Quantcast
Channel: Kebun Bahagia Bersama
Viewing all 401 articles
Browse latest View live

Kembang Bugang Berkembang di Taman Teman Kebun Bahagia Bersama

$
0
0
 Pokok bunga kembang bugang apabila setelah mekar bunganya yang kemudian gugur kelopak-kelopaknya, jika persenyawaan adalah subur akan juga menghasilkan buah. Kebiasaannya bahagian sepal di bawah bunga adalah berwarna hijau tetapi bagi kembang bugang sepal ianya berwarna merah. Semasa buahnya membentuk berwarna hijau keras juga rasa buahnya bila dipegang. Apabila buahnya masak akan bertukar kepada warna hitam. Apabila buahnya gugur, bahagian sepal yang berwarna merah terang itu juga kelihatan menarik bagaikan bintang. Pertukaran phase dari bunga mekar hingga luruhnya buah yang ranum membuatkan pokok kembang bugang menarik sebagai pokok hiasan.
 Selain dari lahirnya anak pokok baru dari biji benih, pokok kembang bugang juga sangat aktif kembang networking di bawah tanah yang menghasilkan tunas-tunas anak pokok baru akan menjelma keluar dari tanah beyond your expectation. Kekadang boleh muncul anak pokok baru yang muncul tiba-tiba lebih jarak 1 meter dari pokok induk or the mother plant. Sebagai contoh, perkongsian gambar-gambar dari teman Kebun Bahagia Bersama yang diterima minggu ini seperti di bawah. Pokok kembang bugang teman gardener sudah membiak dengan suburnya. Bila dah membiak dengan subur begini, makin banyak gugusan bunga mekar serentak mesti harum taman teman. Banyak volunteer kembang bugang plant sudah muncul siap nak volunteer kasi fill in di bahagian sebelah dinding yang masih ada ruang lagi.
Salah satu keistimewaan pokok kembang bugang ialah bahagian daun dan batang lembutnya boleh dibuat spray racun organik untuk serangga-serangga perosak.Ada beberapa jenis serangga lemah dengan semburan air campur extract pokok kembang bugang ini. Jadi bila anda kemaskini pokok bila kasi pruning tu boleh kitar semula bahagian tersebut untuk dijadikan spray racun organik. Manakala bunga yang mekar menarik rama-rama datang dan buahnya pula menarik kedatangan burung.

Kisah lanjut mengenai pokok kembang bugang juga boleh rujuk kepada posting lepas (klik sini).

~ 1 pot of white butterfly bush plant (Clerodendrum calamitosum) RM7.00 ~


 Syukur Alhamdulillah pokok akar dani Teman Kebun Bahagia Bersama pun sedang meninggi dan akarnya pun seperti pokok kembang bugang juga sedang kembang networking di bawah tanah. Moga akarnya akan dapat menyerap lebih zat untuk persediaan banyak gugusan bunga akar dani yang wangi.

More info on pokok akar dani (click here).

~ 1 pot pokok akar dani RM8.00 ~

Kedua-dua jenis tanaman ini boleh dipos menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia.

Pesanan boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).


Shiogama Shrine

$
0
0
 Perjalanan berjalan kaki ke Kuil Shiogama dari stesen keretapi Shiogama sebenarnya takdelah lama dalam 20 minit ikut Google Map. Tapi sebab Abby dan Rayyan seronok explore di sepanjang perjalanan jalan belakang ke Kuil Shiogama ambil masa rasa nak dekat sejam baru sampai(related posting klik sini). Macam kes perjalanan dari stesen keretapi Tobu Nikko ke jambatan suci Shinkyo di Nikko (related posting klik sini). Cuma kali ini mereka tak tanya pula bila nak sampai sebab sibuk mencari harta karun. Rayyan cari bentuk acorn dan Abby cari pebbles heart shape. Mama yang menunggu Rayyan dan Abby, Papa dan Ilhan dah jauh jalan ke depan.
 Setiap tahun di Jepun ada sambutan festival Shichi-Go-San pada 15hb November. Perayaan ini adalah untuk meraikan perkembangan pertumbuhan kanak-kanak yang sudah mencapai umur 7(shici), 5(go) dan 3 (san) tahun. Zaman sekarang ikut jadual pekerjaan dan urusan ibubapa, bila-bila berdekatan 15hb November juga boleh raikan. Sebab ini bukan cuti am. Kadangkala ibubapa bawa anak-anak ke Kuil untuk mohon pertolongan paderi kuil mendoakan perkembangan baik untuk anak-anak mereka dengan upacara yang ringkas. Kebetulan semasa kami di Kuil Shiogama, upacara ini sedang masih meriah dijalankan. Beberapa keluarga kelihatan membawa anak-anak yang diraikan dengan anak perempuan pakai kimono dan anak lelaki pakai hakama.
 Kuil Shiogama ini terkenal dengan koleksi pelbagai jenis pokok sakura pada musim bunga iaitu akhir bulan April hingga awal bulan Mei. Tapi jika anda melawat Kuil Shiogama pada pertengahan bulan Oktober atau musim luruh, anda akan juga dapat menikmati musim bunga Camellia yang berbunga meriah di beberapa lokasi dalam Kuil Shiogama. Berbeza dengan perangai Sakura yang mula berbunga peralihan dari hujung musim winter ke awal musim bunga, bunga Camellia pula mula berbunga peralihan penghujung musim luruh ke awal musim winter. Kerana itu bunga Camellia juga dipanggil Winter Rose. Cantikkan jenis bunga Camellia pink multi-petal ini berbaris pokoknya di belakang office kuil. 
 Sesiapa nak mohon hajat resolusi tahun 2018 tercapai, boleh tulis kat atas kayu dan gantung.
 Memandangkan Kuil Shiogama ini usia sudah ada sejarah beribu tahun. Banyak jugalah relic yang disimpan oleh kuil ini yang direkodkan sebagai Japan National Monument. Tukang Kebun suka pula tengok motif ayam-ayam di pintu lama beratus tahun ni. Zaman dulu pintu kayu nampak berat dan solid. Cuma painting sahaja jadi pudar, ini pun Tukang Kebun touch up sikit nak kasi jelas motifnya. Tak elok syakwasangka tapi macam ada penceroboh yang masuk di Kebun Bahagia Bersama menculik ayam-ayam dalam sangkar masa kami cuti lama di Jepun.
 Sebelum sembahyang, seperti biasa berdekatan dengan kuil ada tempat untuk bersihkan diri dulu. Adat sekarang cuci kedua belah tangan bergilir-gilir sebelah satu dahulu. Walaupun Jepun ini moden, pergi kuil mana-mana mesti ada penggunaan buluh.
 Pagi kami melawat Shiogama Shrine macam lengang je jadi syok dapat pusing-pusing dan posing-posing macam-macam. Kuil Shiogama ini adalah antara kuil yang popular di Jepun di kawasan Tohoku tapi belum diperbesar-besarkan untuk tarikan pelancong luar negara. Sebab ramai pelancong antarabangsa lebih fokus ke kawasan Teluk Matsushima yang atas sikit dari Shiogama. Takde lah nak berlaga-laga ambil gambar kenangan. Ramai yang datang sini pada belah pagi pun untuk sembahyang doa dari local residents.
 Memandangkan Kuil Shiogama ini adalah terletak antara pelabuhan nelayan paling sibuk di Jepun menghadap Lautan Pasifik sejak berkurun dahulu, jadi kuil ini lebih fokus untuk mendoakan kesejahteraan mereka yang berkerja di laut dan banyak rezeki dari laut. Ini boleh dilihat dengan replika bot berdekatan dengan kuil utama.
 Selain itu, kelihatan ramai pasangan muda juga datang sembahyang di kuil ini. Kerana kuil ini juga fokus untuk keselamatan ibu-ibu yang mengandung. Paderi Kuil Shiogama semasa lawatan kami sedang tunggu di atas tangga pakai baju warna biru dan kain hijau muda menerima kedatangan dua keluarga untuk meraikan anak-anak mereka. Sebelah kanan, anak perempuan memakai baju kimono warna krim kuning dan sebelah kiri warna merah terang macam cat kuil. Kalau Abby anak Jepun pun boleh sambut ni untuk umur 5 tahun. Comel-comel anak-anak pakai baju tradisional Jepun.
 Lebih kurang suasana di bawah inilah masa kami lawat Kuil Shiogama kelihatan keluarga meraikan anak-anak mereka yang berusia 3, 5 dan 7 tahun. Biasanya nenek yang lebih excited hehehe....
 Sekarang ada biji benih kacang buncis pokok renek.

~ Anggaran 10 biji benih 1 pek RM3.00 kacang buncis renek Koi Midori (Green Love) ~

Tamu Tuaran August 2017

$
0
0
 Sudah setengah tahun baru nak draf posting koleksi gambar-gambar yang telah lama diambil di Tamu Tuaran pada pertengahan bulan Ogos 2017. Lokasi gambar-gambar yang diambil pun hanya satu bahagian kecil di Tamu Tuaran iaitu bersebelahan dengan Pet Shop. Inipun sementara tunggu anak-anak suka terhibur tengok binatang perliharaan comel dalam kedai tersebut memudahkan Tukang Kebun shopping kejap. Tambahan pula ini adalah bahagian yang Tukang Kebun suka beli hasil-hasil tanaman. Sebab di sini kebanyakkannya adalah direct dari petani tempatan ataupun datangnya dari kawasan bukan Kundasang yang lebih komersial. Kalau yang berdekatan dengan ruangan berdekatan dengan pasar basah tempat seafood kebanyakkannya adalah orang tengah yang menjual sayur-sayuran. 
  Tamu Tuaran adalah setiap pagi Ahad. Tetapi setiap pagi Sabtu pun ada juga menjual macam pre-tamu sebelum hari minggu. Ada yang turun awal juga untuk menjual. Kadang-kadang petani akan terus jual kepada orang tengah jika jualan mereka tidak habis pada hari Sabtu untuk orang tengah jual pada hari minggu.Untuk yang mungkin ada planning untuk melawat Sabah tahun 2018, bolehlah aturkan program mereka jika ke Kundasang pada hari Sabtu atau Ahad, bolehlah awal pagi singgah ke Tamu Tuaran dahulu sebab macam on the way je. Biasanya kalau pagi hari Sabtu, sebelah kedai Pet Shop ini ada petani tempatan sudah mula menjual. Kalau Tamu Kundasang rasanya hari Jumaat.
 Gambar pertama dalam posting ini adalah gambaran sebahagian jualan di sebelah Pet Shop dekat tapak Tamu Tuaran. Mari kita zoom in lebih dekat pula, jenis hasil tanaman apa yang dijual boleh didapati di Tamu Tuaran. Sebagai contoh seperti gambar di atas ada bawang berlian yang bawangnya warna merah tu. Dekat Semenanjung Malaysia payahlah nak jumpa. Tapi bawang berlian ini juga ada nilai di Tamu Tuaran dari segi bekalan. Bukan sahaja itu bawang berlian ini ada banyak kegunaannya dari segi perubatan dan orang mengandung tak boleh makan bawang berlian ya. Kalau dah bersalin, masa berpantang boleh bagi peranakan kecut cepat dan kasi bersih dalaman. Orang tempatan biasa masak bawang berlian ni campur dengan sup ayam. Merah jadi supnya.

Info lanjut bawang berlian (klik sini).

~ 1 bekas bawang berlian RM7.00 (isinya juga boleh dituai dan dimakan ya)<boleh dipos>~

 Kalau buah durian dekat Sabah ni lagi mahal harga pasaran dia banding dengan di Semenanjung Malaysia. Kalau beli direct dari Tukang Kebunnya dalam harga RM8 sekilogram bulan Disember  2017 lepas, kemudian orang tengah jual harga dalam RM15 sekilogram. Gara-gara teringin nak rasa durian tanam kat Sabah, bulan lepas ada beli sebiji D08? harganya RM15 sekilogram di Tamu Tuaran. Kemudian nampak transaksi petani jual dekat orang tengah dengan harga RM8. Bulan January ini ada ubi kayu Kebun Bahagia Bersama, yang mengidam boleh juga kami usahakan pos. Sulur-sulur atau batang keladi juga adalah satu bekalan yang kerap dilihat di Tamu Tuaran.

