi ada disediakan jubah dan penutup kepala di depan pintu masuk masjid untuk pelancong-pelancong pakai yang ingin mengamati ukiran dalam interior masjid lebih dekat.
 Tempat mengambil wuduk juga sangat menarik reka bentuknya. Sehinggakan Abby yang macam anak koala bear tak lepas dari dukungan papa dia nak turun ke bawah jalan sendiri. Habis si Sumandak ni buli papa dia nak berdukung memanjang masa di Melaka. Kalau papa takde kami keluar, tak berdukung pun. Tengok si Rayyan dan Abby ini geram terbayang-bayang agaknya dalam kepala ingat kolam renang kut. Sikit-sikit pergi dekat, kalau tak dipantau mau dah rendam kaki.
 Selepas melawat Masjid Kampung Kling, kami mencari makam Hang kasturi pula. Dalam kawasan makam Hang Kasturi ada pokok kemboja merah gelap wangi sedang berbunga. Jenis kemboja merah wangi ini ada kami bekalkan fresh cuttings (1 cutting RM15.00).
 Seperti makam Hang Jebat ianya dikelilingi dengan bangunan cuma kawasan makam Hang Kasturi lebih sibuk dan sempit.
 Makam Hang Kasturi berhadapan dengan gambar di bawah ini. Tukang Kebun perhatikan lorong dalam Jonker walk berdekatan dengan Hang Kasturi ini banyak berpusat menjual biskut-biskut tradisional. Banyak juga kedai menarik rasa nak singgah tetapi tak sempat kali ini kerana dah hampir waktu nak check out. Indikator status business level ketika itu.
 Melihat rekabentuk bangunan kedai di depan makam Hasng Kasturi ini mesti dulu adalah antara successful businessman di lorong tersebut. Perbelanjaan mesti banyak nak upah skillworker untuk ukiran dan tiles yang banyak pada zaman tersebut. 
 Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Z di Kuala Muda, Kedah yang berkongsi gambar pokok Dove Tail yang telah berbunga pos dari Kebun Bahagia Bersama ditanam dalam pasu.

 Info lanjut mengenai Dove Tail boleh rujuk posting lepas (klik sini).

 Special offer for January 2017 only , 5 moist bare-rooted Dove Tail for RM10.00 .

Kampung Ketek

$
0
0
  Hari ini masih sambungan kisah Cuti-Cuti Melaka kurang daripada 16 jam. Dari Masjid Kampung Kling (related posting klik sini) kami ingat nak menuju ke Makam Hang Kasturi yang sehaluan dengan Kuil Cheng Hoon Teng. Generasi Ilhan sekarang dah tak berapa tahu Hikayat Hang Tuah dan sahabat-sahabat. Banyak sangat pengaruh characters animation super hero macam Ninja Go dan Pokemon. Jadi untuk menarik minat mereka membaca cerita yang ada unsur-unsur hikayat teladan, tunjuklah tempat bersejarah dahulu. Bila dah pergi, perasaan ingin tahu itu akan berkembang secara semulajadi.

  Menurut signboard terus sahaja ke arah belah Kuil Cheng Hoon Teng, kalau di gambar atas nampak bangunan di hujung macam architecture kuil Cina itu berhadapan dengan Kuil Cheng Hoon Teng sudah. Tidak jauh jaraknya dengan Masjid Kampung Kling. Rupa-rupanya di antara kuil Cina tersebut dan warisan Rumah Melaka Lama tersebut ada sebuah jalan yang juga tersimpan tempat-tempat bersejarah menarik di Melaka. Rumah Melaka lama ini sebenarnya tak perasan jika kita tak berjalan kaki di hadapannya diapit dengan bangunan-bangunan lain yang berukiran pengaruh dari negara Cina kurun dahulu.
  Setelah mengamati ukiran-ukiran atau corak-corak lama di Kuil Cheng Hoon Teng, baru perasan di hadapan kuil Cina ini ada Makam Syamsuddin Al-Sumatrani. Semasa Portugis ingin menakluk kota Kerajaan Melaka pada awal kurun ke-16, Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani adalah salah seorang pahlawan Acheh yang membantu mempertahankan Kota Melaka dengan pahlawan-pahlawan lain. Alang-alang sudah di sini, kami singgah masuk melawat Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani dan kawan-kawannya juga.

  Lepas beransur dari melawat Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ada kami singgah beli air mata kucing di tepi masuk jalan ini seperti gambar di atas. Pengalaman anak-anak kekok minum air dalam plastik pegang biasa. Itulah zaman sekarang kan lebih mudah air paling kurang beli di pasar diisi dalam cawan plastik. Geleng-geleng kepala maknya suruh pegang pun banyak ngomel, macam mana ni nanti air terkeluarlah, macam mana nak peganglah blahblahblah...zaman Tukang Kebun dulu tapau air isi dalam plastik biasa je kan.
  Ikut arah anak panah Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani masuk ke dalam di situlah tersoroknya Kampung Ketek yang sudah berkurun-kurun dibuka sejak zaman Belanda memerintah lagi. Sebenarnya di rumah depan ini adalah muzium boleh masuk dilawati. Jika dibandingkan dengan info blog-blog lalu untuk bertahun-tahun lepas mengenai Kampung Ketek dulunya seperti tidak berpenghuni, sepi sikit suasananya sebab baru dibangunkan semula setelah UNESCO declare kawasan ini sebagai warisan sedunia (rujukan lain klik sini, dan klik sini). Sekarang ini lebih bagus sudah kawasan ini dijagai kerana diberikan care-taker rumah muzium ini duduk berjaga di rumah ini dengan ada annex bangunan di belakang jadi nampak lebih hidup kawasan kampung ini jadi tidaklah nampak lama-kelamaan terbiar begitu.

  Di belakang rumah kampung Melaka warisan ini, telah disambung dengan bangunan baru di belakangnya untuk care-taker selesa duduki untuk kehidupan harian biasa. Semasa kami berlegar-legar di depan rumah ini, ada nenek dan cucu pelawa masuk. Kalau anak nak masuk makcik bukakan pintu depan, baru tadi ada pelawat lain datang melawat. Cuma aku malu tak bertempat sebab kami tergesa-gesa dengan masa yang suntuk nak tinggalkan Bandar Melaka maka terpaksa kami menolak naik ke atas rumah. Tak syok pula kalau pusing-pusing begitu keluar tanpa berkenalan dengan nenek tersebut rasa kurang manis. Berborak sekejap sahaja dengan soalan biasa-biasa seperti asal datang dari mana begitu. InsyaAllah lain kali jika ada rezeki kami datang lawat muziumnya.
 Lalu kami masuk ke dalam Kampung Ketek ke arah kawasan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani. Tiba-tiba si Rayyan ini nak pergi ke tandas pula. Minta tunggu kejap nanti kita patah balik ke tempat penginapan. Tahanlah si Rayyan sekejap. Nasib baik sebenarnya dalam perkarangan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani  ada facility tandas yang boleh digunakan. Nasib si Rayyan baik siap nak keluarkan saham besar pula. Papa Rayyanlah yang meneman sementara Tukang Kebun skodeng tanaman-tanaman penghuni kawasan Kampung Ketek ini. Subur juga pokok limau kasturi, kunyit dan kemuning yang ditanam dalam pasu. Kelihatan sedang menyemai benih-benih bendi dengan beberapa anak-anak pokok bendi sedang membesar di dalam pasu. Tukang Kebun perhatikan pokok kunyit dan limau kasturi adalah antara tanaman popular yang ditanam dalam pasu di kawasan Jonker Walk.

Anak pokok kemuning/Orange Jessamine ( 1pot RM10) ada stok kembali dalam senarai Kebun Bahagia Bersama.

More info on Kemuning/Orange Jessamine klik sini

 Mula-mula tak sedar sebenarnya rumah yang dihujung sekali di deretan masuk ke Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ini adalah warisan rumah Munshi Abdullah antara lagenda penulis lama Melayu yang juga pakar dalam beberapa bahasa. Yang itu sahaja rumah berwarna putih di deretan rumah kayu bercat coklat. Ingatkan rumah orang mula-mula sebab ada tilam dijemur di situ. Rupa-rupanya adalah rumah bersejarah juga.
 Kawasan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani amat dijaga dengan baik. Bersih kawasannya dan redup. Selesa untuk beristirehat. Kemas betul Tukang Kebunnya menjaga kawasan ini. Elok pangkasan pokok-pokok buah-buahan nampak cantik versi bongsai. Dekat dengan makam Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ini bersebelahan dengan pintu masuk itu adalah pokok melaka. Ketika kami melawat sedang berbuah pokok Melakanya seperti gambar di atas. Bulat-bulat buah melaka berwarna hijau macam kuih onde-onde atau kuih buah melaka. Pokok Melaka daunnya memang mirip dengan pokok petai dan pokok assam jawa. Tukang Kebun lihat di area bangunan Stadhuys besar pokok melakanya macam saiz pokok assam jawa seperti gambar di atas. Elok betul Tukang Kebun Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani memangkas pokok melaka jadi pokok renek. Tahun 2017 akan datang ini lepas habis musim buah assam jawa, nak dipangkas juga kasi renek pokok assam jawa di Kebun Bahagia Bersama tu.
 Di Kebun Bahagia Bersama belah Sungai Buloh sekarang sedang meriah buah assam jawa sedang bergayutan. Yang teringin nak makan celagi muda, boleh booking pesanan buah celagi muda boleh dipos atau self-collect tetapi kena tunggu tahun depan.

~ 1 kilogram buah assam jawa/celagi muda RM5.00 ~

More info on assam jawa refer to previous postings (click here).
 Selain dari buah assam jawa, ikut musim rezeki Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan anak pokok, pucuk muda daun assam jawa dan bunga assam jawa.

Pucuk muda daun assam jawa dan bunga assam jawa juga boleh dimakan dan khasiat yang bagus.

~ 1 ikat pucuk muda daun assam jawa RM1.00 .

~ 1 ikat bunga assam jawa RM1.00 .

~ 1 pot anak pokok assam jawa RM25.00 (self-collect sahaja).

Talian internet tiada jadi email semalam dan hari ini belum dapat terjawab ya. Ini posting dah automatic schedule sebab kami masih di kampung.

Happy Holidays!

Cruising Kinabatangan Early Morning

$
0
0
  Kisah kenangan di Abai Sungai Kinabatangan cuti September lalu (related posting klik sini) pun sudah lama tersimpan dalam folder gambar. Sambungan untuk pengalaman kami bercuti di kawasan Abai Sungai Kinabatangan untuk hari kedua sebelah pagi pula. Tukang Kebun suka sangat tengok jenis adik-beradik pokok kantan atau halia ini. Cantik sungguh bunganya banyak didapati di kawasan Abai ini. Tidak pasti pula adakah ini betul adik beradik Ginger Native kawasan rendah Kinabatangan ini atau tidak. Pokoknya memang mirip dengan pokok lengkuas dan kantan.

  Jika yang berminat nak dapatkan bibit anak pokok halia merah atau halia bara ada stok kembali.

  Tawaran istimewa untuk bulan Januari 2017 untuk 1 pot halia merah/bara dengan harga RM5.00 .

 Info lanjut mengenai halia merah/halia bara boleh (klik sini). 

 Jika nampak tanah kena kais-kais macam gambar di atas itu bolehlah agak kerja apa yang mencari makanan style gitu kalau bukan wild boar. Awal-awal pagi lagi kena bangun sebab boat trip menyusuri Sungai Kinabatangan nak bertolak awal supaya dapat tengok binatang-binatang liar yang keluar pagi mencari makan. Elok je keluar dari chalet, terkejut tengok wild boar punya ibu sedang keluar dengan anak-anaknya mencari makan depan chalet. Tidaklah ia mengganggu masing-masing buat hal sendiri. Lalu kami pun berjalanlah pergi sarapan dahulu di restoran resort. Disebabkan itu menarik walkway kawasan resort ini tinggi. Jadi menarik melihat sambil berjalan ada binatang liar lalu di bawah walkway. Dia membawa anak-anaknya mencari makanan, kami pun bawa anak-anak kami untuk isi perut dengan makanan juga.

 Selepas sarapan masih belum beberapa cerah lagi kami menunggu guide bersiap sedia untuk membawa kami ke bot di luar restoran. Ternampak selalu ada banyak burung besar suka bertenggek di atas pokok tinggi yang tiada daun ni. Tanya guide katanya sejenis merpati yang besar. Orang tempatan kadang-kadang tangkap buat makan juga. 
 Sementara menunggu santai di luar restoran resort, menarik juga untuk kanak-kanak berkenalan dengan serangga-serangga semulajadi di Kinabatangan. Dapatlah mereka jumpa Rhinoceros beetle dengan sejenis caterpillar. Rhinoceros beetle ini besar juga, takut si Rayyan nak pegang. Kalau kat Jepun musim panas ada harga juga Rhinoceros beetle ini jual di Petshop boleh dapat puluhan ringgit duit kita. Kemudian tengok gelagat kura-kura ini laju juga ia melarikan diri bila ambil cebisan roti-roti yang pada mulanya ingat nak panggil tupai dekat. Kura-kura pula ambil kesempatan.
  Resort ada juga sediakan teropong seorang satu untuk budak-budak cuba pakai. Raincoat juga ada disediakan takut kalau tiba-tiba hujan dengan cuaca yang tak menentu. 
 Awal pagi di Sungai Kinabatangan masih cuaca sejuk lagi. Abby masih kaku dalam dakapan Papa Abby belum cukup warm up lagi.
  Memandangkan ketika kami pergi boleh dikirakan banyak hujan juga jadi ada beberapa tempat yang tenggelam boleh dijadikan jalan pintas untuk ke channel sungai Kinabatangan yang lain. Siapa yang tinggi kepala kena hati-hatilah tak tersangkut dekat ranting pokok.
 Sebenarnya sungai kawasan ini lebih lebar tetapi telah dihuni oleh tumbuhan-tumbuhan air yang invasive berdekatan ke tebing hingga nak sampai tengah sungai. Kalau musim kering lagi jalan sungai menjadi lebih sempit. Masa pergi banyak hujan jadi ada yang hanyut membuatkan jalan sungai lebih lebar. Tempat di bawah ini juga adalah antara perhentian popular membawa pelancong untuk berhenti sarapan.
 Ada juga beberapa jenis predator bird yang dapat juga kami lihat gerak-geri mereka mencari makanan. Yang sempat Tukang Kebun ambil gambar adalah dua jenis helang di bawah. Yang belah gambar di atas macam adik beradik Lang Merah pada mulanya sedang khusyuk buat observation di pokok tinggi tepi sungai. Cepat betul ia sambar mangsanya terbang tinggi bawa makanan hidup macam gambar di bawah. Besar juga tangkapannya kan. Kemudian dapat juga melihat seekor Borneo Serpent Eagle juga mencari makan untuk breakfast paginya yang gambar belah bawah. Borneo Serpent Eagle ini memang cekap memburu ular untuk santapannya. Kalau dalam gambar tak nampak besar sangat saiznya, tapi besar juga saiz predator bird ni. 
 Lepas sarapan barulah Abby dah warming up dan ada mood manja-manja dengan salah seorang guide resort RJ. Seronok juga tour naik bot je dekat sungai. Tukar angin dari asyik dalam kenderaan atas jalan raya.
 Balik ke resort, anak-anak bermain mandi di luar pula. Berehat-rehat petang nanti ada lagi trip naik bot.

HAPPY HOLIDAYS!

Puteri Harbour

$
0
0
  Pada awal Disember lalu, kebetulan semasa kami bercuti hari pertama di Johor adalah Birthday Big Boss. Jadi mintalah cucu-cucu nenek posing buat bentuk hati dengan tangan mereka di Puteri Habour ikut replika di background mereka. Kemudian hantarlah gambar tersebut wish nenek Happy Birthday. Sebelum kami bercuti di Melaka dalam bulan Disember ini (related posting klik sini), kami bercuti di Johor dahulu sebenarnya. Selama tiga hari kami berada di Johor.
 Kali terakhir rasanya Tukang Kebun jejak kaki di Johor adalah pada Ogos 2008 bila berhenti kerja di Senai untuk sambung belajar. Ketika itu Ilhan pun baru berusia setahun lebih. Kebetulan pula semasa mengarang posting ini terserempak di Tamu Tamparuli terakhir untuk tahun 2016 tadi dengan first live-in babysitter Ilhan iaitu si Nancy. Nancy pun pertama kali pergi ke Semenanjung dapat duduk di Johor dalam setahun lebih bantu Tukang Kebun jaga Ilhan semasa berkerja. Nancy pun sekarang dah ada seorang anak perempuan sebaya umur dengan si Rayyan. Dah lapan tahun tidak ke Johor banyak perubahan di Johor. Masa duduk di Johor dulu tiada tempat Puteri Harbour ini. Sekarang salah satu tempat menarik di Johor boleh bawa sekeluarga berjalan-jalan atau beriadah.
 Ke Johor bertolak malam sebab tunggu dear husband habis kerja baru bergerak. Bila sampai R&R Seremban nak isi perut dahulu dah pukul 10 malam lebih. Sambil tunggu makanan papa beli di A&W dah terlelap si Rayyan dan Abby. Dah lama betul kami tak bawa kereta jalan jauh malam-malam, sampai di Pagoh R&R terus berhenti kereta, terus tidur ada satu jam. Masalahnya Tukang Kebun nak jadi Driver Back-up pun sendiri dah mengantuk. Sampai ke Johor dah pukul 3 pagi di Berjaya Waterfront Hotel. Walaupun banyak jalan-jalan dah nampak berubah bila masuk Johor, Syukur Alhamdulillah tidak perlu berpandukan WAZE tak sesat sampai ke hotel. Padahal dulu selalu makan mee rebus di Stulang satu jalan je ke Berjaya Waterfront Hotel. Sengaja ku mengusik dear husband, bikin malu kalau guna WAZE padahal bertahun-tahun duduk di Johor.
 Banyaknya bangunan-bangunan tinggi di Johor dan tempat-tempat baru sekarang. Sebelum masuk ke bangunan Puteri Harbour kami berjalan-jalan di luar dulu dekat air. Sebelah petangnya pula kebetulan ada event sambutan Christmas. Adalah salji olok-olok, seronoklah budak-budak bermain dengan lagu rancak Christmas berkumandang.
 Dah tiga anak baru sempat nak cuti ke Johor semula. Makan anginlah sekejap di Puteri Harbour Marina tengok bot-bot yang disimpan di situ. Syoknya lah kalau ada bot sendiri, bila-bila boleh pergi memancing di laut. Kami sampai di Puteri Harbour pun dah nak dekat tengahari rasanya sebab cover tidur dan singgah sarapan dulu.
 Selepas berjam-jam main dalam bangunan, sementara Tukang Kebun keluarkan cash di ATM sempat pula papa Abby belikan mainan bubbles pun anak-anaknya. Duduklah sekejap di Puteri Harbour marina layan anak-anak puas hati bermain semasa cuti sekolah ini. Terlihat ramai juga pasangan pengantin baru ambil gambar di kawasan Puteri Harbour ini dengan macam-macam aksi.
 Gambar tanaman di bawah yang dikongsikan oleh Encik H yang duduk di Iskandar Puteri, Johor bulan ini dari tanaman yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama bulan lepas ke kebunnya telah berbunga iaitu Yellow Walking Iris (Trimizia martinicensis) dan Bawang Berlian (Eleutherine bulbosa). Adakah kawan-kawan tahu bahawa Yellow Walking Iris dan Bawang Berlian ini adalah tergolong dalam keluarga yang sama dengan tanaman Iris iaitu Iridaceae?

Info Yellow Walking Iris (klik sini).

Info Bawang Berlian (klik sini).


Promosi hanya untuk bulan Januari 2017:

~ 1 pot Yellow Walking Iris RM5.00 .

~ 1 pot bawang berlian/bawang dayak/ tampaka RM5.00 .


Thomas Town

$
0
0
 Tujuan utama ke Puteri Harbour (related posting klik sini) adalah untuk bawa anak-anak cuti sekolah di Thomas Town. Belum sempat lagi masuk ke dalam Thomas Town baru sahaja sebelum entrance door pun anak-anak dah excited. Habis semua Thomas & Friends dipanjatnya satu persatu.
 Dalam semua ride attraction dalam Thomas Town yang paling Ilhan seronok main berkali-kali ialah Bumper Car. Pening tengok Ilhan bermain berpusing-pusing walaupun dah dipesan banyak kali stereng jangan asyik dipulas banyak. Memanglah berpusing-pusing. Rayyan pula semangat nak naik sorang-sorang , cita-cita tinggi tapi tak padan dengan badan kena juga mama atau papa yang temankan tolong bawa. 
 Memandangkan Abby masih belum lepas had ketinggian lagi, sementara tunggu abang-abang main bumper car terpaksalah banyak kali papa Abby teman Abby naik kapal terbang merry-go-round pusing-pusing ini.
  Antara ride attractions yang ada juga dalam Thomas Town ini juga ialah mini ferris wheel. Puaslah anak-anak main banyak kali kebanyakkan ride attractions di dalam Thomas Town dari pukul 3 petang sehinggalah Thomas Town tutup. Sampai makan pun lupa sibuk ingat main sahaja.
 Ambillah kenangan dengan Barney and Friends. Abby tak kenal siapa Barney ini. Masa abang kecil di Adelaide je yang sempat mengenali tengok Barney and Friends ni.
 Bulan Disember 2016 ini masuk kebun kurang sikit dapat buat self-collect. Next Self-Collect pun pada 14/15 hb Januari 2017 pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh. 
 Yang meriah berbunga ketika ketiadaan Tukang Kebunnya pada bulan Disember ini juga ialah jenis Heliconia psittacorum 'Halloween' (more info klik sini). Berguguran bunga kemboja bali kuning di atasnya. Juga bakal memeriahkan suasana di Kebun pada tahun baru ini. Bunganya kembang lama.