~ 2 kilogram ubi kayu RM5.00 ~
~ 1 ikat/plastik sayur batang ubi keladi RM1.00 ~

 Buah pinang juga adalah satu hasil yang kerap juga ditemui di Tamu Tuaran.

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 (boleh juga dipos)~
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 (boleh juga dipos) ~
 Kalau yang rare ikut musim ialah seperti buah kelubi. Terliur gak tengok buah kelubi ini tapi memikirkan tak sempat nak buat jeruk. Boleh kawan-kawan share selain dari buat jeruk buah kelubi ini, apakah cara lain untuk enjoy buah kelubi?
 Terdapat pelbagai jenis pilihan buah limau atau citrus fruit yang juga dibekalkan di Tamu Tuaran seperti limau kasturi, limau nipis, limau telur buaya dan lain-lain. InsyaAllah hujung minggu ini ada juga self-collect day.

Self-Collect Day (Please email (kebunkmg@gmail.com) confirm before the meeting):

13th/14th January 2018 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway).

Goodies yang maybe available:

1 beg tanah bakar RM5.00 .
7 biji buah kelapa tua RM10.00 .
3 biji isi kelapa parut RM5.00 .
1 kilogram buah ciku RM4.00 .
5 biji buah katak puru/nam nam RM2.00 .
1 biji buah nangka muda RM5.00 .
1 sisir buah pisang kadau kuning RM5.00 .
1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .
1 kilogram buah limau mixed RM6.00 .

dan ulam-ulaman , 1 jenis ulam 1 ikat RM1.00 .
 Minggu lepas Abby kelihatan seperti dapat symptom bintik-bintik Chicken Pox lah pulak. Tak perasan mulanya sebab masa kena sympton ini, Abby langsung tak ada demam. Oleh itu, Tukang Kebun ada di Kota Kinabalu bersama Abby geledahlah kebun Big Boss di Kingfisher. Big Boss pesan pergi kumpul 3 jenis daun buah limau yang berlainan kasi rebus dengan air buat mandi Abby. Lepas tu kasi mandi air perahan buah limau purut sekali. Lepas kasi mandi air rebusan daun limau, cepat surut bintik-bintik kudis semua dah tak berair, dah jadi kering. Daun-daun limau elok juga kasi carik-carik atau blendar kasar dengan air untuk lebih effective. Abby sambil berendam, punya banyak slice buah limau purut dimakannya. Kuat makan asam Abby ni dari mama dia. Natural Vitamin C. 
 Besarnya buah limau telur buaya dari kebun Big Boss di Kingfisher. Dalam upih gambar atas ini tuaian dari sebuah pokok je ni. Ini pun yang dah kekuningan sahaja Tukang Kebun tuai. Buah limau telur buaya ini nampak macam buah lemon kan. Lagi besar dari buah lemon. Kalau ada pokok limau yang macam mabuk daun, boleh tu petik-petik daunnya buat mandian spa sendiri di rumah ada manafaat sementara nak tunggu dia berbuah.  Abby tiga hari mandi spa daun limau dan jus limau purut. Tukang kebun pun seminggu cuci rambut dengan jus limau purut. Luxury tau. No chemicals. Jasa dari pokok dan yang menanam. Dua hari penggunaan jus limau purut kami as shampoo cost sama dengan beli harga sebotol shampoo. Arwah nenek Tukang Kebun dulu basuh rambut pakai buah limau sahaja dan tak perlu nenek dye rambut dia sebab tak beruban.

~ 1 pokok tut limau telur buaya RM25.00 ~

Kuil Shiwahiko

$
0
0
 Selepas melawat Kuil Shiogama kami bergerak semula patah balik ke arah jalan datang tadi (related posting klik sini) untuk singgah melawat Kuil Shiwahiko pula. Sebelum ke Kuil kami singgah toilet dulu yang sebelah tempat bersuci ni on the right side. Kuil Shiwahiko on the left side. Kuil Shiwahiko asalnya berada di lokasi lain yang kemudiannya dipindahkan berdekatan dalam compound Kuil Shiogama. Pada asalnya kuil Shiwahiko terletak di barat Shiogama. Kuil Shiwahiko ini adalah tempat dewa yang pelindung pertanian/perternakan.
 Anak-anak sebenarnya suka main kat ruang luar Kuil Shiwahiko ini sebab batu-batu yang kecil tu, kemudian ada pula kawan-kawan kecil yang berterbangan dekat. Pada gambar No. dua ni yang sudut sebelah kiri ada pokok tinggi ini adalah pokok sakura. Mesti cantik masa musim sakura kembang. Kami lama juga lepak kat sini bagi anak-anak puas main sambil kami menikmati pemandangan.
 Tukang Kebun dapatlah cuci mata tengok bunga camellia lagi yang sedang mekar lebat. Tukar-tukar arah mencangkung belek bunga dan pokoknya sampai ada pakcik Jepun lalu duk tenung hairan apa yang sedang Tukang Kebun jakun sangat tengok pokok ni. Tukang Kebun cuma sedang appreciate hasil tangan Tukang-tukang Kebun yang menjaga laman di Kuil Shiwahiko ni sebab terror buat version pokok camellia bongsai dengan dahan yang banyak untuk memaksimakan bunga mekar yang dapat show off macam ni. Hasil kesabaran Tukang kebun kuil Shiwahiko ni berbaloi betul. Sebab pokok camellia ni boleh tumbuh besar tinggi macam pokok rambutan tau.
 Bila nampak hasil tangan Tukang-tukang Kebun Kuil Shiwahiko ni mula lah terfikir kalau kat Malaysia sesuai buat gini dengan pokok bunga yang tak putus-putus berbunga ialah jenis pokok mickey mouse seperti di bawah. Malahan bentuk daunnya juga mirip. Pokok Mickey Mouse ini pertumbuhannya pesat dan boleh dipruning ikut kesukaan reka bentuk kita.

More info on Mickey Mouse Plant (Ochna Kirkii) <Click Here>

~ 1 pot of Mickey Mouse Plant RM10.00 (Pos Laju can) ~
 Tugu tulisan ejaan Shiwahiko Shrine macam di bawah dalam kanji (志波彦神社). Orang Shiogama ini memang jenis kuat beribadat juga komunitinya sejak berkurun-kurun dahulu kerana banyak betul stone lantern untuk pergi pada kala senja atau malam waktu beristerehat setelah seharian bekerja mencari rezeki.
 Pintu gerbang masuk ke Kuil Shiwahiko designnya agak simple berbanding dengan Kuil Shiogama (related posting klik sini). Nampak ada pasangan baru sahaja tiba untuk meraikan anak-anak perempuan mereka yang seorang dalam 5 tahun dan kakaknya dalam 7 tahun di Kuil Shiogama untuk Festival Shichi-Go-San. Tukang kebun agak-agak yang girl kecil pakai kimono dalam ketinggian yang sebaya dengan Abby.
  Pasangan ini singgah sebentar dalam perkarangan Kuil Shiwahiko mungkin untuk beli kenangan tangkal azimat untuk anak-anak mereka.
 Jika anda kebetulan pergi ke Jepun bulan March tahun ini mungkin boleh rancang lawat Shiogama semasa ada Spring Festival di Kuil Shiwahiko pada 29hb Mac 2018 (klik here). Ini adalah acara festival setiap tahun diadakan. Mungkin sangat meriah ada pelbagai activiti serta boleh mingle with the local crowd. Shiogama dan Shiwahiko Shrine ada website mereka sendiri, untuk memudahkan check acara-acara tahunan mereka (website). Di hadapan kuil Shiwahiko.
 Bersebelahan dengan Kuil Shiwahiko ada muzium. Tapi kami tak singgah masuk nanti makin lamalah pula sebab kami nak kejar waktu ferry. Duduk membelek-belek koleksi pokok ada di Shiogama Shrine compound ni pun terlampau leka. Taman mini Jepun di depan muzium pun dah asyik dibuatnya. 
Dekat luar Kuil Shiwahiko kita boleh lihat pemandangan Teluk Shiogama/Matsushima (sama juga termasuk dengan connection sebahagian dengan Teluk Matsushima). Jika dalam negara Jepun, Teluk Matsushima dikatakan adalah antara 3 best spot beautiful scenery untuk section 'Bay' atau Teluk. Sini pun good spot untuk ambil gambar kenangan di Shiogama. 
 Terbayang pula dalam kepala Tukang Kebun agaknya dah berapa kali Kuil Shiogama ini menjadi tempat untuk melindungkan diri dari kuasa ombak Tsunami yang datang. Sudah berapa episode kedatangan ombak Tsunami yang besar datang dan disaksikan oleh paderi-paderi dari atas puncak bukit ini bersilih zaman. Kali terakhir sebelum posting ini dikarang adalah pada bulan Mac tahun 2011 Tsunami melanda di kota Shiogama ini yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk dan ada juga fatal injury.. 
 Dikatakan dari lokasi kami berdiri ini yang berada di atas puncak ini boleh nampak kedatangan ombak tsunami yang tinggi bergerak ke arah darat. Sudah pasti ketika ini paderi-paderi khusyuk berdoa untuk keselamatan penduduk-penduduk di sini. Andaian Tukang Kebun salah satu fungsi banyak stone lantern di compound Kuil Shiogama ini juga menjadi penunjuk penduduk-penduduk arah pada waktu malam ketika melarikan diri dari bencana menuju ke tempat yang selamat.
 Salah satu keistimewaan Teluk Matsushima ini ialah banyak pulau-pulau kecil berdekatan dengan daratan. Burung-burung merpati sekejap berterbangan dan sekejap lagi datang dekat dengan anak-anak ni. Itu yang seronok sangat lama sini anak-anak main kejar merpati. Orang pun tak ramai jadi relax dengan cuci mata tengok pemandangan Teluk Matsushima. Very peaceful.
Pemandangan suasana pada musim luruh pun indah di depan Kuil Shiwahiko ini.
 Ini sudah kena tegur jangan nampak ganas sangat nanti burung-burung merpati ketakutan kesian. Jinak sungguh burung-burung merpati di sini.
Cantik tempat masuk atau 'Torii' Kuil Shiwahiko punya dengan pokok-pokok yang sudah bertukar warna ke kemerahan sebelum gugur masuk musim salji.
 Kami bergerak balik ke arah Stesen Keretapi Shiogama ikut jalan yang kami datang. Salah satu keunikan di kawasan Kuil Shiogama ini yang Tukang Kebun perasan selain dari keunikan pelbagai rekaan stone lantern ialah pagoda batu dia. Kekadang kalau pergi lawat Kuil-kuil lama yang besar ada bangunan pagoda lima tingkat warna merah buat dari kayu macam di Kuil Toshogu World Heritage Site (related posting klik sini). 
 Pagoda lima tingkat di Jepun dikenali dengan panggilan 'Gojunoto'. Miniture pagoda di dalam kawasan Kuil Shiogama ada beberapa buah dan designnya sama semuanya diperbuat dari batu seperti di gambar atas. Theory Tukang Kebun ialah sebab kawasan Timur Tohoku ini dari dulu lagi adalah area prone gempa bumi. Jadi teknologi pada zaman itu belum ada lagi asas kuat untuk cipta binaan yang tinggi stabil dengan gegeran gempa bumi. Pagoda diperbuat dari batu dalam Jepun panggil 'Sekito'.
Asyik tengok anak-anak main dengan burung merpati teringat pula pokok dove tail di Kebun Bahagia Bersama. Promosi Dove Tail bermula untuk bulan Januari 2018 hingga 31hb Januari 2018 (5 moist bare-rooted Dove Tail plant for RM10.00 ).

More info on Dove Tail plant (Click Here).

Kuil Okama Shiogama

$
0
0
 Selepas melawat Kuil Shiogama dan Kuil Shiwahiko kami pun bergerak menuju ke arah tempat menaiki ferry kena patah balik ke arah stesen keretapi Hon-Shiogama. Memandangkan Kuil Shiogama sejarahnya lebih 1000tahun, maka kawasan berdekatannya yang juga membangun petempatannya bersama-sama juga ada sejarah lama juga. Jalan hadapan ke Kuil Shiogama juga telah masuk dalam kategori jalan bersejarah di Jepun iaitu Shiogama-Kaido Street. Maka bolehlah dikatakan Shiogama ini adalah antara penempatan lama bersebelahan Teluk menghadap Lautan Pacific. Oleh itu sambil-sambil kita berjalan dalam kawasan bandar Shiogama ini terdapat banyak bangunan lama berciri bersejarah beratus tahun. 
 Tukang Kebun sangat suka dengan bandar Shiogama ini kerana walaupun jalanraya besar tapi kurang kenderaan. Very peaceful. Penduduk kawasan ini juga begitu ramah, kekadang kami tak sempat buka mulut nak tanya betul ke arah jalan nak pergi ni, penduduk yang hampir dah tanya tegur kami hendak ke mana. Ataupun sambil berjalan penduduk akan menyapa ataupun tunduk kepala sedikit as gesture of greetings. Tambahan pula amat mudah nak berjalan kaki di kawasan bandar Shiogama ini melawat-lawat tempat menarik kerana terdapat banyak petanda penunjuk arah dalam Bahasa Inggeris juga. 
 Cuma kerana masa tak mengizinkan maka tak sempat kami nak jelajah bandarnya. Yang atas ni pun macam tempat dah lebih satu abad tapi tak sempat nak baca bangunan bersejarah ni apa. Tukang Kebun rasanya berbaloi juga tinggal satu malam di sini. Kalau ada rezeki mungkin Tukang Kebun nasihatkan susun aktiviti satu hari jelajah Shiogama dan satu hari Matsushima jika anda melawat Sendai area. Bandar Sendai pun kami tak sempat nak berjalan tempat-tempat menariknya kerana kesuntukan masa.Jalan-jalan area Stesen Sendai ja kami cuci mata. If you planning to visit Sendai, allocate at least 5 days to truely enjoy this area.
 Yang seronok berjalan di kawasan bandar Shiogama juga ialah terdapat banyak kedai kecil menjual mainan-mainan jenis zaman-zaman generasi dahulu. Menarik juga untuk dibuat souvenir dan harga pun antara harga budget. Kedai mainan ini amat dekat sahaja dengan Kuil Okama.
  Kuil Okama adalah antara kuil lama yang kecil di dalam bandar Shiogama. Kuil ini tiada pembayaran untuk masuk. Cuma dalam 5 minit sahaja jalan kaki dari Stesen Keretapi Hon-Shiogama. 'Okama' bermaksud cerek. Ianya juga ada maksud lain berhubung dengan jantina (boleh Google). Di mana 'Shiogama' sendiri bermaksud 'Cerek Garam' kalau terjemahannya secara lansung. Mudah untuk kita memahami sejarah penempatan asal bandar kecil ini hubungkaitnya selain penangkapan hasil laut ia juga menghasilkan garam sejak beribu tahun lalu lagi.

Tetapi di Shiogama ini proses pembuatan yang diperkenalkan oleh dewa Kuil Shiogama dan Kuil Okama kepada penduduk Shiogama ini ialah pembuatan garam dari rumpai laut. Garam yang berasal dari rumpai laut dipanggil 'Moshio'. Antara souvenir kawasan ini boleh dibeli ialah garam diperbuat dari rumpai laut.
 Sementara anak-anak berehat dekat depan Kuil Okama ini ada banyak bangku untuk duduk berehat, Tukang Kebun dan Papa Abby masuk berjalan-jalan hingga ke dalam. Kalau dekat kawasan bandar tak sesak orang macam Shiogama ini rasa relax jalan-jalan dengan anak-anak. Takde lah asyik nak monitor je. Kalau kat Malaysia ni takut kalau dibiarkan sahaja mereka bermain-main tanpa pengawasan kena culik dijualnya organ-organ. Tukang Kebun kalau seorang takde my other half, tak berapa gemar nak bawa anak-anak kat tempat ramai sangat orang, susah nak awas 3 kanak-kanak sekali terutamanya Abby yang tengah lasak tak makan saman ditegur. Kalau abang-abangnya dah stage dah faham bila dipesan kenapa tak boleh pergi sebarangan tanpa pengawasan.
 Jika di Kuil Okama ini ada juga acara tahunannya setiap tahun iaitu pada 4 ke 6hb Julai untuk meneruskan tradisi pembuatan garam dari rumpai laut (website). Bila terfikir salah satu produk yang juga boleh dibangunkan di Semporna yang kaya dengan rumpai laut (related posting klik sini).
 Kecil sahaja kawasan Kuil Okama ini tetapi sejarahnya beribu tahun. Tukang Kebun perasan dengan kawasan Kuil Okama ini penghujung musim bunga kuning ini berbunga. 

 Yang berminat untuk pokok tumbuhan air sekarang ada stock pokok bunga putih Sagittaria dan Keladi bunting.

Info lanjut pokok bunga Sagittaria (klik sini).

~ 3 moist bare-rooted pokok Sagittaria RM7.00 ~

~ 2 moist bare-rooted pokok keladi bunting RM5.00 ~
 Berhadapan dengan Kuil Okama ada cafe comel dengan perhiasan pokok tumbuhan di depan kedai masuknya. Nama Cafe Harema. 
 Di jalan yang sama dengan Kuil Okama jika ke arah Stesen Keretapi Hon-Shiogama ada tempat persinggahan yang menarik juga untuk yang minat nak cuba pelbagai jenis 'sake' atau arak diperbuat dari beras seperti di gambar di bawah. Di sini boleh juga tengok cara tradisi buat sake. Nama bangunan ini ialah Urakasumi Sake Gallery (tutup hari Ahad).

 Sepanjang jalan dekat kawasan bandar Shiogama ini ada rasa feeling macam berjalan di Melaka Jonker Walk (related posting klik sini). Kedai peralatan alat tulis stationary dia bila lalu dari luar juga nampak menarik untuk yang nak dapatkan koleksi untuk buat kraf ala corak Jepun. Ada Tukang Kebun jumpa blogger yang lebih terperinci jelaskan bagaimana nak ke Kuil Okama dari Stesen Keretapi Hon-Shiogama (Click Here).

Hon-Shiogama Station

$
0
0
 Jika hendak melawat bandar kecil Shiogama menggunakan sistem keretapi JR Senseki Line, jangan keliru ya sebab ada tiga stesen Shiogama. Yang stop pertama untuk Shiogama jika dari arah bandar Sendai ialah Nishi-Shiogama (Shiogama Barat), kemudian keretapi akan berhenti di Hon-Shiogama (Shiogama Central). Selepas Hon-Shiogama pula keretapi akan berhenti di Higashi-Shiogama (Shiogama Timur). Ikut planning asal kami hendak lawat Kuil Shiogama (related posting klik sini), kemudian naik Ferry di Marine Gate Shiogama jadi kami turun di Hon-Shiogama. Jika yang nak melawat Seafood Market Shiogama kena turun di Higashi-Shiogama lebih dekat. Bila dah sampai di Hon-Shiogama station yang hendak singgah dahulu melawat Kuil Shiogama keluar exit Jinja-Sando Entrance, ini pintu keluar terdekat nak ke Kuil Shiogama dan Kuil Okama (related posting klik sini). Biasanya kalau di Stesen Keretapi ada beberapa pintu masuk jadi pastikan untuk tidak membuang masa, pastikan tempat melawat mana paling dekat dengan pintu exit ya.
 Semasa waktu kami melawat Shiogama di depan stesen Keretapi Shiogama dihiasi dengan banyak bunga French Marigold tengah meriah mekarnya (1 pek Original Packaging from Japan-French Marigold Mix RM18.00 more than 50 seeds/3ml) seperti gambar No. 1 di atas. Cuaca yang sejuk nyaman sekarang melanda Malaysia ini ambil peluang untuk semai biji-biji benih ya. 

 Bandar kecil Shiogama ini macam diperhatikan di kawasan keliling ke arah Kuil Shiogama memang komuniti amat bersatupadu dari zaman dahulu-dahulu lagi dengan rajin untuk memudahkan kehidupan harian mereka pada waktu malam dengan membuat stone lantern (related posting klik sini).
 Walaupun tsunami pada 2011 dah masuk hingga mengalir ke kawasan Stesen Keretapi Shiogama ini tapi masih kagum tengok kukuh stone lantern hasil gotong-royong semangat penduduk hampir seabad yang lalu. Lambang memberikan semangat kepada generasi penduduk Shiogama sekarang untuk recover semula dari bencana Tsunami. Begitu juga antara cara untuk jimatkan kos sementara bagi pagar kawasan letak kereta ialah gunakan bahan semulajadi seperti buluh. Gambar pagar buluh di atas ini si Ilhan yang ambil sementara mama dah jauh ke hadapan. Even the kids seems to appreciate this simple gate art. Bila Tukang Kebun check semula gambar yang Ilhan di Shiogama jadi minat pula tengok teknnik simpulan dan susunan pagar tersebut. Boleh dijadikan future reference. 

~ 1 sulur moist bare-rooted Buluh Gading Halus RM10.00 (info klik sini) ~
 Dalam perjalanan dari Kuil Okama ke Stesen Keretapi Hon-Shiogama selepas tengah lintas jalan di gambar atas ini, baru perasan ada gerai kecil menjual hasil dari tanaman. Kami patah balik semula untuk cuci mata.
 Kalau nak masuk penghujung musim luruh di Jepun ini biasanya buah kegemaran Tukang Kebun ialah buah limau (mikan) dan buah pisang kaki. Asyik terliur je tengok pokok-pokok pisang kaki di laman orang berbuah lebat sepanjang berjalan-jalan di Jepun ni (related posting klik sini). Sempatlah kami membeli buah limau dan pisang kaki. Kalau ikutkan hati macam-macam nak beli tapi kesian pula kat Tukang yang membawanya pula. Itu sahajalah yang kami belanja di Shiogama beli dua jenis buah selain dari tiket perjalanan.
 Cuma menyesal pula tak beli buah labu manis Jepun ni. Sebab kalau beli labu sebiji macam ni belum dikerat tahan lama jugalah nak dibawa balik ke tanahair. Dekat Jepun ini, kekadang selain dari tulis harga, ada gerai yang rajin juga tulis maklumat asal hasil tanaman ini diperolehi. Kalau hujung tahun lalu pergi Tamu Tuaran saiz labu macam gambar di bawah ini kerat 4 harganya sekerat dalam RM2. Lebih kurang sahajalah dibeli jika tukar harganya dalam RM10 sebiji di gerai Jepun ini. Kalau dibeli di AEON supermarket, kena import lebih mahal harganya. Labu manis ini stim atau dipanggang dalam ketuhar makan begitu pun dah manis.
 Ada juga anjing baka kecil macam chiwawa Tukang Kebun tengok pemilik gerai bela. Pemilik gerai ini kupas buah epal berikan makan kepada anjingnya. Kalau anak anjing baka campuran husky milik adik lelaki Tukang Kebun pula pandai makan pisang masak. Anjing kampung milik arwah nenek Tukang Kebun dulu pagi-pagi makan hirisan ubi kayu rebus. Anjing dan kucing belaan pun sekarang kena berhati-hati pemakanannya, kalau diet makanan segera yang jantan bila makin tua mudah kena batu karang tu nanti kencing berdarah. 