Special Sale for January 2017 only for 1 moist bare-rooted Heliconia psittacorum 'Halloween' RM8.00 (save RM7.00).

Selamat Tahun Baru 2017.

Zz Sup Tulang

$
0
0
 Sambil-sambil menunggu anak-anak puas bermain di Thomas Town (related posting klik sini), berbincanglah dengan dearest husband ada ke teringin mengidam makan apa-apa di Johor untuk makan malam ni. Dearest husband kata dia teringin nak makan sup. Lalu google je best spot untuk makan sup. Bila google banyak keluar review untuk ZZ Sup Tulang. ZZ Sup Tulang pun banyak cawangan jadi kami pilih yang mudah on the way balik ke hotel.
 Sekali tersilap masuk jalan bila nak pusing semula, terkeluar ke jalan yang berdekatan dengan bangunan Tabung Haji di bandar Johor ada illumination banner atas jalan raya. Kalau tak silap sense of direction Tukang Kebun dah tak berapa bagus dekat dengan istana. Anak-anak pun sebenarnya dah kepenatan tertidur di belakang kereta. Berhentilah kami sebentar dah alang-alang nak letakkan kenderaan pun ada ruang. Kejutkan anak-anak semua cuma si Rayyan sahaja tak terbangun langsung. 
 Berhenti di sini, Abby yang masih bertenaga banding dengan abang-abangnya sambung bermain bubbles. Bertuah sungguh rakyat Johor banyak tempat untuk beriadah dengan keluarga sekarang pada waktu malam juga ada tempat-tempat boleh sekeluarga ambil angin.
 Selepas nampak gaya Abby dah puas bermain, kami bergeraklah semula mencari ZZ Sup Tulang. Tukang Kebun kali pertama makan di cawangan ZZ Sup Tulang dekat JKR ini. Menarik konsepnya macam warung-warung di kampung. Ramai sungguh pelanggannya. Walaupun kawasannya luas banyak meja, tiada tempat kami tunggu sebentar sementara ada pelanggan yang dah siap sedia habis makan. 
 Kami tak memesan banyak cuma seekor ikan pari bakar, dua sup tulang dan satu burger untuk si Ilhan. Nasi kami tak pesan, cuma meratah lauk sahaja. Lagipun sebelum bertolak di Puteri Harbour (related posting klik sini), kami dah isi perut anak-anak dengan Sushi di Sushi King. Takut diorang masuk angin seharian tak makan cuma makan breakfast sebelum masuk indoor theme park. Lepas tu ingat main sahaja sambil-sambil makan snack.
 Harga Sup tulangnya berpatutan cuma RM10 semangkuk. Yang peminat sup tegar keluarga kami ini dear hubby dan si Rayyan. Jadi Rayyan kongsi dengan mama. Ramai pelanggan kedai pada malam tersebut jadi kena tunggu jugalah. Ikan pari sampai awal dahulu berbanding dengan makanan lain. Mungkin ramai sungguh pelanggan pada malam tersebut jadi makanan bila sampai pun dah kurang suam.
 Sebelah jalanraya kedai makan ZZ Sup Tulang ini kemas nampak mini kebunnya baru dikemaskan. Kawasan tanah yang ada dimanfaatkan. Ada deretan pokok-pokok pisang. Pagi terakhir di Johor Bahru kami singgah sarapan di Hutan Bandar. Di Hutan Bandar pun ada cawangan ZZ Sup Tulang tapi yang di situ buka sebelah siang sahaja. Pada waktu malam ada kami lalu deretan gerai makan di Hutan Bandar tapi macam gelap sahaja. Teringat pernah bawa Ilhan jalan-jalan di Hutan Bandar masa baru sedang belajar berjalan.
 Pertengahan Disember bulan ini ada kami pindahkan beberapa pokok pisang mas di kawasan ini. Untuk mengelakkan kekeliruan kawasan ini buat sekelompok tanaman pokok pisang mas. Yang berminat untuk dapatkan sulur pisang mas batang merah, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan dan boleh juga dipos.

~ 1 sulur pisang mas batang merah RM10.00 ~

 Bulan ini ada Tukang Kebun kemas-kemaskan bekas pokok bemban yang disediakan untuk dibekalkan kepada yang berminat. Masa alih-alihkan bekas bekalan stok pokok bemban mana yang dah terkeluar isi-isinya, Tukang Kebun pun keluarkan dan bandicoot atau curi tuai sahaja isi ubinya. Kemudian pindahkan sahaja ke pot lain pokoknya dengan bekas yang baru dan tambahan tanah bakar.
 Lihatlah walaupun bekas kitar semula sekecik ini pun pokok ubi bemban amat mudah untuk hidup. Sangat sesuai untuk gardeners yang mempunyai ruang yang terhad. Rasanya baru bulan September lepas, Tukang Kebun pindahkan pokok-pokok ubi bemban ini ke bekas baharu. Terkejut tengok dah ada isi sudah yang boleh dituai dalam masa tiga bulan lepas dituai ubi yang sebelumnya.
 Walaupun pokoknya tinggi ini sahaja di bekas kecil atas, ada juga hasil ubinya dan ada juga ubi yang dah bertunas untuk menjadi pokok baru. Mungkin tanah bakar yang digunakan sebagai medium tanah untuk pokok-pokok ubi bemban yang ditanam dalam bekas ini bersesuaian untuk zat pokok tersebut menghasilkan ubi-ubi. Jika rakan-rakan gardeners lain gunakan bekas yang lebih besar lebih eloklah, kami tanam dalam bekas-bekas kecil ini kerana mudah nak dipos dan jimat kos penghantaran kerana kurang berat serta banyak ruang dalam kotak prepaid nak diisikan lagi dengan pesanan lain.
 Kebun Bahagia Bersama juga bekalkan tanah bakar bagi yang berminat. Berapa berat? Beratnya pun Tukang Kebun nak sakit pinggang mengangkat hehehe....ada paling kurang 10kilogram satu beg. Bagus juga dijadikan baja untuk pokok-pokok yang nak berbuah.

 Tanah bakar ini pun ada campuran arang semulajadi bagus untuk tanaman. Bacaan lebih lanjut boleh rujuk posting kami sebelum ini 'Tanah Arang' (klik sini).

Tawaran untuk bulan Januari 2017 ini sahaja untuk 3 beg tanah bakar RM10.00.
Harga biasa kami bekalkan 1 beg RM5.00 .
 Ubi-ubi bemban yang dituai dalam bekas sempit itu, Tukang Kebun buat masak dengan sup ayam. Biasanya bila tanya aunty-aunty yang ada jual hasil ubi bemban di Sabah ini syorkan masak dengan sup ayam bagus untuk badan katanya banyak khasiat.

 Bacaan lanjut mengenai ubi bemban (klik sini).

~ 1 bekas ubi bemban/garut (West Indian Arrowroot) RM7.00 ~

Happy New Year!
Happy Holiday!

Kinabatangan Climbers

$
0
0
 Selepas balik dari menyusuri Sungai Kinabatangan pada awal pagi hari kedua kami menginap di Kinabatangan Wetland Resorts (related posting klik sini), makanan  ada disediakan di restoran. Kemudian kami balik mandi dan berehat di chalet. Si Abby terlelap dan Ilhan pula meneman adiknya di chalet sambil tengok TV sementara Tukang Kebun, dear husband dan Rayyan berjalan di canopy walk resort menghala ke dalam hutan paya lagi selepas makan tengahari.
 Malam sebelumnya dah dibawa ke kawasan tersebut masa nightwalk (related posting klik sini) oleh dua guide, Abang Din dan RJ. Sempat kami nampak sang kancil-kancil. Ada juga flash torchlight nampak beberapa jenis pokok periuk kera. Jadi sementara nak menunggu next bot trip sebelah petang berjalanlah kami ikut canopy walk tersebut untuk lihat periuk-periuk kera dengan lebih jelas. Yang gambar di atas adalah tumbuhan periuk kera jenis memanjat manakala gambar di bawah jenis periuk kera atas tanah.
 Jenis tumbuhan yang paling menarik minat Tukang Kebun kali ini adalah menariknya nampak bagaimana tumbuhan memanjat dahan pokok-pokok tinggi di kawasan paya air tawar ini di sekitar tanah rendah Kinabatangan. Belum lagi masuk dalam pengetahuan Tukang Kebun untuk jenis pokok-pokok creepers atau memanjat ini. Jika ada kawan gardeners yang ada pengetahuan bagaimana jenis tumbuhan climbing vine ini digolongkan mohon tunjuk ajar.
 Mula-mula ingatkan daun hijau memanjat ini ada sejenis dua sahaja. Tetapi bila diamati dengan betul, rupa-rupanya di kawasan tanah rendah Kinabatangan ini mempunyai pelbagai variasi climbing vines ini. Antara contoh nak bezakan seperti yang di bawah ini jenis daun memanjang, sebelah kanan daunnya lebih besar dan pucuknya merah. Manakala yang gambar pokok di tengah pula daunnya panjang dan tirus tetapi pucuknya berwarna hijau. Unik sungguh flora tanah rendah Kinabatangan ini sehingga pada satu pokok tinggi ada dua ke tiga jenis pokok daun memanjat yang berbeza menghuni atasnya. Nampak natural decor ini menarik sungguh. Menarik minat Tukang Kebun bayangkan alangkah cantik agaknya kalau digunakan tanaman memanjat seperti ini sebagai hiasan di dinding bangunan berkayu atau simen.
 Untuk jenis pokok orkid pula ada dua jenis yang Tukang Kebun nampak seperti gambar di bawah. Salah satunya sifat nampak macam mirip adik beradik dalam kumpulan bulbophyllum. Lagi satu macam myrmecophilla pun ada sebab banyak betul semut duduk dalamnya hehehe. Ada peratusan besar Tukang Kebun silap kategori ini sebab bab orkid tak berapa ada ilmu. Jika silap mohon tunjuk ajar.