Marine Gate Shiogama

$
0
0
 Destinasi terakhir kami di bandar kecil Shiogama pada hari kelima di Jepun ialah menaiki ferry di Marine Gate Shiogama untuk menikmati pemandangan Teluk Matsushima menghala ke arah bandar kecil Matsushima pula. Cuma jika anda naik keretapi turun di Hon-Shiogama Station arah jalan ke Kuil Shiogama dan Marine Gate Shiogama ialah berlawanan. Jadi ikut program masing-masing exit keluar dari Stesen Keretapi Hon-Shiogama ialah berbeza. Kalau nak ke Kuil Shiogama keluar entrance 'Jinja Sando'. Manakala Marine Gate Shiogama entrance arah berlawanan dari 'Jinja Sando'. Gambar di atas ialah arah entrance berlawanan dengan 'Jinja Sando' entrance (related posting klik sini). Di sini juga pintu keluar kalau nak ke AEON Shopping Mall Shiogama. 
 Jarak perjalanan kalau nak bandingkan dari Hon-Shiogama station ke Kuil Shiogama dengan Hon-Shiogama station ke Marine Gate Shiogama, lebih dekat ke Marine Gate Shiogama. Bila nampak Aeon Mall di sebelahnya ada jejantas tinggi. Boleh ikut jejantas tinggi akan bersambung terus ke Marine Gate Shiogama. Pada tsunami 2011 lalu, ramai yang dapat menyelamatkan diri dengan berada di atas tempat letak kereta bangunan AEON ini. Walaupun air ombak tsunami yang datang tenggelamkan dua tingkat bangunan AEON TOWN ini. Mereka yang berada di atas bangunan AEON ini mesti hati nya berdebar-debar menyaksikan banyak benda hanyut di keliling bangunan ini dan adakah mereka selamat berada di atas bangunan ini.
 Mengambil iktibar dari kejadian Tsunami yang melanda pada tahun 2011 lalu, mereka telah membina jejantas tinggi ini supaya mereka yang berada berdekatan dengan air laut boleh melarikan diri mereka untuk mengurangkan mangsa tsunami pada masa hadapan. Jejantas ini menghubungi bangunan Marine Gate Shiogama dengan AEON town. Jika lari di atas tanah atau jalanraya ombak tsunami cepat melimpah sekelip mata hanyut. Sekurang-kurangnya jejantas ini dapat membantu memberikan masa untuk berlari ke tempat bangunan awam paling dekat iaitu samaada Marine Gate Shiogama atau AEON mall.
 Mereka yang melarikan diri ke tingkat 3 bangunan Marine Gate Shiogama dulu selamat seperti gambar video di bawah. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah membuat jejantas tinggi sebelah laut. Jika diperhatikan dalam video di bawah dulu tiada jejantas. Hanya ada tangga nak naik sahaja masuk bangunan.  Air dari ombak tsunami yang datang pun sekelip mata sahaja naik.

 Setiap tahun pada hari Isnin ketiga bulan Julai ada festival tahunan besar di bandar Shiogama bersamaan dengan cuti am Hari Marin. Dua bot di bawah ini akan memainkan peranan yang besar dan diapit dengan bilangan bot yang banyak. Bot yang berkepala Phoenix dipanggil Hououmaru dan yang berkepala Naga dipanggil Ryuuhoumaru. Kisah lanjut mengenai festival bot parade ini boleh dibaca dari perkongsian blogger Nusantara pemilik JERFAREZA (klik sini). Nasib tak hanyut bot ni sampai Tanah Besar Amerika masa Tsunami datang. Masih ada di pelabuhan Shiogama untuk pelawat Shiogama nampak.
 Video di bawah ini ialah di mana boleh kelihatan ramai berada di atas bangunan AEON mall yang diambil dari bangunan tinggi berdekatan. Boleh juga dilihat landasan keretapi. Juga dari jauh kelihatan bagaimana ombak tsunami melimpah masuk dari tebing tinggi dengan dua bot iconic Shiogama ini terapung-apung.


 It felt surreal watching the reality from the video above and looking at how the community managed to revive as best as they can after six years walking along streets where tsunami had caused destruction. Masih lagi kita boleh perhatikan projek-projek di sepanjang tepi laut di bandar Shiogama ini untuk meningkatkan keselamatan penduduknya. Tebing-tebing yang dibina sepanjang perairan sedang dibina lebih tinggi dari sebelum tsunami 2011.
 Gambar di bawah adalah bangunan Marine Gate Shiogama yang telah menjadi saksi kedatangan ombak Tsunami 2011. Di dalam bangunan ini juga ada tempat nak makan sambil tunggu ferry jika ada masa.
 Tempat beli tiket ferry adalah di groundfloor. Kami naik ferry Asuka yang bertolak pukul 2:00 petang. Sementara tunggu waktu naik ferry kami makan bekalan yang dibawa. Teluk yang di Shiogama ini juga adalah sebahagian dengan Teluk Matsushima. Teluk Matsushima dikatakan adalah termasuk 3 TOP Teluk Tercantik dalam Jepun. Teluk Matsushima ini terdapat beratusan pulau-pulau yang amat kecil. Sebenarnya bilangan pulau-pulau kecil ini lebih banyak sebelah kawasan yang di Shiogama berbanding dengan dekat kawasan Matsushima dalam Teluk Matsushima. 
 Kebiasaannya pelancong yang melawat Teluk Matsushima jika nak menikmati pemandangan kawasan Teluk Matsushima akan naik ferry hampir sejam dengan ada pelbagai course. Ada yang naik dari Teluk Matsuhima dan turun semula di Teluk Matsushima. Ada yang naik dari Shiogama ke Teluk Matsushima atau dari Teluk Matsushima ke Shiogama. Kami susun program sebelah pagi lawat Shiogama dahulu kemudian naik feri lawat Matsushima pula sebelah petang.
  Harga tiket feri dari Shiogama ke Matsushima adalah untuk dewasa 1500Japanese Yen dan untuk elementary students 750Japanese Yen. Kalau naik keretapi dari Hon-Shiogama ke Matsushima Kaigan sebenarnya lebih murah. Memandangkan tak pasti bila ada rezeki lagi nak melancong ke Teluk Matsushima ini kami naik ferry. Balik ke Sendai semula dari Matsushima Kaigan nanti dengan keretapi.
 Tetapi if you are really in a tight budget, boleh juga menikmati pemandangan Teluk Matsushima dari laman luar Kuil Shiwahiko (related posting klik sini). Dari sini boleh sudah kelihatan pulau-pulau kecil yang bertaburan dalam Matsushima Bay. Photospot untuk selfie sambil background pemandangan Matsushima Bay.Marine Gate Shiogama tempat naik ferry juga boleh kelihatan dari sini dalam gambar di bawah. Cuma macam ada asap-asap keluar dari beberapa bangunan bawah kawasan rendah ni mengganggu fokus gambar.
 Sebenarnya salah satu tempat yang ingin Tukang Kebun lawati di Shiogama ini ialah Shiogama Seafood Wholesale Market di gambar bawah ini. Ingat nak pergi awal-awal pagi lah konon tetapi semua tak terbangun awal masih kepenatan dengan penangan salji pertama Tohoku turun akhir tahun (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah hari kami lawat kawasan Teluk Matsushima ini cuaca baik mudah pergerakan sebab banyak aktiviti berjalan kaki. Cuma kalau naik keretapi ke Shiogama Seafood Wholesale Market ini kena turun stesen keretapi Higashi-Shiogama berlainan stesen dengan nak ke Shiogama Shrine dan Marine Gate Shiogama. Bila fikir jarak jalan kakinya kalau dari Kuil Shiogama pula dengan kanak-kanak riang ini ambil sejam kut. Bas pun tak banyak bila tanya penduduk-penduduk tempatan macam sejam sekali ada. Memandangkan masa kami sampai ke Shiogama pun dah dalam pukul sepuluh rasa tak sempat kalau kami masukkan aktiviti ke Shiogama Seafood Wholesale Market ini sebab masa opening hours pun sampai tengahari dan dibuka awal pagi lagi. Tukang Kebun kalau pergi seafood market sejam pun tak puas kan. Terpaksa drop lawatan ke market sebab fikir masa dan transportation yang diambil. Kalau berjalan without the kids sempat, with the kids mungkin kami tak sempat pula nak ronda di Matsushima pula nanti.
 Sebenarnya pelabuhan Shiogama ini adalah tempat dimana banyak ikan Tuna segar dibawa masuk berbanding dengan Tsukiji market di Tokyo. Shiogama ini juga sebenarnya kedai sushi paling banyak di Jepun dalam kepadatan satu kilometer persegi. Sedih tak sempat nak makan sushi di Shiogama sebenarnya. Antara satu sebab kami memilih melawat Shiogama. Memang rasa tak puas lawat Shiogama, jika ada rezeki memang teringin nak pergi lagi. Setengah hari je dapat jalan-jalan ke Shiogama memang tak puas. Tak kesampaian lagi hasrat nak makan sushi Shiogama. Di Shiogama kami tak sempat jalan-jalan cari makan. Sempat tapau buah-buahan je.

Program Half-Day lawat Shiogama (5th Day):

Hon-Shiogama Station (Click Here)
Jalan Belakang ke Kuil Shiogama (Klik Sini)
Shiogama Shrine (Click Here)
Shiwahiko Shrine (Click Here)
Shiogama-Kaido Street and Okama Shrine (Click Here)
Marine Gate Shiogama (This Posting)
Yang mata rambang, susah nak buat pilihan pelbagai jenis bunga seri pagi baka Jepun, ada Original Packaging Japan yang kandungannya untuk jenis Seri Pagi Jepun campur-campur (mix) terkandung lebih 10 biji benih 1pek RM18.00 .

Teluk Matsushima Cruise

$
0
0
  Syukur Alhamdulillah kali ini membawa anak-anak ambil pengalaman bercuti di Jepun dapat merasa pelbagai kenderaan awam di Jepun ini. Naik keretapi hampir setiap hari, ada juga naik bas dan berjalan kaki pun memang berkilo-kilo meter setiap hari. Teringat iklan ball pen kilometrico masa zaman sekolah dulu. Hari kelima bercuti di Jepun 2017, berkesempatan juga naik feri untuk menikmati pemandangan Teluk Matsushima yang terkenal di Jepun sebagai antara Top3 Teluk Tercantik di Jepun. Feri bertolak dari Marine Gate Shiogama pada pukul 2petang ke arah bandar kecil Matsushima pula.
 Bangunan baru untuk Wholesale Seafood Market Shiogama kelihatan apabila menyusur keluar dari sungai ke kawasan Teluk. Bangunan asalnya sudah mengalami kerosakan teruk akibat bencana Tsunami 2011. Bangunan baru ini mengikut trend zaman yang lebih moden dengan banyak-banyak solar panel untuk ikuti konsep renewable energy dan environmentally green friendly technology. Di sinilah tempat banyak ikan-ikan tuna yang ditangkap dibawa masuk untuk dilelong dan diedarkan ke pelbagai tempat. Dah pukul 2 lebih sudah tutup. Jika sebelum Subuh pasti banyak bot-bot nelayan di tepinya.
 Teluk Matsushima ini juga terkenal dengan hasil ternakan tiram. Kawasan yang berdekatan dengan daratan kelihatan banyak kayu-kayu pancang tempat di mana Tiram diternak.
 Walaupun hari kami membuat lawatan di Teluk Matsushima adalah pada hari bekerja dan bukan cuti am, masih kelihatan banyak-banyak ferry pelancong lain di sekitar Teluk Matsushima untuk menikmati keindahan di Teluk Matsushima.
 Teluk Matsusima ini di persekitarannya terdapat lebih dari 200 pulau-pulau kecil. Bentuknya yang pelbagai kesan dari hakisan semulajadi. Ada yang kecil sahaja pulaunya dengan beberapa pokok pine tumbuh di atasnya.
 Jika di Teluk Matsushima sebenarnya bilangan pulau-pulau adalah lebih banyak berdekatan dengan bandar kecil Shiogama berbanding dengan bandar kecil Matsushima. Antara tarikan untuk membuat cruise bermula dari Shiogama ke arah Matsushima atau vice versa.
 Teringat pula lukisan zaman-zaman sekolah dulu. Depan lukis laut, pastu ada rumah kayu dengan pokok kelapa. Kemudian background lukisan tu gunung ada awan dan burung-burung berterbangan. Bila tengok Shiogama dari arah laut, ada air laut di depan, pulau-pulau dekat laut. Kemudian penempatan rumah padat di kaki banjaran gunung dan ada awan. Burung-burung besar warna hitam ada juga yang kadangkala bukan berterbangan di awan tetapi bertenggek atas pulau-pulau yang saiz sangat kecil macam batu sahaja.
 Cuma di tepi kawasan dekat persisiran pantai Shiogama ini terdapat banyak pancang-pancang kayu untuk perternakan tiram. Walaupun ada beberapa kilang perindustrian di tepi kawasan laut nampaknya ianya tak menjejaskan kualiti air dan perternakan tiram. Ini kita boleh nampak jelas bagaimana industri perkilangan mereka punya waste management sangat baik ikut peraturan.
 Dah puas berjalan sebelah pagi anak-anak explore tempat-tempat menarik di Shiogama bila duduk dalam Feri sambil menikmati pemandangan dah mula rasa mengantuk dengan cuaca suhu bilik yang tak sejuk macam di luar. Di dalam feri ada diberikan penjelasan dalam Bahagia Inggeris dan Jepun bila lalu mana-mana pulau-pulau kecil yang terkenal di dalam Teluk Matsushima.
 Apabila menghampiri bandar kecil Matsushima nampak ketara perubahan pemandangan dari laut jika dibandingkan dengan bandar kecil Shiogama. Bandar kecil Matsushima penempatan tidak nampak padat kerana ianya lebih kepada pelancongan sekarang. Manakala bandar kecil Shiogama lebih ke arah kawasan penempatan dan perusahaan. Arah objektif pembangunan kedua-dua bandar ini berbeza,.
 Di bandar kecil Matsushima ini banyak tempat berehat atau penginapan. Ada juga tempat penginapan yang ada hot spring juga sambil berendam boleh menikmati pemandangan Teluk Matsushima. Mula-mula ingat nak cari juga tempat penginapan di Matsushima yang ada hot spring tetapi harganya agak mahal berbanding dengan kawasan Nikko. Antara sebab kami menginap di Kinugawa Onsen di Nikko (related posting Klik Sini) untuk ada jugalah pengalaman anak-anak merasa mandi hot spring. Bila rancang perjalanan, macam di kawasan dalam Nikko lebih jimat untuk tempat penginapan dengan hot spring juga ada sarapan dan makan malam.
 Apabila hampir sampai ke bandar kecil Matsushiima boleh kelihatan di sebelah kiri ada tourist spot iaitu rumah teh 'kanrantei'. Sambil minum teh hijau Jepun menikmati pemandangan Teluk Matsushima dari rumah ini. Zaman-zaman dahulu para bangsawan menggunakan bangunan ini untuk menikmati pemandangan Teluk Matsushima. Kanrantei juga membawa maksud 'Pavilion for contemplating the waves'.
 Sebelah kanan pula dari jeti apabila sampai kelihatan ada jambatan merah panjang yang menghubungkan Pulau Fukuura dengan daratan.
 Apabila sampai di Jeti Teluk Matsushima di bandar kecil Matsushima dalam pukul 3 petang kami berjalan ke kawasan sebelah kanan dulu. Berbeza dengan bandar kecil Shiogama di sini ramai pelancong datang menikmati kawasan Teluk Matsushima ini.