 Special Sales untuk orchid berikut for January 2017 only.

 ~ 1 bare-rooted Vagina bulbophyllum for RM7.00 (info klik sini)

~ 1 bare-rooted Myrmecophilla tibicinus for RM7.00 (info klik sini)
 Sebelah petang kami menyusuri Sungai Kinabatangan lagi tengok rezeki jika dapat serempak dengan hidupan liar. Cuaca petang tersebut berubah-ubah dari setempat ke setempat semasa menyusuri Sungai Kinabatangan. 
 Ada tempat yang sedang hujan, ada mendung dan ada kawasan yang cerah. Jumpa pelbagai pelangi sambil menyusuri Sungai Kinabatangan.
 Syukur Alhamdulillah setiap kali kami naik bot menyusuri Sungai Kinabatangan ini memang berpeluang memerhatikan monyet belanda liar atau probiscus monkey. 
 Cuma challenging juga nak ambil gambar monyet ini tanpa kamera yang lebih bersesuaian. Monyet liar yang Abby panggil Monyet London ini pemalu. Biasanya kalau nampak pelancong datang dekat bot, ketuanya akan berikan isyarat bunyi kepada anak-anak buahnya untuk segera turun dari pokok menyorok dalam semak. Nanti ketuanya akan tunggu sahaja di atas pokok seekor sambil tunggu masa pelancong berlalu.
 Akar-akar dari pokok yang hidup di kawasan paya bernafas keluar tersembul-sembul dari tanah. Berdebar-debar juga jantung ini semasa dalam perjalanan balik sebab dah gelap senja tersebut. Biasanya perjalanan naik bot dalam dua jam setiap trip ikut cuaca. Pembawa bot pula lupa bawa torchlight tak sangka tak sempat sampai resort sebelum hari gelap. Nasib baik masing-masing ada smartphone adalah apps torchlight kan. Cuma malam bila dah gelap nak kena hati-hati takut terlanggar kayu nanti enjin tersangkut atau terlanggar kayu besar macam balak pula.
 Rayyan pula tak tidur siang sebab temankan kami berjalan-jalan di canopy walk, dari awal perjalanan bot sedap kena angin agaknya sampai resort tidur tak bergerak-gerak begitu. Ada kawasan yang dilalui hujan dan senja tu agak sejuk balutlah si Rayyan begitu dengan raincoat. Lena sungguh Rayyan tidur. Syukur Alhamdulillah sampai jugalah ke resort dalam gelap.
 Nasib kami baik, dah sampai resort tengah mandi sebelum makan malam di restoran resort baru hujan turun dengan lebat. Sepatutnya pada malam tersebut kami ada night bot trip pula tengok binatang-binatang yang keluar malam mencari makan di tebing Sungai Kinabatangan dan tengok kelip-kelip. Tetapi terpaksa dibatalkan. Nak keluar dari chalet ke resort pun nasib baik memang setiap chalet ada sediakan dua payung dalam almari. Elok kami keluar dari chalet dalam hujan lebat, RJ ada tunggu di depan chalet berkaki ayam bawakan payung-payung extra in case tidak cukup. Kerana night boat trip batal, RJ menghiburkan tetamu dengan nyanyian.
Esok paginya bersiaplah kami untuk naik bot ke bandar Sandakan. Dua malam di Abai, Kinabatangan ini rasa tak puas banyak pengalaman menarik yang diperolehi. InsyaAllah kalau ada rezeki, rasa nak datang lagi.
 Beginilah antara pemandangan balik ke jeti di bandar Sandakan dekat dengan Yatch Club.
Semakin kami dekati Bandar Sandakan, semakin banyak nampak perkampungan di atas air.
 Masjid Daerah Sandakan kelihatan apabila menghampiri Yatch Club di mana kami akan turun dan tempat kami letak kereta.
 Special Sales for January 2017 only:

2 moist bare-rooted rhizome Crepe Ginger/Setawar Putih for RM10.00 .

Info for Crepe Ginger (Click Here).

Gua Gamantong Simud Hitam

$
0
0
 Setelah selesai trip kami di Abai Kinabatangan Wetland Resort sampai ke jeti, kami mula bergerak ke arah Gua Gamantong pula. Dari zaman remaja lagi Tukang Kebun teringin nak melawat Gua Gamantong. Syukur Alhamdulillah sampai juga hajat Tukang Kebun nak melihat suasana keadaan Gua Gamantong dengan mata sendiri. Memang sepanjang perjalanan kalau dalam daerah Sandakan ini dipenuhi dengan ladang-ladang kelapa sawit. 
 Bila dah jumpa signboard masuk simpang jalan ke arah Gua Gamantong sedang berborak-borak dengan dear husband yang memandu. Sekali tak disangkakan sekali atas pokok nampak dari atas jalan raya ada dua orang utan remaja sedang lepak-lepak. Lekas Tukang Kebun spontan suara tinggi bang berhenti kereta bang ada orang utan atas pokok tu. Nasib baik memang jalan sunyi sahaja ketika itu jadi memang atas jalan raya terus kami berhentikan kereta sambil tengok aksi-aksi orang utan tersebut. Memandangkan jauh agak sukar nak ambil gambar dalam kereta dengan camera compact yang dah lama ketinggalan zaman ini.
 Hati berbelah bahagi nak keluar dari kereta untuk bergerak mendekati mereka. Memang dah agak kalau keluar dari kereta memang mulalah orang-orang utan ini yang pemalu mula nak menyorok dari santaian mereka atas pokok tersebut. Bila Tukang Kebun nak dekati ke pokok tersebut memang mulalah orang-orang utan bergerak masuk ke kawasan hutan yang lebih tebal sukar untuk mengekor mereka.
 Nasib kami juga agak baik dapat memerhatikan jenis burung helang yang unik di Borneo ini di kawasan nak masuk ke arah Gua Gamantong iaitu jenis Crested Serpent Eagle. Gua Gamantong yang terletak di tanah rendah kawasan Kinabatangan juga seperti di Abai mempunyai tumbuhan memanjat yang menarik . Yang ini cantik daunnya seperti di atas bercorak variegated berbanding dengan yang sempat kami nampak di Abai Kinabatangan (related posting klik sini).
 Dari pintu masuk gerbang Gua Gamantong tempat membeli tiket nak ke Gua Simud Hitam memang ambil masa jugalah berjalan kaki dalam anggaran 20 minit ikut kepantasan kaki masing-masing. Jika hujan agak licin ya jadi berhati-hatilah. 

 Jadikanlah perjalanan nak sampai ke pintu masuk gua Simud Hitam lebih menarik dengan mencari macro dan microorganism di sepanjang walkway tersebut. Tempat pegang walkway pun ada juga hidupan yang menarik untuk diperhatikan.
 Dekat kawasan gambar ini ada disediakan tandas awam untuk yang memerlukannya dan tidak ketinggalan tempat mandi, jadi bawalah sabun dan shampoo siap-siap. Kawasan perumahan sementara bagi mereka yang berkerja mengutip sarang-sarang burung. Ada musim-musim tertentu sahaja yang ada lesen boleh mengutip sarang-sarang burung di kawasan Gua Gamantong ini. Salah satu peak harvest season adalah bulan Ogos. Antara buah-buahan yang ditanam di sini adalah pokok nangka.
 Seronok ralit juga tengok keluarga anjing muda ini yang menjaga peralatan tuannya. Kuat sungguh tenaga fizikal orang yang bekerja mengutip sarang burung ini. Kedengaran ada seorang kawannya yang memanggil dari kawasan curam perumahan atas area gua gamantong itu kepada kawan yang sedang dalam rumah ini. Tangkas laju sahaja kawannya berlari naik ke atas sekelip mata ke rumah yang terletak tempat tinggi Gua Gamantong tu macam superheroes di celah-celah rimbunan semak tersebut.
 Bila sampai dekat dengan signboard hijau di atas ini dah depan mulut gua Simud Hitam cuba perhatikan banyak sumber tanaman makanan di sini teramatlah subur sebelah aliran sungai. Banyak baja organik yang didapati dari gua ni.
 Lebatnya buah limau kasturi di tepi papan tanda hijau tersebut. Kemudian kelihatan kesan pucuk-pucuk ubi kayu yang baru sahaja dipetik dari pokok-pokok ubi kayu di gambar bawah pastinya telah ditanam oleh penduduk di sini sebagai sumber makanan mereka. Daun pucuk ubi kayu memang telah dikaji banyak manfaat untuk kasi tulang kuat seperti minum susu bagus untuk elakkan osteoporosis (related posting klik sini). Pekerjaan nak kutip sarang-sarang burung di tempat tinggi ini tak mudah, memang tulang nak kena kuat. Amalan pemakanan penduduk di sini turun temurun menjamin kesihatan fizikal mereka. Gabungan vitamin C dari buah limau kasturi dan vitamin K dari pucuk ubi kayu membantu melengkapkan keperluan nutrisi penduduk kawasan ini yang jauh dari pekan.

~ 1 pot limau kasturi RM5.00 (klik sini)~

~ 7 keratan batang ubi kayu baka Sabah RM5.00 (klik sini) ~

~ 7 keratan batang ubi kayu daun tirus jejari RM5.00 (klik sini)~
 Di bawah titian nak masuk ke mulut Gua Simud Hitam ini berdekatan sungai kecil pula ada ditanam keladi dan keberangkalian sayur meranti liar juga ada.
 Berpuluh tahun dinantikan masuklah kami ke mulut Gua Gamantong Simud Hitam. Terima kasih kepada perkongsian pengalaman Abang Din yang dah bertahun-tahun membawa pelancong ke Gua Gamantong , guide di Kinabatangan Wetland Resort tahulah kami apa persediaan mental nak buat sebelum masuk ke gua. Memang semasa bercerita mengenai Gua Gamantong ada Abang Din kata kalau nasib baik memang di Gua Gamantong boleh terserampak hidupan liar seperti orang utan dan lain-lain. Tips Abang Din kata biasanya bird-watcher suka pergi sebelah nak dekat senja sebab cantik gambar bila haiwan-haiwan malam keluar dari pintu gua di sebelah atas.
 Inilah pemandangan dalam Gua Gamantong yang dipanggil Simud Hitam luas ruangnya. 
 Tinggi sungguh dinding atas gua ini. Betapa mencabarnya kerja mengutip sarang-sarang burung dalam gua ini dengan hanya peralatan tradisi dan asas.
 Banyak betul sumber baja organik di sini. Yang tak tahan masuk Gua Gamantong ini ialah banyak betul berkeliaran lipas-lipas. Itulah pesanan Abang Din yang tak tahan dulu nak jadi guide bawa pelancong di Gua Gamantong ini ialah serangga lipas inilah. Kalau musim hujan lebih teruk bilangannya lebih banyak merayap di kaki. Memang kami langsung takde nak pegang rail pemegang tangan tu penuh taik burung dan lipas je. Jalan pun takde berhenti, kalau berhenti takut kena bomb dari atas. Tambahan pula nanti terasa ada benda melintas merayap atas kaki. Dahlah kami semua pakai selipar dan sandal sahaja. Pengeli lipas si Abby dan Papa Abby memang berpelukanlah mereka berdua. Abby memang dalam dukungan papa Abby sahaja sepanjang kami berada dalam badan Gua Gamantong. Tukang Kebun memang erat genggam tangan si Rayyan takut tergelincir sebab licin kayu-kayu jalan yang dah dipenuhi dengan baja segar dari burung di atas yang bersarang.
 Yang merancang nak teroka dalam Gua Gamantong Simud Hitam ini baik sedia topi atau helmet dan proper shoes. Elok juga kalau pakai baju hujan, manalah tau nasib tak baik ada benda jatuh dari atas.
 Geram tengok koleksi baja yang sangat subur ini, mesti subur pokok dapat baja high quality ini. Cantik juga pemandangan dalam gua Simud Hitam ini sambil dongak tengok entrance keluar masuk burung-burung duduk dalam gua ini. Cuma yang penggeli memang kena ada mental preparationlah. Pertama kali seumur hidup tengok lipas punya banyak begitu. Sampai sekarang dah jadi tabiat kalau masuk tempat ada bau lipas, si Ilhan akan cakap: Apa bau macam dalam Gua Gamantong ni? Itulah antara kenangan budak-budak ni ingat dapat dari Gua Gamantong hehehe....
 Selain dari Orang Utan, antara species monyet liar yang dapat juga dilihat di kawasan Gua Gamantong ialah seperti monyet di atas. Yang jenis species ini tak pemalu sangat, rilek-rilek je tengok kita balik within its comfortable space. Lower Kinabatangan ini dianugerahkan dengan pelbagai jenis species monyet. Jika ada kawan-kawan yang ingat nama jenis monyet ini, please leave a comment. Tak terkeluar namanya dalam kepala masa menulis posting ini.
  Tukang Kebun geram betul tengok species limau bali ini buahnya sarat dan banyak dah buah yang masak jatuh-jatuh dari pokok tak termakan. Memandangkan kawasan ini dalam kawasan hutan perlindungan pastinya kalau menanam binatang liar pun akan duduk menumpang rasakan. Jadi strategi pemilihan pokok-pokok yang menghasilkan makanan untuk penduduk juga agak selective bila diperhatikan. Biasanya pokok jenis limau memang tak dikacau oleh haiwan-haiwan. Sebab tu jenis buah limau bali , monyet pun tak makan sama dengan buah limau kasturi. Antara sebab kenapa Tukang Kebun pun sekarang lebih memilih tanam jenis-jenis pokok limau di kebun belakang sebab takde siapa yang usik. Angsa pun tak kacau meratah pokoknya mahupun buahnya.

Kami on holiday long weekend ini. Kebarangkalian email tu tak terjawablah sampai sekolah mula.

Happy Holiday!

Perjalanan ke Simud Putih

$
0
0
  Kebetulan semasa kami melawat Gua Gamantong adalah Hari Malaysia. Ternampaklah bunga raya merah ini cantik kembang mekar di Gua Gamantong ambillah gambar kenangan Hari Malaysia tahun 2016. Yang kelakarnya semasa kami kononnya nak trekking naik cari Gua Simud Putih pula terserempak ada tiba-tiba sekuntum bunga raya merah sesat out of place dalam hutan perjalanan ke Gua Simud Putih. Lalu dipesan anak-anak jangan diangkat ambil biar, jangan diusik. Rupa-rupanya bila turun dari trekking ke Gua Simud Putih ada pokok bunga raya dekat arah balik ke kawasan tempat letak kereta.
 Selepas masuk tengok interior Gua Gamantong yang belah Simud Hitam (related posting klik sini), tengok brochure yang diberi masa beli tiket dah alang-alang sampai kalau sempat nak tengoklah juga yang belah Simud Putih. Lalu ikut peta bergeraklah kami anak-beranak ke arah trek Simud Putih. Terkejut juga mencabar juga ini kena lalu sungai lagi lompat-lompat batu. Masing-masing dengan slipper atau sandal.
 Dalam celah-celah rimbunan daun-daun kering, dekat cahaya samar-samar ada kulat comel di atas ini. Nampak lutsinar warna macam isi buah jambu batu kampung yang merah jambu tu.
 Dekat simpang nak naik ke arah Gua Simud Putih ini sebelum kami trek ke atas, kebetulan macam ada orang di kawasan ini berborak. Untuk kepastian Tukang Kebun tanyalah bila nak balik adakah ikut jalan balik ini semula ke arah bertentangan dengan anak panah Simud Hitam ini. Seorang membalas ya sana balik. Cuma setelah mendaki naik, papa Abby pun agak terkejut kenapa tidak diberitahu jalan agak curam nak naik ke arah Simud Putih ini dari orang local. Yalah sebab kami dengan budak-budak kecil.
 Tukang Kebun perhatikan orang tempatan yang kerja cari sarang burung di sini tak berapa peramah orangnya. Tidak beberapa nak berinteraksi dengan orang luar. Yalah kawasan gua ini sahaja yang sebenarnya dah kira macam hak diambil dari mereka untuk dibuka kepada orang luar. Sebab masih lagi banyak kawasan gua-gua di Sabah ini yang tempat ambil sarang burung tidak boleh masuk sebarangan kena minta izin penghulu kawasan gua tersebut baru boleh. Tradisi memang setiap keluarga turun-temuran ada kawasan masing-masing yang ditetapkan milik tempat ambil sarang-sarang burung.

  Mula-mula pelik juga bila lihat kelakuan lelaki-lelaki dewasa muda yang bila lihat kelibat mereka laju berjalan ke arah kita apabila mereka ternampak kelibat Tukang Kebun dan Rayyan terus tiba-tiba berhenti macam menyorok-nyorok takut melihat kita. Rasa terbalik pula rasa macam diorang ini tengok kita macam harimau betina tengah jaga anak-anak. Patutnya kita rasa takut sebab dah ketinggalan oleh papa Abby dan Ilhan. Konon ikut momentum Rayyanlah takut dia penat sangat setelah patah balik trekking ke Gua Simud Putih, padahal mama Rayyan yang out of breath. Bila dah nampak macam kita buat dah sedar nampak diorang, laju mereka memintas kita tanpa kata apa. Biasanya kalau di Sabah ini, kita akan ramah tegur sapa limpas dulu ke seperti itu. Kalau tidak pun sedekahkan senyuman.
 Curam betul kami nak trekking naik ke arah Gua Simud Putih dengan sebenarnya naik jalan bersebelahan dengan ketinggian Gua Simud Hitam. Sehingga papa Abby dukung si Abby pun kena suruh Abby duduk belakang badan pegang kuat-kuat. Surprisingly, abang-abang Abby, Ilhan dan Rayyan laju daki naik ketinggalan mamapapa. Sehinggakan mama kena panggil berhenti dulu tunggu nanti mamapapa tak nampak kamu orang dah kat mana. Bila sampai ke atas dekat puncak Gua Simud Hitam ternampak ada pintu pagar baru tengok peta betul-betul macam jauh je lagi ni kalau nak betul-betul pergi Gua Simud Putih atau Ulum-Ulum. 

  Kelihatan jalan makin berbatu-batu dan memandangkan bila naik sampai sini pun sudah pukul empat lebih. Lagipun kami tak pakai proper attire dengan seliparnya. Di sini jugalah agaknya antara lubang-lubang tinggi yang kelihatan dalam Gua Simud Hitam yang kami masuk dahulu. Jika proper planning agaknya menarik juga tunggu di atas area ini tengok kelawar keluar serentak ramai-ramai di waktu senja. InsyaAllah bila Abby dah boleh berjalan sendiri, bolehlah kami datang lebih awal hiking di kawasan ini. Patah pinggang Papa Abby asyik nak berdukung sahaja. Nak kena makan banyak pucuk ubi kayu ini persediaan pergi Gua Gamantong lagi di masa hadapan kasi kuat tulang.
 Walaupun kami tak kesampaian ke Gua Simud Putih, daki sehingga ke sini pun dah puas hati dapat tengok pemandangan hutan dara yang tebal. So breathtaking even when you're out of breath. Di sinilah agak-agaknya masih kawasan di mana hidupan liar seperti orang utan masih bebas bermain-main. Kami terpesona melihat pokok besar di atas yang kelihatan usianya beratus-ratus tahun duduk bertenggek di atas batu Gua Gamantong, a work of art from nature.
 Syukur Alhamdulillah selamat juga kami turun dari Gua Gamantong Simud Hitam punya belah atas. Kesian lenguh tangan Papa asyik kena dukung Abby. Si Ilhan dan Rayyan masih bertenaga dan teruja melihat keindahan semula jadi. Hari ini sudah Back to School lah. Puas sudah cuti sekolah baru-baru ini macam-macam tempat berjalan.
 Di depan tempat masuk Gua Gamantong ini ada taman kecil dengan pokok buah-buahan.  Ternampak juga macam ada pokok rambutan di situ. Seronoknya kami dapat melihat burung enggang liar di situ. Yang ini jenis burung enggang species kecil (Oriental Pied Hornbill?) dengan paruhnya lebih ke kuning cair.
 Terima Kasih kepada Encik Zul penternak kelulut tinggal di Shah Alam yang ada dapatkan bekalan pokok-pokok Red Powderpuff untuk sumber makanan kelulutnya dari Kebun Bahagia Bersama ada inform dah berbunga-bunga sudah pokok ini di Shah Alam.

 More info on Red Thailand PowderPuff (Combretum constrictum) rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

Special Sales January 2017 only 1 pot of Red Thailand PowderPuff RM10.