Bila browse gambar seri pagi Jepun, rupanya ada dulu Tukang Kebun tanam seri pagi Jepun nama 'Matsushima' (klik here). 

 Sekarang ini dah masa sesuai untuk tanam pokok seri pagi Jepun ya. Yang berminat ada juga stok bunga seri Pagi Jepun yang jenis Merry-Go-Round Fuji  (klik sini) di mana ada garisan-garisan putih antara kelopaknya ( 1 pek original from Japan RM18.00).

Have a lovely weekend.

Pasar Ikan Tuaran Januari 2018

$
0
0
 Hujung minggu ini tidak dapat self-collect sebab Tukang Kebun dan suami tersayang berada di Kota Kinabalu ya. Syukur Alhamdulillah Big Bos dan Tuan Tanah serta adik-adik perempuan ada di Kebun sedang berada di sebelah Sungai Buloh jadi ada lah bagi makanan dekat binatang-binatang belaan di sana. Terlalu muak betul asyik makan ayam je minggu ni. Maka dengan tak sabarnya tak perlu tunggu Tamu Tuaran di hujung minggu, kami sudah mula pajak seafood pada pagi Sabtu semalam. Jualan seafood memang setiap pagi ada sahaja di pekan Tuaran yang boleh didapati dalam kawasan Pasar Ikan Tuaran berdekatan dengan jambatan gantung
 Bagi mereka yang peminat tegar seafood jika melawat Sabah rasa tak berkesempatan nak lawat Tamu Tuaran pada hujung minggu jangan risau boleh lawat awal pagi-pagi hari lain juga. Sentiasa ada sahaja yang menjual pada awal pagi di Pasar Ikan Tuaran ini. Bolehlah ambil gambar kenangan di jambatan gantung versi Sabah juga. Harga memang murah-murah belaka ya. Kami kadang-kadang kasi frozen dan bawa balik Semenanjung. Dekat Pasar Ikan Tuaran ini biasanya tak putus-putus jualan bekalan ikan tongkol. Tapi Tukang Kebun tak pandai masak ikan tongkol jadi tak pernah beli. Kalau ada yang nak share cara nak masak paling best ikan tongkol ini, kongsikanlah dengan kami.
 Berbaris-baris ikan tongkol kat Pasar Ikan Tuaran bukan pemandangan yang janggal. Jika kat Semenanjung payah kan nak jumpa barisan ikan tongkol seperti ini. Salah satu ikan yang juga kerap dijual di Tuaran ialah jenis ikan trevally ni. Lupa pula dalam Bahasa Kebangsaan, ikan Trevally ni panggil apa (anyone help?). Masa merantau di Australia Selatan, ikan Trevally ini menjadi cabaran suami tersayang nak tangkap.
 Terkejut kami sekeluarga tengok dua sotong besar ni terpampang atas meja. Tanya panggil apa jenis sotong ini. Sotong katak kata penjualnya. Berapa kilogram agaknya seekor sotong ni? Nampak gaya berat dari sebiji durian musang king ini. Sekarang musim durian, banyak menjual durian pelbagai jenis di pekan Tuaran. Sempat jugalah kami beli durian kampung, durian sukau dan durian tembaga susu.
 Sempat juga kami borang seekor ikan tenggiri juga tadi dengan harga sekilogram RM25. Bila timbang jumlah RM40 setelah diskaun sikit. Biasa kalau musim tenggiri boleh dapat tu sekilogram RM18. Habis kami borong semua ikan tenggiri yang ada masa kami datang. Ada juga seorang peniaga punya tempat lagi yang ikan tenggiri tinggal setengah badan campur kepala. 

 Syukur Alhamdulillah di tempat biasa ada jual ikan tuna, ada rezeki ikan tuna hari ini. Ikan tuna pun sedap juga anak-anak suka makan, sebab kalau kat Jepun ikan tuna ni ibarat 'sea chicken'. Boleh bergilir-gilir makan ikan tenggiri dan ikan tuna, jadi anak-anak tak muak sebab rasanya pun ada perbezaan. Ikan tuna semalam harga dijual di Tamu Tuaran ialah RM14 lebih murah dari ikan tenggiri. Kami beli 2 kilogram. Beli ikan tenggiri dan ikan tuna sahaja sudah RM100. Tetapi berbaloi bila diasing-asingkan ikut sekali masak untuk puas sekeluarga makan boleh lebih enam kali makan. Sekeping ikan tenggiri goreng pun dah berapa kalau ambil di kedai mamak kan.
 Lama mengidam nak makan udang geragau akhirnya ada juga semalam. Musim udang geragau sekarang. Bulan lepas tak de udang geragau masa kami ke Tamu Tuaran. Sarapan pagi ini memang merancang buat cucur udang geragau (related posting klik sini). Harganya murah sahaja sepiring RM2.00. Kalau beli 3 piring boleh minta RM5.00 . Ikan parang juga musim sekarang, harganya pun murah sahaja.
 Segar-segar hasil lautnya pada pagi Sabtu tak perlu letak atas ais pun kasi sejuk tahan lama.
Walaupun bukan hari tamu rasmi di Tuaran, pada pagi Sabtu ini tetapi ada sudah petani-petani yang turun dan jual hasil-hasil mereka (related posting klik sini).
 Tukang Kebun perasan harga buah kelapa tua dan buah kelapa muda meningkat pada tahun 2018 ini. Harga sebiji buah kelapa tua di Tuaran pun boleh cecah harga RM3.00 sebiji sekarang. Harga buah kelapa muda tahun lepas kalau minum di gerai Masjid Bandaraya harga RM3.00 sahaja. Tahun 2018 ini kalau beli buah kelapa muda di gerai dekat Masjid Bandaraya harga RM4.00 dan begitu juga di sekitar Kota Kinabalu. Sabut pokok kelapa juga dijual dalam plastik di bawah dengan harga RM3.00 .

 Minggu ini tiada self-collect, InsyaAllah hujung minggu depan ada self-collect ya pada 27/28hb Januari 2018 Sabtu/Ahad pagi antara waktu 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please confirm before the self-collection).

Antara goodies yang available untuk self-collect minggu depan:

~ 1 sisir pisang organik berangan RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
~ 6 biji buah kelapa tua RM10.00 ~
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 ~
~ 3 biji buah pinang tua RM2.00 ~
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~
~ 5 biji buah nam nam RM2.00 ~

 Juga yang InsyaAllah mungkin ada minggu depan available untuk mereka yang ingin nak berubat atau tanam halia bara/halia merah/halia udang.

~ 1 set rizom halia bara RM7.00 (limited stok boleh pos)~

Info manafaat halia bara/halia merah/halia udang (Klik Sini).

 Pokok halia bara juga boleh ditanam dalam pasu juga. Biasanya Tukang Kebun top up dengan tanah bakar di atas supaya tanah untuk pertumbuhan awal halia bara tidak keras.

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 (Self-Collect only) ~

Kuil Godaido

$
0
0
 Selepas tiba di jeti pelancongan bandar kecil Matsushima, destinasi pertama yang kami lawati ialah Kuil Godaido. Turun dari feri Asuka, Kuil Godaido sebenarnya boleh dilihat samar-samar dari jeti sebelah kiri. Memandangkan pokok-pokok keliling Kuil Godaido dah membesar lama tak kena pruning nampak samar-samar atapnya di gambar pertama atas ini.
 Jika yang mengejar masa dan nak budget entrance free salah satunya destinasi yang sesuai di Teluk Matsushima adalah ke pulau Kuil Godaido ini. Dari jeti ke Kuil Godaido ini ambil masa dalam 5 minit berjalan kaki di mana anda perlu lalu dua buah jambatan kayu berwarna merah. Dari Stesen keretapi Matsushima Kaigan juga tak berapa jauh dalam 10 minit jalan kaki. Sebelum ke perkarangan Kuil Godaido ada juga kuil kecil ini yang boleh Abby cuba kasi bunyi loceng macam orang Jepun. Selalunya tinggi-tinggi talinya yang sini Abby bolehlah capai.
 Walaupun berdekatan dengan persisiran pantai, Kuil Godaido ini terletak di atas sebuah pulau kecil yang dinamakan juga Pulau Godaido. Jambatan yang menghubungi persisiran pantai dengan Pulau Godaido dinamakan Jambatan Sukashi-Bashi. Atau juga dikenali matchmaking bridge. Atas jambatan ini ada dua pelantar kayu sebelah menyebelah yang takde lopong-lopong, jadi bila gadis seram jalan atas jambatan ini akan berpegang tangan dengan si teruna sebelah untuk menyeberang sungai ini.  Sumandak kita ni dah tak takut kalau jambatan begini sebab dah biasa dengan jambatan gantung. Kenapa ada kayu-kayu dijarakkan untuk nampak air laut di bawah ialah bila paderi atau pelawat lalu atas jambatan ini beliau boleh fokus dengan meninggalkan pemikiran yang tidak baik atau lupa perkara duniawi sebentar.
 Bangunan kuil ini sudah lebih 500 tahun usianya dibina semula oleh pemerintah kawasan ini pada zaman Edo di mana asalnya sudah ada sejak tahun 807.
 Depan Kuil Godaido ini adalah antara spot terbaik untuk menikmati pemandangan Teluk Matsushima. Kuil Godaido juga telah menjadi satu simbol pemandangan di Teluk Matsushima ini.
 Kelihatan banyak feri-feri pelancong di dalam kawasan Teluk Matsushima ini.
 Boleh allocate masa dalam setengah jam sahaja untuk lawatan ke Kuil Godaido bila berkesempatan ke Teluk Matsushima ini.
 Minggu ini kami mula buat tawaran istimewa untuk gardeners yang ingin menambahkan koleksi jenis pokok-pokok bunga orkid di kebun mereka. Khas untuk kawasan di Semenanjung Malaysia gunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Kami sendiri akan random buat pilihan 3 jenis orkid yang berbeza.