Star Wars Legoland

$
0
0
 Cuti sekolah hujung tahun lepas baru-baru ini, tujuan sebenar kami bercuti ke Johor ialah untuk menunaikan janji hadiah keputusan yang baik kepada Ilhan untuk melawat Legoland. Sebenarnya hadiah ke Legoland ini untuk keputusan peperiksaan pertengahan tahun lalu bukan periksa akhir tahun. Tapi Ilhan pula kata kalau mama tak cukup duit takpe yang Cuti-Cuti Sandakan naik bot kat Sungai Kinabatangan (related posting klik sini) pada cuti sekolah September lepas anggaplah inilah hadiah untuk Abang Ilhan dapat keputusan baik pertengahan pertengahan tahun ya Mama. Itulah yang dikatakan oleh Ilhan kepada Mama masa kami ke Sandakan. Seronok sangatlah tu trip ke Sandakan.
 Cair-cair jugalah hati Mama Ilhan bila Ilhan cakap begitu. Tapi sebenarnya masa pergi Sandakan sudah pun tiket masuk ke Legoland dibeli sama-sama hari dengan booking trip ke Sandakan. Cuma Mama tak kasi tahulah dekat Ilhan supaya Ilhan more motivate nak belajar sungguh untuk peperiksaan akhir tahun. Cuma Legoland rancangannya lewat sikitlah kena tunggu hari apa sesuai Papa dapat cuti kerja. Pengesahan bila kami ke Legoland dah atur hotel dan tiket takde cerita dekat anak-anak hinggalah mereka dapat keputusan peperiksaan akhir tahun lepas. Dari bulan September lagi kami sudah rancang ke Legoland.
 Syukur Alhamdulillah walaupun Ilhan masih dapat kekalkan No. kedua dalam kelas di Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan, prestasi markahnya lebih bagus. Kali ini juga dapat hadiah untuk markah paling tinggi dalam mata pelajaran Sains untuk seluruh darjah tiga. Yang kelakarnya sebelum peperiksaan gara-gara nak sangat mandi sungai di kampung, Tukang Kebun syaratkan kalau nak mandi sungai kena habiskan satu buku latihan Sains ini. Dalam dua jam Ilhan pulun seorang buat sampai habis satu buku latihan Sains gara nak mandi sungai sangat. Yang Rayyan tak kisah pun buat tak tau je walaupun dikenakan syarat. Abangnya pulun buat latihan, Rayyan dan Abby bising-bising main.
 Buat masa umur sekarang ini, kami tiada hantar anak-anak ke kelas tambahan. Kasihan lagipun sekarang kalau bukan cuti sekolah tiada masa pun mereka nak bermain sangat. Masa dah dipenuhi dengan Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan. Itupun Tukang Kebun cuba elakkan hantar kelas seperti taekwando pada hujung minggu untuk mereka berehat. Lepas sekolah, sebelah malam ada kelas taekwando lagi. 
  Syukur Alhamdulillah masih Ilhan dan Rayyan boleh ikut pelajaran di sekolah tanpa kelas tambahan. Anak-anak lelaki pula ligat bermain. Bermain juga bagus salah satu perkembangan minda diorang. Cuma baju tu kekadang dah tak boleh tanggal kotorannya, bukan sahaja baju sekolah, baju jasmani pun cepat sahaja berlubang koyak sini sana. Kasut pun tahun lepas berapa pasang beli pakai sampai hancur dipakainya. Tapak kaki Ilhan pun dah sama saiz dengan kasut nenek. Kejap lagi dah sama saiz dengan Tukang Kebun. Sekolah Ilhan sebelum cuti sekolah lepas ada beri sepasang kasut untuk setiap murid tetapi Ilhan dan seorang kawan belum dapat lagi Mama. Sebab tapak kaki Ilhan besar tak de stok. Rayyan pula terbalik, belum dapat lagi sebab kaki Rayyan kecik. 
 Bahagialah hati Ilhan bila selamat sampai ke Legoland. Kami duduk depan kumpulan yang masuk sama tetapi bila keluar paling terakhir. Satu persatu Ilhan belek replika kecil dalam wayang Star Wars ni. Biasanya tak semangat nak ambil gambar. Kali ini semua cepat sedia nak ambil gambar.
 Tukar angin pula mama Ilhan bila ke Legoland, selalunya penuh petik gambar tumbuhan je, kali ini mencuba ambil gambar miniature scenes dalam Star Wars. 
 Compact digital camera pun dah ketinggalan zaman, cuba-cuba jelah tangkap gambar Ilhan mana yang boleh untuk kenangan hadiah trip to Legoland. Every boys dream.
 Papa Abby seronok cari button je mana boleh tekan ada pop out apa-apa yang keluar gerak dari miniature Star Wars ni. Cuma Ilhan belum tengok semua movie Star Wars lagi jadi ada yang scene dia tak tau. But I'm sure bila dia tengok nanti, his photographic memory boleh imbas balik. 
 Musim cuaca sekarang ini pokok-pokok kapas di kebun rajin sungguh berbunga dan menghasilkan kapas-kapas. Elok tunggu hari kering untuk tuai kapas-kapasnya. Selain dari kapas untuk buat baju cotton. Pokok kapas juga banyak kegunaan ubatan secara tradisional.

Info lanjut mengenai manafaat pokok kapas boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pek biji benih kapas anggaran 20 biji benih RM3.00 ~

~ 500gram akar organik pokok kapas RM25.00 (boleh dipos) ~
Kebun Bahagia Bersama juga bekalkan pucuk mulberry muda hanya yang datang self-collect seikat RM1.00.

Juga 1 kilogram buah limau organik campur-campur jenis RM6.00 (boleh pos).

Mohon maaf minggu ini kami tak berkesempatan untuk uruskan pesanan-pesanan untuk dipos. InsyaAllah minggu depan kami akan pos seperti biasa.

Jus Kasturi-Kist dengan Tamban Goreng

$
0
0
 Selepas balik bercuti di Johor dan Melaka rajinlah Ilhan meneman tolong mama Ilhan di kebun. Dah dapat banyak hadiah kan (related posting klik sini). Sementara Tukang Kebun menanam keratan ubi kayu dan pindahkan sulur pisang, pada 15hb Disember lalu Ilhan menolong kutip buah kelapa tua dan buah limau kasturi. Kerja menuai ini pun kekadang ambil masa juga, jadi yang ini bolehlah Ilhan tolong tuai supaya mama boleh selesaikan kerja lain.
 Sayang pula tengok buah limau kasturi yang dah ranum berwarna oren sunkist ni. Teringat pula dah nampak macam hiasan limau untuk Tahun Baru Cina akan datang ini. Cantik dan gemuk buah-buah limau kasturi ini. Tahan lama buah limau kasturi yang ranum ini ditempat teduh. Jika bandingkan yang banyak cahaya matahari cepat kecut dan gugur. Tukang Kebun selalu lupa nak tuai pokok limau kasturi yang terletak dah penghujung sempadan tanah Kebun Bahagia Bersama di belakang. Tambahan pula pokoknya duduk dalam kawasan teduh sebab pokok buah-buahan tinggi-tinggi di sini. Walaupun terlindung dari dapat cahaya matahari yang banyak ada hasil diberikan juga.
 Memandangkan dah Ilhan yang tuai, rasa nak buat sesuatulah juga hargai tenaga Ilhan. Mudah betul nak perah jus dari buah kasturi yang dah nampak mini oren sunkist ni. Jusnya pun nampak pekat macam cordial pati sunkist tu.  Cordial pati sunkist tu letak gula sebab tu dia manis kan. Sama je rasanya kalau buah limau kasturi ini letak gula boleh juga pengganti cordial pati sunkist.
 Masak simple-simple sahaja. Goreng dulu ikan kering tamban. Kemudian tumis bawang dan cili,.Lepas tu masukkan jus kasturi-kist tu dan masukkan semula ikan kering tamban goreng kasi gaul dengan semua bahan tadi. Dah siap.
 Seronok si Ilhan makan dengan nasi beras bukit. Yang terkejutnya tengok gaya Abby, berapa kali dicedoknya jus masakan tu macam minum sup. Suka betul Abby dengan jus limau. Natural Vitamin C.

Jenis-jenis buah limau available (boleh dipos):

~ 300gram buah limau kasturi RM2.00 .
~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00.
~ 1 kilogram buah limau campur-campur RM6.00 .


Tahitian Lemon

$
0
0
 Minggu depan Tuan Tanah dan Big Boss balik Semenanjung jadi untuk semua buah limau kami take a break bekalkan specially reserved for them. Yang berminat untuk buat makan-makan atau ada potluck nak buat lauk gulai nangka muda boleh dapatkan stok segar dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~

Our first self-collect day untuk tahun 2017 adalah:

~ 14/15th January 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

 Syukur Alhamdulillah dalam setahun pokok tut Buah Limau jenis Tahiti Lemon sudah mula menghasilkan buah. Walaupun agak terbiar tidak dibaja cepat pembesarannya. Pokok Tahiti Lemon ini semasa dipindahkan ditanam bersama-sama mayat itik Muscovy (related posting klik sini). Perlahan-lahan mayat itik tersebut telah menyuburkan pokok Tahiti Lemon tersebut. 
 Seperti biasa Tukang Kebun tak sedar sebenarnya pokok-pokok Tahiti Lemon yang di area diambil dalam gambar ini sudah pun mula menghasilkan buah. Bila ternampak pokok buah limau telur buaya sudah mula berbuah (related posting klik sini) baru terdetik nak intai pokok-pokok buah Tahiti Lemon pula. Rupa-rupanya dah berminggu menghasilkan buah apabila kelihatan buah-buah besar warna hijau tunggu hari sahaja nak masak. Sebelum bunga  Tahiti lemon mekar kelopaknya berwarna Putih, kudup bunganya berwarna merah jambu. Pada awal pagi, wangi bau bunga putih Tahiti Lemon menarik agen pendebungan seperti lebah atau kelulut singgah mengeteh.

 Kadangkala pada satu tangkai lemon Tahiti akan menghasilkan dengan satu gugusan beberapa buah Tahiti lemon. Jika nak buah yang besar nasihat kami ialah petik buah yang berlebihan tinggalkan 1 atau 2 biji pada tangkai yang sama. Jika satu tangkai ada buah yang banyak, kemungkinan ada yang saiznya kecil dari biasa.
 Kebiasaannya buah yang menerima cahaya yang sekata akan mengambil masa dalam 2 bulan untuk masak bertukar ke kuning. Rasa buah Tahiti Lemon ini memang rasa lemon dan lebih sesuai ditanam di kawasan tropika. Berbanding dengan buah limau telur buaya, buah Tahiti Lemon lebih juicy buahnya macam buah lemon.
 Pokok buah lemon tahiti juga boleh ditanam dalam pot yang besar. Bentuk buah lemon Tahiti lebih ke arah berbentuk bulat dengan ada pointy ekor di hujung.