1 kotak prepaid small size pos laju (RM14) dan 3 jenis orkid yang berbeza jenis (RM11), jadi total RM25.

 Jika ada yang nak selitkan pesanan biji benih dalam kotak juga boleh. Jika ada yang berminat nak tambah selit satu anak pokok bunga atau herba juga InsyaAllah boleh sekiranya ada saiz stok yang boleh diselitkan dalam kotak bersaiz kecil. Jika pokok buah-buahan tricky sikit juga bergantung kepada saiz stok yang ada. Jika pesanan dalam bentuk keratan juga mungkin dapat diusahakan dan selit dalam kotak yang sama.

 Tawaran ini adalah hingga 7hb Februari sahaja. Manakala promosi ini akan dipos selepas 8hb Februari 2018.
 Pesanan minggu lepas kami akan pos InsyaAllah hari Rabu ini ya sebab esok baru kembali di Semenanjung Malaysia. Mohon Maaf ya.

Bunga dan Buah Daun Kaduk

$
0
0
 Tahun 2017 yang banyak taburan hujan di Kota Kinabalu membuatkan pokok kaduk amat bahagia sekali meriah tumbuh tinggi menjalar tak nak kalah dengan jirannya pokok puding belacan (related posting klik sini). Malah sekarang sedang meriah pokok daun kaduk berbunga dan ada yang menjadi-jadi menghasilkan buah kaduk yang berbentuk macam buah mulberry. Pokok daun kaduk mempunyai pelbagai khasiat dan antara ulam-ulaman yang terkenal di negara kita.

Khasiat pokok daun kaduk dan ubat semulajadi yang diberikan kepada manusia boleh juga baca mini review pokok kaduk di artikel link ini (klik sini).

 Ulam-ulaman atau daun herba segar yang boleh self-collect hujung minggu ini di Kebun Bahagia Bersama ialah seperti berikut (1 set ikat RM1.00):

~ Daun Pecah Beling/Pecah Kaca
~ Daun Pucuk Mata Pelandok
~ Daun Kadok
~ Daun Puding Belacan
~ Daun Nyirik (kelupis)
~ Daun Pucuk Muda Assam Gelugor
~ Daun pucuk muda Katak Puru/Nam Nam
~ Daun pucuk muda mulberry
~ Daun pucuk muda ubi kayu pulut
~ Daun Salam
~ Daun Pandan Wangi
~ Daun Pandan Serani/Suji
~ Daun Serai Acheh
~ Daun Sireh


Jangan pula anda terkeliru ya, buah kaduk ni mirip juga dengan buah mulberry. Jadi boleh juga kita panggil buah berry kaduk hehehe.... Tukang Kebun pun dua kali toleh tengok buahnya kalau sekali imbas boleh tersilap. Memandangkan pokok kaduk di Kingfisher ini tumbuh berdekatan dengan pokok mulberry menjalar naik tinggi dekat dengan batang pokok mulberry. Seperti pokok mulberry yang bunganya berwarna putih, begitu jugalah mirip rupa gugusan bunga pokok kaduk berwarna putih juga. Apabila ianya membentuk menjadi buah kaduk berwarna kehitaman.
 Ada sumber mengatakan buah kaduk ini rasanya manis. Tukang Kebun pun belum sempat rasa. Biasa tengok bunganya berwarna putih tapi jarang sekali nampak buah yang dah besar masak di Kebun sebelah Sungai Buloh. Mungkin rasanya manis membuatkan binatang ternakan rembat dahulu memandangkan pokok ini renek menjalar di tanah. Pokok kaduk memang tumbuh bahagia menjalar di kawasan redup di Sungai Buloh. Jika anda ada tempat redup yang kosong sesuai tanam dengan pokok kaduk yang juga nampak sebagai pokok hiasan tetapi daunnya boleh dimakan serta ada peranan sebagai pokok herba. Walaupun ada ketika dimakan banyak dengan ternakan tapi bila musim hujan cepat rimbun semula. Buah berry kaduk dikatakan ada unsur anti-tubercolosis.
 Seperti pokok buah-buahan, pokok daun kaduk ini juga ikut tempat ianya ditanam ada musim bunga dan buahnya tersendiri. Sebagai rekod musim bunga pokok kaduk di Kingfisher Sabah ini seperti bulan Disember dan Januari. Begitu jua musim buahnya pada bulan Januari kelihatan.
 Pokok daun kaduk kadangkala mudah disilapkan dengan daun sireh. Sebagai contoh gambar di atas adalah yang berwarna hijau gelap adalah pokok daun kaduk. Manakala yang depan berwarna hijau kekuningan adalah daun sireh kuning yang warna batang pokoknya agak berlainan menampakkan contrast warna. Bentuk daun sireh dan daun kaduk ada perbezaan sedikit. Seperti Daun Sireh, Daun Kaduk juga dikatakan salah satu rawatan untuk menghilangkan masalah keputihan wanita. Ada lagi tanaman kalau Tukang Kebun punya testimoni yang juga dapat menghilangkan masalah keputihan wanita ialah daun ginseng jawa (Info Click Here) dan bawang berlian (Info Click Here).

 Wahai wanita di tanah bumi Malaysia ini beruntung kita sudah ada 4 rawatan secara semulajadi yang kita boleh atasi masalah keputihan iaitu :

Daun Kaduk
Daun Sireh
Daun Ginseng Jawa
Bawang Berlian (not suitable for pregnant lady)

Elok juga ambil nasihat dari yang pakar dan buat background research dahulu.

Syukur Alhamdulillah ke semua pokok-pokok yang dinyatakan di atas boleh juga ditanam dalam pasu bagi mereka yang mempunyai ruang terhad seperti balcony gardeners.

~ 7 keratan daun sireh kuning RM5.00 (boleh dipos)~
~ 7 moist bare-rooted pokok daun kaduk RM5.00 (boleh dipos) ~

Persisiran Pantai Pulau Mabul Penuh Sampah

$
0
0
 Akhirnya dapat buat entry terakhir untuk trip ke Semporna minggu raya Aildilfitri tahun lepas. Dah lebih setengah tahun terperap. Antara sebab yang ni kisahnya tak seronok sikit dengan pencemaran yang ketara tapi perlu kita ambil perhatian dengan apa yang terjadi dengan khazanah semulajadi negara kita. Dari Semporna (related posting klik sini) mengambil masa dalam sejam lebih dengan menaiki bot ke Pulau Mabul. Kami sampai di Pulau Mabul, air laut sedang pasang. Kelihatan dari jauh, dekat dengan perkampungan masih ada projek baru membina rumah tumpangan atas air yang berwarna orange menunjukkan masih makin ramai pelancong melawat Pulau Mabul setiap masa. Manakala masa air surut, Tukang Kebun perhatikan ramai nelayan terutamanya golongan perempuan mencari hasil laut berdekatan dengan projek pembinaan resort tema orange tu.
 Tempat penginapan semalam kami di Pulau Mabul memang dekat dengan kawasan kampung, banyak rumah-rumah nelayan terapung di sini. Pada waktu malam cantik banyak bintang-bintang berkelipan di atas kepala sambil kami beriadah main UNO di luar sekeluarga. Bukan sahaja kami pelancong yang menikmati pandangan bintang-bintang, tetapi anak-anak di Pulau Mabul ini juga kelihatan bersantai di luar sambil menikmati pandangan bintang-bintang yang penuh di atas kepala kita ni.
 Tukang Kebun ulang semula ya masa kami sampai di Pulau Mabul dah nak dekat tengahari dan air sedang pasang. Jadi kami sampai terus bot dekat je kat tempat penginapan jadi tak perlu redah air. Kami sampai dipesan makan tengahari dahulu. Kemudian dalam pukul 1 lebih keluar semula untuk aktiviti snorkeling di Pulau Kapalai. Kebetulan masa kami keluar aktiviti snorkeling yang terlibat adalah pelancong dari negara China dan Australia. Kumpulan kami sahaja pelancong tempatan.
 Kembali dari aktiviti snorkeling di Pulau Kapalai, air dah sangat surut boleh kelihatan jelas rumpai-rumpai laut dan beberapa Tapak Sulaiman. Pada waktu ini juga kelihatan ramai nelayan-nelayan di sekitar tempat surut sedang mencari rezeki mengambil kesempatan air laut sedang surut. Masa kami tiba pun ada sudah nelayan tunggu di tepi pantai sekiranya ada pelancong ingin membeli ketam atau udang lipan. Saiz ketam dan udang lipan yang dijual di sini adalah amat besar jika dibandingkan di tamu sekitar berdekatan Kota Kinabalu. Tapi harga boleh tahan jugalah berlipat ganda. Sebenarnya bukan harganya yang membuat Tukang Kebun terbantut dan membeli hasil laut sekitar Pulau Mabul ini. Tetapi habitat persekitarannya buat Tukang Kebun tak selera nak makan.
 Bila air laut sudah surut, ini adalah pemandangan terkejut dan sedih terpampang di mata kami apabila kembali di Pulau Mabul. Penuh sampah di persisiran pantai Pulau Mabul. Tetapi orang tempatan sedang mencari-cari rezeki di pantai dalam keadaan begini. This is the price we pay for rapid development for tourism and manufacturing goods for our convenience. Ini adalah pengalaman pertama Tukang Kebun kena redah sampah sarap penuh di pantai. Amat menghampakan apabila berpuluh tahun tunggu ada rezeki kesihatan, masa dan kewangan baru dapat lawat wishlist island to visit. Hancur image Pulau Mabul. Malu kita dengan pelancong-pelancong luar negara. 
 Kita didik anak-anak kita untuk menjaga kebersihan kan. Abby simply refuse to walk on her own kenalah papa Abby dukung mengharung sampah sarah dah macam kawasan pengumpulan sampah dah. Of course as a mother I worry if the kids step on sharp things. Tengoklah pelbagai sampah sarap tutup pantai pasir yang cantik di Pulau Mabul ni. Ini sebab utama Tukang Kebun tak sanggup nak beli ketam di Pulau Mabul ini. Because we are what we eat. Bukan tak ada rasa belas kasihan, nak membantu menambahkan pendapatan orang tempatan. Nasib baik pelancong negara China tu beli kesemua hasil laut nelayan tersebut lepas bargain. Tempat lodging ni boleh tolong rebuskan ketam tersebut. Bila dah selesai rebus tu, Tukang Kebun rasa baunya hanyir juga walaupun meja ada jarak dari group pelancong negara China tu. Berpandanganlah kami sekeluarga, nasib tak beli baunya tak selera. Sebab ketam tu masih hidup tau masa mereka jual dalam botol plastik dan terus rebus begitu sahaja. Fresh seafood. But berbau.
 Pakej yang kami dapat untuk trip di Semporna ni tempah di MATTA fair di PWTC lalu dengan harga dewasa dalam RM900 dan lepas negotiation kanak-kanak 3 orang kami ni kira harga bersamaan seorang dewasa sahaja untuk 3 hari 2 malam. Tempat masa tu tak confirm lagi tidur di mana sebab ikut kekosongan dan tarikh yang kami pilih. Kami ditempatkan di SDC Mabul (Sipadan Dive Centre Mabul). Tempat tinggal tu we don't really mind much sebab budget price. I don't think the accomodation is to blame. Cuma hopeless je dengan keadaan persekitaran Pulau Mabul jadi sampai tahap begini. Salah Tukang kebun juga tak check betul-betul keadaan lodgings. Sebab bila google tempat lodging mana keluar gambar begini kan.

  Bekalan freshwater pun masalah juga di Pulau Mabul ni. Sebab mandi air paip terasa sangat masin lagi berbanding dengan pengalaman-pengalaman lepas menginap di pulau pelancongan.
  Bandar Semporna dan persekitarannya memang bermasalah dengan isu sampah sarap. Tukang Kebun siap tanya lagi dalam kelas kursus yang diajar, siapa sini dari Semporna. Belum lagi Tukang Kebun share gambar-gambar di Pulau Mabul ini, Students dari Semporna dah tahu apa masalah utama di tempat mereka. Ya masalah "pembuangan sampah sarap". Education is the most important thing to reduce this problem. Kita tak boleh salahkan mereka sebab berbeza dengan tahap pendidikan dan socioekonomi tempat kita membesar. Jabatan-jabatan yang terlibat perlu bagi informasi yang berkesan dan solution mudah untuk mereka elakkan pembuangan sampah sarah di laut ni. Tidak perlu kita asyik tunjuk tangan sini sana salah siapa, kerana penduduk-penduduk Pulau Mabul juga adalah mangsa masalah pencemaran ini dan habitat hidupan lain. Pencemaran sebegini impact kepada pendapatan rezeki mereka dan keadaan kehidupan sekeliling yang dapat membawa kesan tidak baik terhadap kesihatan mereka. Pelancong adalah sekadar penumpang sahaja untuk amati semulajadi di sini dan industri pelancongan ini tidak membawa banyak bantuan besar pun terhadap penduduk asal. It only benefits the tourist operators and pemilik lodgings yang rata-ratanya bukan penduduk tempatan. But dengan keadaan kotor sebegini one day akan effect juga the big stakeholders. Who wants to visit pulau yang sekotor begini? Everyone have to cooperate.
 Tengok kanak-kanak tempatan seusia sama anak sendiri rasa belas kasihan dengan nasib mereka dengan persekitaran sebegini. Ke sana sini mereka mendayung mencari kawan dan melawat kawan yang ada masa lapang. May Tukang Kebun suggest if you planning for a company trip this year, mungkin boleh buat company trip sambil bantu kemas sampah di persisiran pantai ini as 'Community Service'. I think this will later jadi highlight kepada masalah pencemaran air di Pulau Mabul ini. Please email us if you are organizing this event, jika ada rezeki mungkin boleh join sama.
 Memandangkan masa air laut surut tak indah untuk dipandang walaupun backgroundnya dah menarik sebenarnya, jadi kita tutuplah dengan tuala-tuala dahulu. Walapun persisiran pantainya banyak sampah sarap tetapi masih banyak cangkerang-cangkerang hidupan laut yang saiz besar boleh dikutip oleh anak-anak. Cuma tak dapat je lah main dengan air, tak selera tengok. Itulah hampa besar lawat Pulau Mabul ini. Sebab ingatkan at least anak-anak ni sambil parents dia berehat di balcony bolehlah mereka mandi-manda.
 Posisi tempat penginapan dah okay dah right in front of the sea. Cuma sampah sarap di persisiran pantai yang buatkan tak ngam la. Nasib masa air laut pasang dia cecah sampai kaki tempat rumah penginapan cover semula nampak indah balik mata while watching sunset. Walaupun at the back of your head, terbayang lagi di bawah air laut tu sebenarnya penuh sampah. 
 Tetapi kalau tempat penginapan kategori mewah di mana semalaman harga 4 digit, tak lah sampah sarap banyak. However, sama sahaja impak dia benda-benda bertoksik tu bergerak juga dengan aliran air walaupun tak nampak secara fizikal. Seperti tempat yang kami pergi snorkeling di sebelah petang kemudian. Adik-adik Tukang Kebun rajinlah sebelah petang berjalan-jalan explore di Pulau Mabul ini dapatlah tangkap gambar sunset.
 Gambar di bawah ini sebelah petang, air dah pasang tak nampaklah dah sampah-sarap yang bertimbun dalam air tu. Bila the next day masa kami selesai breakfast, ada pelancong tempatan baru sampai masa air pasang. Pelancong tempatan tu pun macam tak menyempat dengan anak-anaknya nak mandi air laut dah berendam mandi di dalam air laut depan resort tu. Kami sekeluarga dalam hati masing-masing terkejut kang mereka ni tengok pemandangan persisiran air pantai masa surut nanti.
 Kawasan pemandangan di sekitar Pulau Mabul amat indah sekali tetapi pencemaran dari hasil-hasil produk perusahaan menjadi masalah besar sekarang. Sebab hidup kita ni zaman sekarang apabila membeli barang banyak menggunakan packaging yang ambil masa lama untuk degrade atau reput. Sebab tu kalau di dapur je sehari boleh penuh tong sampah kan. Tapi sistem pembuangan sampah sarap membangun lebih lambat dari perusahaan membuat barangan. Banyak barangan kita develop untuk memudahkan kehidupan kita tapi bila sudah tidak dipakai bahagian-bahagiannya, mana kita nak buang semua ni dengan cara yang tak mencemarkan alam?
 Antara kesimpulan aktiviti-aktiviti 3 hari dua malam di kawasan Semporna:

Hari pertama: Jeti Semporna (Klik Sini)
Hari pertama: Pulau Mabul (Posting Ini)
Hari pertama: Pulau Kapalai (Klik Sini)
Hari Kedua : Pulau Tatagan (Klik Sini)
Hari Kedua: Pulau Bohey Dulang (Klik Sini)
Hari Kedua: Pulau Mantabuan (Klik Sini)
Hari Kedua: Pulau Sibuan (Klik Sini)

 Sesiapa yang berminat untuk dapatkan stok pokok-pokok pinang yang dah tinggi ada stok ya (Hujung minggu ini dan hujung minggu depan boleh self-collect).

Jika saiz yang untuk dipos juga ada ya.

Info pokok pinang boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pokok pinang RM10.00 ~

~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 ~

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 ~

Pulau Fukuura

$
0
0
 Pulau terakhir yang kami lawat pada tahun 2017 adalah Pulau Fuukura di Jepun. Selepas kami melawat Kuil Godaido di Pulau Godaido kami menuju ke Pulau Fuukura pula untuk menikmati alam semulajadi di sini.

 Syukur Alhamdulillah untuk tahun 2017, sekurang--kurangnya sebanyak 8 pulau telah dilawati:

26th June 2017 - Mabul Island (Click Here)
26th June 2017 - Kapalai Island (Click Here)
27th June 2017 - Tatagan Island (Click Here)
27th June 2017 - Bohey Dulang Island (Click Here)
27th June 2017 - Mantabuan Island (Click Here)
27th June 2017 - Sibuan Island (Click Here)
20th November 2017 - Godaido Island (Click Here)
20th November 2017 - Fukuura Island (This Posting)

 Walaupun belum ada perancangan untuk melawat mana-mana pulau pada tahun 2018, semoga ada rezeki juga bagi tahun ini.

 Pulau Fukuura boleh diseberangi dengan hanya menyeberangi menggunakan jambatan merah sepanjang 252 meter. Tidak jauh dari jeti pelancong Matsushima dalam 10 minit berjalan kaki. Bayaran untuk ke Pulau Fukuura ini untuk dewasa ialah 200 Japanese Yen dan kanak-kanak sekolah rendah ialah 100 Japanese Yen.

 Semasa kami explore Pulau Fukuura dah agak lewat petang, matahari dah mula nak terbenam dan suhu mula menyejuk. Kaki Abby pun dah makin berat petanda nak minta dukung. Dugaan betul mama Abby minggu ini, macam-macam kerenah Abby. Senyap-senyap Abby gunting rambut sendiri buat hairstyle sendiri agaknya pengaruh game Hair Saloon. Nak mengangis Mama Abby tengok rambut Abby. Tambahan pula geram dengan sikap papa Abby yang suka manjakan princess dia dengan mainan di smartphonenya. Bila dah terjadi macam ni baru papa Abby terhegeh nak pantau betul-betul. Kalau mama no more games on smartphone. Tab/ipad memang kami takde.


Jika nak explore Fukuura island ambil masa juga dalam sejam lebih nak pusing-pusing sekeliling pulau untuk mengamati keindahan panorama Teluk Matsushima ini yang berbeza-beza. Ada juga itik-itik berenang di Teluk ini.

 Di Pulau Fukuura ini macam natural botanical park, kalau nak ambil gambar tumbuh-tumbuhan yang bercirikan Jepun ada pelbagai angle yang menarik untuk diambil.
 Di Pulau Fukuura ini juga ada sebuah kuil berdekatan dengan tandas.
 Tandasnya pun bentuk pondok yang comel seperti gambar di bawah.
 Walaupun pada mulanya kaki Abby macam berat je nak berjalan, bila tiba di kawasan banyak tumbuh-tumbuhan dah mula mood exploring membuatkan mula ikut pace anak-anak.
 Macam-macam batu, ranting dan bunga berguguran di cari macam treasure hunting.
 Pokok winter rose atau camellia dah mula berputik dan berbunga di Pulau Fukuura yang bunganya lebih besar dari tapak tangan si Rayyan. Rayyan menghiburkan hati mama cari bunga yang berguguran.
 Pokok asal Jepun Camellia japonica ni boleh tumbuh besar juga macam pokok mangga ya. Pelancong domestik Jepun pun baru perasan yang dah mula berbunga pokok camellia di pulau ini bila terlihat anak-anak mengutip bunga yang berguguran di tanah.
 Bila di bawah macam jenis pokok ru pula anak-anak geram kutip acorn pula.
 Kawasan Matsushima ini juga adalah penghasil rumpai laut. Boleh kelihatan rumpai-rumpai laut di dalam air laut.
Sejam lebih jugalah kami teroka Pulau Fukuura ini bersama anak-anak.
 Ada juga pasangan baru berkahwin ambil gambar kenangan di jambatan yang menghubungi Pulau Fukuura.
 Lepas Ilhan semai tabur biji benih Pak Choi di tapak semaian mainan cactus neneknya ingatkan dah hilang benihnya sebab ada binatang buat hal kasi bertaburan pasu-pasu tersebut. Hilang mood seketika dibiarkan sahaja tak ambil peduli.
 Sekali terkejut tengok masa nak sidai baju rupanya ada juga benih pak choi yang terselamat dan dah besar dah sambil menumpang dengan pasu-pasu kecil yang digunakan untuk biak pelbagai jenis tumbuhan macam cactus. Kalau tiada tempat boleh je tabur benih-benih sayur hijau kat pasu pokok lain sebab sayur hijau ni cepat je besar dan tak perlu juga tunggu besar betul baru nak tuai. Yang saiz sederhana kecil lagi manis rasanya. Tanah yang nenek Ilhan guna pun dikorek je dari longkang.
~ 1 pek Pak Choi anggaran 100 biji benih RM1.00 ~