~ 1 pokok lemon Tahiti RM25.00 ~

Buah-buahan yang available juga minggu depan:

~ 1 kilogram buah assam jawa RM5.00 .
~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 (biasanya lebih 2 kilogram).
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telur RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 8 biji buah kelapa tua RM10.

Senarai di atas boleh juga dengan penghantaran pos kecuali buah kelapa tua.

NinjaGO

$
0
0
  Semasa ke Legoland, attraction yang amat dinanti-nantikan oleh Ilhan ialah Ninjago. Asyik-asyik tanya mana kawasan Ninjago Mama. Ninjago terletak dekat dalam tengah-tengah area kawasan Legoland.
 Tukang Kebun pun tak pernah tengok pun animation Ninjago dekat TV. Layan sahajalah. Jika hujan bolehlah bergerak ambil shelter dalam Ninjago sebab ianya dalam bangunan.
 Tukang Kebun tengok yang over-excited dalam ninjago ini orang-orang dewasa lelaki berbanding dengan kanak-kanak hehehe...Berlainan dengan konsep attraction Star Wars (related posting klik sini) yang perhatikan miniature setting popular dalam set movie franchise Star Wars untuk NinjaGo macam main game virtual 3D. 
 Jika nampak berbaris sampai ke luar, jangan tertipu itu petanda kena tunggu lamalah. Sebab kalau masuk bangunan pun masih berputar-putar lagi dalam bangunan berbaris. Kalau dah masuk bangunan beratur pun rasanya kena tunggu juga paling cepat dalam 20minit. Tapi bila dah masuk bangunan sambil menunggu ada banyaklah benda hiburan yang boleh distract anak-anak sebelum mula bermain attraction sebenar.
 Pedang perhiasan dalam ninjago attaraction pun dah nampak macam lightsaber dalam movie Star Wars. Ada pelbagai dekorasi hiburan untuk kanak-kanak sepanjang berbaris pusing-pusing dalam bangunan. Sambil itu Mama Ilhan baru kaji apa characters yang ada dalam NinjaGo ni.
 Tanya Ilhan minat character yang mana sekali dalam NinjaGo? Katanya Kai wakil element fire.
 Rayyan biasa-biasa je tak delah teruja sangat masuk attraction Ninjago ini, ikut melayan flow abang Ilhan je. Dekat luar bangunan NinjaGo ini juga adalah beberapa permainan.
 Semasa Tukang Kebun tinggalkan kebun, Si Kembang Bugang pun amat meriah sekali berbunga-bunga. Bergugusan bunganya kembang menceriakan laman. Kembang Bugang ini memang meriah betul berbunga di kala hujan banyak. Yang dalam gambar ini, pokok-pokok kembang bugang yang tak pernah pun disiram dan dibaja tapi cepat naik subur dan berbunga meriah.
  Berbaris pokok-pokok kembang bugang berbunga sepanjang tempat letak kereta yang berdekatan dapur. Pokok kembang bugang ini bunganya berbau wangi ketara masa dah senja. Jadi elok juga tanam pokok kembang bugang berhampiran dengan tempat letak kereta. Sekurang-kurangnya masa musim bunganya bila tuannya balik penat dari kerja waktu senja boleh kurangkan stress dengan sambutan wangian bunganya yang kembang meriah.
 Bunganyakan berwarna putih jadi bila senja pun masih jelas kelihatan. Pokok kembang bugang ini yang menariknya ianya juga mampu berbunga lebat pada keadaan penerimaan cahaya yang separa. Tidak perlukan banyak cahaya matahari untuk berbunga. Juga sesuai ditanam dalam pasu sebab pokoknya takdelah besar. Local name kita panggil Kembang Bugang, tempat lain panggil White Butterfly Bush.

 Info lanjut mengenai si Kembang Bugang boleh (klik sini).
~ 1 pot Kembang Bugang for RM7.00 ~

Orang Utan Sepilok

$
0
0
 Antara spot terakhir kami Cuti Cuti Sandakan cuti sekolah September lepas sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu adalah Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. Dah berbelas tahun teringin ke sini, akhirnya sampai jugalah kami di sini. Cuma setelah bertahun-tahun simpan impian ke sini, bila dah sampai kami berasa terlalu hampa bukan seperti digembar-gemburkan. Jika bagi review kami bagi tak sampai 2 bintang. Nasib baik bertentangan dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok ini ada Borneon Sun Bear Conservation Centre (related posting klik sini) yang bagi kami lebih menarik.
 Jika anda betul-betul nak melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok kena datang masa yang betul. Jadi sebelum ke sini check masa 'nursery baby feeding time'. If not ada possibility you won't see even seekor Orang Utan jadi buang masa sahaja. Kami dah tahu ada masa feeding time, tapi biasalah we thought as long as opening hours there will be Orang Utan around (but actually if you're lucky). Kalau target nak sampai feeding time pun letak masa ada sekurang-kurangnya 15 minit datang awal. Sebab masa feeding time tak lama dan dari counter ticket hingga ke pusat nursery ikut jalan canopy ambil masa juga dalam 15 minit kalau tak berlaga-laga dengan tourists lain. Jika ada senior citizens dan children gerak awal sikit dari ticket counter. Ticket is a bit too pricey for this one sebab consider as donation which Papa Ilhan felt not worth it when there is not much to see. Kami pun sampai sebenarnya kebetulan masa boleh tengok nursery feeding time. Tapi biasalah ada nak ke tandaslah dulu.
  Pelancong-pelancong ramai juga masa kami sampai dari dalam negeri dan juga luar negara. Rata-rata dari raut muka pelancong yang dah mula beransur balik semuanya dengan muka hampa macam rungut-rungut buat penat je bekejar ke masa feeding time. Walaupun masa feeding time tak de pun banyak orang utannya yang muncul pun kalau nasib baik adalah seekor keluar dari ruangan nursery nampak banyak ambil makanan pastu terus sembunyi. Sambil kami mendaki naik ke tempat feeding kejar masa yang dah nak habis masa feeding jem pula kat satu tempat sebab adalah seekor orang utan yang muncul ambil hati lepak kejap kat titian. Jadi semua jadi berhenti seronok ambil gambar. 
 Sebab dah sesak-sesak tak boleh gerak ke atas sebab pelancong yang sedang turun pula dah berkerumun ambil gambar orang utan di atas. Kami sampai dah tinggal lagi 10minit for feeding session. Itupun kakitangan sana sudah tak nak benarkan kami masuk ke dalam. Asyik sibuk je kata dah nak tutup kawasan feeding. Ada lagi 10minit kut jadi kami tak layan masuk je sambil tunjuk kat jam. Kami pun hairan kenapa sibuk nak tutup walhal tak mengganggu pun because you're just sitting in a small building and make an observation. 

 Tak nampak pun seekor orang utan, if you are really observant nampaklah kalau ada orang utan yang duduk dekat belakang pokok bayangnya je. So the purpose of this small building for observation is tourists only used them an hour in morning and an hour in afternoon during kononnya feeding time session. Air-condition jadi bolehlah sejukkan badan. Bagilah kami sejukkan sikit badan kut dari sibuk asyik nak halau keluar je bukannya ada orang utan pun di situ. Langsung tak merasa nak duduk kerusi dekat dalam sini pun. Tapi yang kasihan sebenarnya pelancong yang datang dari jauhlah especially kalau berapa laut nak kena rentas baru sampai Sepilok ini. Memang menghampakan dari riak wajah mereka. Asyik disuruh come again afternoon session katanya. Tak ramailah sanggup nak tunggu sebab masing-masing ada masa terhad dan nak kejar masa nak tengok tempat-tempat lain lagi. Nak ke Sandakan bukan dekat dari Kota Kinabalu dengan traffic cuti sekolah pun memandu kereta dah 8jam. Bukannya jalan highway macam kat Semenanjung Malaysia. 
  Mungkin sebab di situ kawasan pemulihan jadi tak nak biasakan sangat Orang Utan dengan manusia agaknya supaya tak menggangu Orang Utan. Tetapi sebab alang-alang dah konsep macam Observation Deck. Why not with the state of the art sekarang, gelas tu biarlah jenis dari luar tak nampak bayang observer di sebalik gelas yang belah nampak ialah dari dalam ke luar.
 Nasib baiklah anak-anak sebelum ke tempat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok ini, dah berkali-kali tengok Orang Utan in its natural habitat. Bila tanya pendapat Ilhan mengenai Sepilok ini katanya tak best. Nasib baik abang Ilhan dah tengok Orang Utan semalam, lagi best jalan dekat Gua Gamantong (related posting klik sini). For us, it was a let down. Sebenarnya jika nasib baik, tak perlu masuk pun takpe. Duduk lepak di luar. Kekadang ada sahaja juga Orang Utan yang remaja keluar ke tempat letak kereta pun ada. Takde rasa nak ke sini lagi. Lebih seronok kalau duduk di resort tengok wild Orang Utan (related posting klik sini).
 Sambil-sambil jalan dalam kawasan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok ini dongak-dongaklah kepala ke atas. Banyak bekas-bekas sarang orang utan di situ.
 Siapa kenal pokok herba berwarna kuning di atas ini milik siapa? Biasanya pokok herba ini daun dia lebar-lebar. Tapi tidak perlu panik tiba-tiba kelihatan daunnya yang belah di atas makin kecik runcing. Itu sebenarnya petanda pokok herba pecah beling ini nak berbunga. Nampak macam ada bulu-bulu halus putih di kudup bunganya. Jangan keliru pula dengan pokok bunga loceng atau alamanda yang berbunga kuning tu. Bunga pecah beling ini saiznya lebih kecil.
 Pokok pecah beling ini cepat membesar. Untuk yang baru pindah rumah nak privacy boleh jadikan pokok herba pecah beling ini sebagai pokok pagar. Nampak macam pokok hiasan tapi pokok pecah beling ini banyak khasiat. Ianya juga dikenali sebagai pecah kaca. Orang yang takut kena bedah buang batu karang salah satu alternatifnya amalan minum air rebusan daun pecah beling campur dengan jagung muda. Ramai yang berjaya hilangkan batu karang dengan cara ini. Selain itu yang mengalami masalah membuang air kecil atau tidak lancar buang air kecil juga boleh membuat air rebusan pecah beling untuk penawar alternatif. Dilaporkan juga daun pecah beling ini bagus untuk orang yang menghadapi kencing manis. Juga dikatakan menurunkan kolesterol. 

 Info lanjut mengenai pecah beling boleh rujuk posting sebelum ini (klik sini).

 ~ 1 pot pokok pecah beling/pecah kaca RM5.00 ~
atau
~ 10 fresh cutting pecah beling/pecah kaca RM5.00~
 Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan daun segar pecah beling/pecah kaca seikat RM1.00.

Yang berminat daun-daun atau pucuk-pucuk ulam segar yang juga dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama ialah:

~ 1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00.
~ 1 ikat daun pucuk assam jawa RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk mata pelandok RM1.00 .
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam/nusantara bayleaf RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk katak puru/nam nam RM1.00.
~ 1 ikat daun pisang RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat daun nyirik RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk mulberry RM1.00 .
~ 1 ikat daun serai acheh RM1.00 .
~ 1 ikat daun kelapa (untuk anyam ketupat) RM1.00

Next Self-Collect Day:

21st/22nd January 2017 Saturday/Sunday morning from 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway).


Drunken Driver and Sailor

$
0
0

 Pada tahun 2016 lepas, pengalaman pertama kali Tukang Kebun kena langgar dengan orang mabuk. Nasib baik tiada kecederaan untuk mangsa-mangsa lain yang kena langgar juga dengan pemandu mabuk. Kemalangan yang tidak diingini ini berlaku Tukang Kebun seorang sahaja yang berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menjemput dear husband yang lepas kerja terus terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Pertama kali sementara tunggu waktu nak tiba keluar dari rumah ambil dear husband yang sampai dalam tengah malam Tukang Kebun terlelap. Dear husband dah sampai tunggu setengah jam lebih baru dipanggilnya Tukang Kebun kejutkan bangun dari tidur. Anak-anak pun dah terlelap tidur jadi Tukang Kebun keluar rumah seorang sahaja. Mata pun dah segar sebab dah tido beberapa jam.

 Dah agak dalam pukul satu pagi dah berhadapan pun dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu tengah kereta berhenti tunggu lampu isyarat sedang merah nak tunggu hijau tempat simpang lampu isyarat orang nak keluar dari airport. Kereta Tukang Kebun yang di depan sekali traffic light sebelah tepi jalan sekali slow lane. Sekali terdengar macam ada kereta di belakang Tukang Kebun kena hentam dengan kereta. Tukang Kebun waswas rasa nak berhenti tengok dahulu sebab lagipun merbahaya waktu tengah malam seorang perempuan pandu seorang-orang. Takut ada kes kekadang orang sengaja langgar nak menyamun. Apahal ambil dear husband dulu ada teman.

 Lampu pun bertukar ke hijau, Tukang Kebun pun baru nak mula gerak kereta sekali ada bunyi kena hentam di belakang kereta Tukang Kebun pula. Bila Tukang Kebun toleh rupanya ada kereta kancil putih yang dah remuk teruk pun tengah undur cepat larikan diri. Kemudian kelihatan banyak kereta dan motosikal pergi kejar kancil putih tersebut. Tukang Kebun pun teragak-agak nak turun dari kereta tersebut atau nak kejar. Tengok ada sebuah kereta yang kena langgar teruk di belakang berhenti. Jadi Tukang Kebun pun berhenti sekejap tanya bagaimana keadaan dia. Katanya dia okay, cuma dia sedang minta tolong kawannya yang kebetulan pun sedang balik kerja saing sama bawa kereta lain pergi kejar kereta kancil putih tersebut. Tukang Kebun kata saya ambillah dulu suami saya tunggu sudah di airport nanti saya singgah semula.
 Lepas ambil dear husband, kami nampak persimpangan nak masuk Jalan Lintas ada orang berkerumun. Rupanya kerjasama semua yang jadi saksi perlanggaran beberapa kereta dan motosikal berhenti di lampu isyarat merah kejar pemandu mabuk berjaya memberhentikan kereta tersebut. Sebab bila kereta kancil itu nak belok ke Jalan Lintas, kereta di depan kancil berhenti dan ada kereta blok di belakang jadi telah diapit tak dapat nak bergerak. Polis peronda jalan pun efficient sudah ada di situ. Yang tak manis ditengok ialah pemandu mabuk tu pula menjerit-jerit dekat polis perli-perli kata dia orang sini kamu orang Semenanjung. Bikin malu ja ini pemandu mabuk. Anak pemandu mabuk yang dipanggil datang dengan berlainan kereta kat tempat kejadian pun juga sama-sama mabuk macam ayahnya. Anak-beranak bau alkohol kuat. Rupa-rupanya mereka ini baru balik dari kenduri tapi bawa kereta dalam keadaan mabuk. Yang kami mangsa-mangsa kena langgar pula semua cool sahaja tunggu polis trafik sampai, sebab semua orang malas nak layan orang mabuk ini.

  Kereta Tukang Kebun calar sahaja yang teruk dua kereta lain. Kereta yang kena langgar dahulu tu memang teruklah belakang keretanya. Pemandu kereta itu pun kata dia dah perasan awal kereta kancil putih ini driver dia mabuk sebab masa atas jalan masa dia ikut di belakang beberapa kali nampak kereta putih kancil ini terberhenti di tengah-tengah jalan laju. Kemudian dia cepatlah potong kereta mabuk tu. Tapi dah berhenti depan lampu merah kena hentam di belakang. Kemudian bila driver mabuk tu nak cabut lari dia kan mabuk tak boleh buat pertimbangan betul, pemabuk tu langgar tepi kereta yang sedang tunggu di belakang kereta Tukang Kebun itu impactnya tak berapa kuat dekat kereta Tukang Kebun. Kasihan dekat kereta yang jadi mangsa cushion impact hentaman kancil putih itu sebab masih baru lagi keretanya dah calar balar lengkuk sikit. Pemandu kereta baru tu pun kata ini kurang nasib baik gara-gara lapar malam mau cari mengidam KFC. 

  Sampai pukul lima pagi kami di Balai Polis nak tunggu siap buat laporan polis. Ada jugalah beberapa kali polis traffik tanya nak settle di luar ka. Tukang Kebun kata nak buat juga, saya bukan masalah mau minta gantirugi, saya mau beri pengajaran sebab pemandu itu tidak sepatutnya bawa kereta dalam keadaan ada pengaruh alkohol membahayakan nyawa orang lain. Polis peronda pula beriya-iya suruh buat laporan sahaja jangan dilayan pemandu mabuk tu.
 Kalau musim berbunga pokok 'Drunken Sailor' kami pula mabuk dalam kebun dengan harumannya lebih-lebih lagi pada waktu embun banyak. 'Drunken Sailor' ini pun nakal kekadang habis dililitnya pokok-pokok yang tinggi untuk mencari banyak cahaya matahari supaya meriah kembang bunganya. Cuma berhati-hati kalau pokok citrus/jenis limau tak gemar sangat jika dibiarkan pokok melillit merimbun lama di atas pokoknya. Lepas dah habis musim bunga dia lantas lekas-lekas kami pangkas kasi clear dari pokok citrus kena panjat macam gamar di atas yang dipanjatnya si limau Kasturi dan si limau Kapas. Jangan risau cepat sahaja ia merimbun semula carilah pokok lain nak dililit ya wahai Drunken Sailor.

More info on Drunken Sailor (click here).
 Yang berminat untuk dapatkan pokok Drunken Sailor/akar dani ada stok semula di Kebun Bahagia Bersama.  Jenis akar dani yang kelopaknya berlapis-lapis. Yang tiada masa nak self-collect atau jauh, kami boleh pos bunga ini. 

~ 1 bekas pokok Drunken Sailor/Akar Dani RM8.00 ~

Golden Shower

$
0
0
 Pokok bunga orkid yang klasik berwarna kuning ini adalah antara orkid kegemaran orang kita sejak lalu kerana ianya jenis mudah dijaga dan rajin berbunga. Antara panggilan nama bunga kuning orkid  ini dalam keluarga 'Oncidium' adalah 'Golden Shower' atau 'Dancing Lady'.
 Bila musim berbunga memang meriah bunganya. Boleh juga hidup tanpa pasu, boleh digantung melekat di pokok-pokok. Di atas pokok jenis batang pinang pun rajin ianya berbunga. 

~ 2 moist bare-rooted Golden Shower/Dancing Lady RM5.00 ~
 Di Tamu kadang kala pokok bunga orkid dijual dengan membalut bahagian akarnya dengan sabut kelapa. Kadang-kadang ada yang dah tumbuh akar makin panjang dah tembus keluar sabut kelapa. Salah satu cara jika jangka masa anda travelling masih ada beberapa hari masa beli orkid boleh juga dibalut dengan sabut kelapa untuk elakkan akarnya jadi terlampau kering. Kitar semula sabut-sabut yang tidak dipakai.
 Sekarang ni beberapa kawasan pantai Barat Sabah ada yang sedang musim mengetam padi awal tahun ini. Jadi lebih mudah nak dapatkan beras kampung baru sahaja dituai sekarang. Tukang Kebun suka makan beras kampung atau beras bukit sebab mudah lawas perut ni. Sesiapa yang nak pesan beras kampung/beras bukit untuk self-collect bulan Februari boleh booking dengan hantar message ke (kebunkmg@gmail.com).

 Bibit bawang berlian atau bawang dayak masih available bulan Januari 2017 ini dengan harga promosi RM5 sebekas.

 Bibit Sulur Nenas Madu Sabah juga masih harga promosi untuk Januari 2017 ialah 4 for RM10.00  (klik sini).

 Self-collect Schedule minggu ini adalah:

~21st/22nd January 2016 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front if Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (dekat dengan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

Buah-buahan Organik segar available minggu ini:

~ Buah Pisang Nangka sesisir RM5.00 .
~ Buah Pisang Kadau sesisir RM5.00 .
~ Buah Pisang Hijau/Serendah/Kapal RM5.00 .
~ Buah Pisang Bantan/Mantan/40hari RM3.00 .
~ Buah Assam Jawa sekilogram RM5.00 .
~ Buah Kuning Telor/Canistel sekilogram RM5.00 .
~ Buah Ciku sekilogram RM4.00 .
~ Buah Nam Nam/Katak Puru 5 biji RM2.00 .
~ Buah Nangka Muda sebiji RM5.00 .
~ Buah Kelapa Tua 8 biji RM10.00 .

~ 3 biji kelapa parut RM5.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00 .
~ 3 beg tanah bakar RM10.00 (promosi Januari 2017)

Senarai ulam-ulaman atau herba fresh boleh rujuk (klik sini).
Viewing all 401 articles
Browse latest View live