Matsushima Bay Seafood Dinner

$
0
0
 Selepas menjelajah Pulau Fukuura (related posting Click Here), cuaca sejuk pun dah mula rasa ke tulang dan senja. Memandangkan di Shiogama (related posting Click Here) kami tak kesempatan nak rasa hasil laut di Teluk Matsushima ni kerana mengejar masa. Kami jenguk-jenguklah restoran di Matsushima yang harga berpatutan sambil berjalan ke arah stesen keretapi Matsushima-Kaigan. Ada makcik di jenis kedai makanan syokudo menunggu di depan kedai ajak kami masuk ke kedainya, menarik kami promote akan berikan servis tambahan. Kaki pun masing-masing dah lenguh berjalan, perut kosong kami pun masuk ke kedai makan. Papa teringin cuba Tuna/Meguro-Don seperti gambar di atas. Tuna mentah sedap juga rasanya.
 Untuk Ilhan, Tukang Kebun cuba pesan set anago (jenis belut air masin) yang dipanggang dengan sos. Nampaknya tekak Ilhan terima, sambil semua kongsi-kongsi merasa. Tukang Kebun memang suka makan style  jenis belut air masin dan jenis belut air tawar Jepun punya masakan. Anak-anak semua diberikan servis percuma minuman air calpis. Biasanya kalau kedai makanan di Jepun, teh panas dan air biasa dikira servis percuma. Jika hari masih cerah, pemandangan di luar juga boleh nampak Teluk Matsushima sambil makan-makan di tingkat kedua kedai ini. 
 Rayyan dan Abby pula kongsi set makan udang goreng. Rayyan ni memang kegemarannya suka makan udang. Kalau masak satu tompok udang beli di tamu, Rayyan seorang boleh ratah semua. Kebiasaannya kalau order satu set tak habis. Sudah seharian berjalan dan main, selera betul makan. Maka kami minta tambahan satu nasi lagi (makcik tak kira katanya service free of charge masa membayar).
 Tukang Kebun pula tak mau la ke Teluk Matsushima ni tapi tak merasa tiram di sini. Maka memang pesan kegemaran Tukang Kebun set tiram goreng. Kalau bahasa Jepun tiram panggil 'kaki'.
 Tahun 2016 lalu, pertama kali Tukang Kebun masak seafood tiram. Kalau dekat Tamu Tuaran boleh beli tiram yang isinya dah dibuka dan dipek seperti dalam gambar bawah dengan air laut yang bersih supaya tahan lama. Banyak juga tau isinya dalam satu bungkus tu. Satu bungkus kalau ikut harga biasa tahun lepas hanya RM2. Kekadang peniaga tawar harga beli 3 bungkus RM5. Jadi untuk pelancong ke Sabah bukan hanya boleh bawa balik ole-ole beli frozen udang sahaja tau. Kalau pek elok-elok supaya tak bocor dalam bekas pindahkan, boleh bawa balik jugakan ke Semenanjung. Harga murah tau. Kalau 3 bungkus pun memang cukup untuk satu hidangan satu family makan. Jika kesempatan singgah sehari sebelum atau hari nak balik pada pagi hari Sabtu atau pagi Ahad boleh singgah Tuaran beli isi tiram mentah untuk kasi orang Semenanjung rasa. Bulan February dan Mac ini masa sesuai nak beli tiram dari Tuaran isinya lebih besar berbanding dengan hujung tahun.
 Hasil laut tiram ini memang produk tempatan Tuaran. Banyak akuakultur di kawasan Mengkabong Lagoon dalam daerah Tuaran. Pernah Tukang Kebun beli direct dari peniaga akuakultur masa tu harga sekilogram RM5 di sebuah perkampungan Mengkabong. Tapi sebab beli banyak dapat diskaun RM4 sekilogram tiram yang fresh masih dengan kulitnya. Kebetulan masa tu orang tengah yang sepatutnya ambil pesanan tu dari pemelihara akuakultur tak datang-datang, dia let go kat Tukang Kebun lah. Jika rajin boleh stim sekejap tiram kasi supaya dia buka cangkerangnya, kemudian keluarkan isi-isinya dan frozen. Sedap juga masak balik bila dikeluarkan dari frozen masih manis rasanya sebab beli segar terus keluarkan isi dan kasi beku lekas-lekas.
 Hehehe...ini gambar-gambar kenangan Tukang Kebun mula berpengalaman cuba masak tiram ya. Masak Tiram ala-ala goreng halia. Pengalaman pertama kawan bagi ilmu nak buka-buka mudah tiram cangkerang kasi keluar isi pun boleh luka-luka juga tangan sebab cangkerangnya tu tajam bergerigi. Sebab harganya murah di Tamu Tuaran, sekarang Tukang Kebun lebih beli yang dah siap buka sahaja. Tapi bila dah ada pengalaman buka cangkerang tiram yang banyak, perasaan menghargai ada masa beli teringat kepada yang dah tolong bukakan isinya tu tau. Lagipun nak tunggu tiram membesar untuk isi besar pun lebih umur 8 bulan. Ayam lagi cepat besar.
 Lepas makan malam di Teluk Matsushima, dah gelap kebanyakkan tempat pelancongan di kawasan ini dah tutup awal dalam pukul lima. Sebab dah mula nak musim salji, masa siang pun dah singkat. Maka kami pun beransur ke stesen keretapi Matsushima-Kaigan.
 Bila keretapi sampai, terkejut juga tak sangka ada keretapi karakter. Tapi karakter kartun manga ini bukan zaman masa Tukang Kebun pandai tengok kartun lagilah dan ada zaman belum lahir lagi. Ini adalah untuk menghargai hasil penulis manga Shotaro Onadera. Yang Tukang Kebun tahu dari hasil manga penulis ini ialah 'Kamen Rider' dan 'Power Ranger' je. Tapi Senseki Line ni landasan yang lalu kawasan kampung penulis manga ini. Di mana kampungnya iaitu dalam daerah bandar Ishinomaki ada sebuah muzium untuk menghargai hasil koleksi-koleksi penulis manga terkenal di Jepun ini. Mungkin siapa yang dah membesar masa tahun 70-an berkesempatan menonton banyak adaptasi kartun dari manga dikarang oleh Shotaro Onadera. Jika anda kesempatan nak melawat kawasan Sendai, boleh juga melawat Mangattan Muzium di bandar Ishinomaki , boleh check website muzium tersebut dalam versi Bahasa Inggeris (Click Here)
 Ilhan tanya mama pun, mama tak kenal karakter-karakter ini cuma yang Kamen Rider dan Power Ranger je la itupun dah tak ingat dah. Nasib baik jugalah dapat merasa naik Magattan Liner ni secara tak dirancang. Setiap hari Ahad pagi jika anda naik keretapi gunakan JR Senseki Line  ke Magattan Muzium ada special train boarding pass diberikan. Further details check this website (Click Here). Ada masa-masa tertentu dia untuk naik Magattan Liner ni.
Murah rezeki anak-anak, lepas dapat rasa naik keretapi Pokemon (related posting klik sini), dapat pula rasa naik keretapi tema Kamen Rider dan Power Ranger. By this time, dah tak larat nak ambil gambar-gambar dah hehehe...lega kaki dah boleh kasi panaskan semula. Nak kumpul tenaga balik sebab lepas sampai Sendai kami kena naik bullet train pula ke negeri lain.

Program Half-Day Lawat Teluk Matsushima (5th Day):
Bot Cruise Teluk Matsushima (Click Here)
Kuil Godaido (Click Here)
Pulau Fukuura (Click Here)
 Bulan March 2018 ini buat promosi untuk pokok bot orkid 2 for RM15 seperti gambar di atas.



More info on Bot Orkid (Click Here).




Yang berminat untuk self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama pada awal bulan March (Please confirm first):

3rd/4th March 2018 Saturday/Sunday morning between 10:00AM-10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Kitakami Comfort Hotel

$
0
0
 Selepas sampai di Stesen Keretapi Sendai, papa dan Ilhan pergi ke Richmond Hotel ambil luggage yang kami minta simpan di sana selepas check out. Manakala, mama, Rayyan dan Abby tunggu di stesen keretapi sementara mama ambil ticket bullet train baru untuk ke Kitakami Stesen, Iwate prefecture. Sebab kami behind schedule dalam sejam lambat bergerak balik masa berjalan-jalan di Teluk Matsushima (related posting klik sini), gara-gara nak merasa makanan laut sambil makan malam. Asalnya tiket yang diambil tempahan awal adalah pukul 6:37PM dari Sendai, kena ambil yang baru pukul 7:37PM naik bullet train Hayate 115go. Ini adalah pertama kali kami tukar waktu tiket keretapi terlepas, nasib tak kena penalty apabila gunakan JR East Pass (Tohoku Area).
 Akhirnya pada pukul 8:33PM kami sampai Stesen Keretapi Kitakami dalam negeri Iwate. Malam kelima kami menginap di negeri lain dan latitude dia lebih tinggi dari Sendai (Negeri Miyagi). Mula-mula ingat nak duduk kawasan Ichinoseki. Tetapi tak jumpa tempat penginapan yang sesuai dengan harga budget untuk kami muat lima orang. Syukur Alhamdulillah Comfort Hotel ni Family Friendly walaupun ianya Business Hotel. Tambahan pula antara penginapan lain semasa perjalanan di Jepun kali ini, hotel ini paling murah harganya semalam.
 Cuaca dahlah makin sejuk, nasib baik Comfort Hotel ini memang berdepan betul dengan Stesen Keretapi KitaKami ikut keluar East Entrance dia. Comfort Hotel ini terletak sama negeri sahaja dengan pengalaman pertama hari keempat anak-anak rasa snow (related posting klik sini).
Maka rezeki anak lagi dapat main salji yang berkumpul di pintu masuk Comfort Hotel. Terus hilang penat mereka. Papa masuk check in dulu sambil Mama meneman. Tersenyum-senyum receptionist tengok gelagat anak-anak di luar main salji yang susah nak dipujuk masuk. Comfort Hotel ini kena inform mereka dulu kalau check in lambat jika sampai lepas pukul 8 malam. Mereka pun ingat kami tak sampai, nasib baik semua ok gara-gara lambat sejam dari perancangan asal.
 Nasib baik di belakang Hotel Comfort Kitakami ini ada convenience store Lawson, bolehlah beli dinner fastfood macam riceball atau bento. Nasib juga ada bekalan buah-buahan yang kami beli sediada dari Shiogama (related posting klik sini). Sementara makan bolehlah cuci baju. Memang salah satu facilities yang kami dah aim nak gunakan di hotel ini ialah mesin basuh dan pengering yang disediakan di sini. Ikut kiraan pakaian yang dibawa pun dah hampir semua perlu basuh. Hari kelima di Jepun , ini sahajalah masa yang kami cuci baju.
 Sebelum tidur masih kedengaran salji sedang turun lebat semula. Syukur Alhamdulillah pagi esoknya dah berhenti dan anak-anak masih seronok ambil kesempatan main salji. Just in case, kami pinjam dua payung dari lobi hotel sebelum bergerak keluar.
 Lewat juga kami keluar. Turun breakfast pun dah dalam 8:30pagi. Bersiap-siap dengan ke tandas segala pukul 9:30pagi barulah bergerak ke tempat-tempat menarik yang sudah dirancang untuk melawat pada hari ke-6 di Jepun 2017. Comfort Hotel punya service okay dan staff very friendly and helpful. Ada juga rajin berlatih cuba berbahasa Inggeris dengan tetamu warga asing.
Awal tahun 2018 ini, Tukang Kebun perhatikan rajin sungguh Madonna Lily berbunga. Bersilih ganti rancak berbunga si Madonna Lily. Madonna Lily ini pun tak perlu banyak jagaan. Bahagia di kawasan separa matahari atau redup. 

Info selanjutnya mengenai Madonna Lily (Click Here).

 Special Offer untuk bulan Mac 2018 ini sahaja, 2 moist bare-rooted Madonna Lily for RM10.
Have a lovely weekend.

Rambai Istana

$
0
0
 Buah Malaysian Cherry yang mirip dengan buah Cherry Barat yang biasa dihiasi atas kek ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Ceri Terengganu, Perupok atau Rambai Istana. Pokok Rambai Istana ini memang pokok nadir kita. Maka ianya amat mudah membiak merata di dalam kebun kerana buahnya yang telah ranum adalah kegemaran makhluk bersayap seperti burung dan kelawar. Setelah biji benih buah ceri bercambah, akar yang tumbuh amat panjang juga. Indikasi yang pokok Rambai Istana ni pandai mencari air dan boleh hidup selesa di mana-mana kawasan di bawah elevation 500 meter tanah bumi Malaysia ini. Ianya juga tidak cerewet dengan jenis tanah kerana boleh hidup dengan jenis tekstur tanah berpasir sehingga tanah liat/merah.
 Pokok Rambai Istana amat pantas membesar dari biji benih. Sekiranya persekitaran pertumbuhannya adalah pada keadaan optimum, ianya sudah boleh berbuah pada usia lebih 2 tahun. Memandangkan di kebun belakang Kebun Bahagia Bersama mengamalkan konsep naturally organically grown memang banyak anak-anak pokok rambai istana muncul. Terutamanya pada kawasan yang agak terlindung mungkin banyak makhluk yang membawa lari buahnya makan di situ dengan tenang. Kebun belakang memang tak disiram pun, jadi pokok-pokok yang memang ada akar tunjang semuanya pandai-pandai nak hidup sendiri. Sekarang ada sekurang-kurangnya 3 pokok rambai istana yang matang tumbuh di kebun belakang yang tumbuh sendiri.
 Pokok Rambai Istana ni memang sesuai dijadikan pokok hiasan juga kerana bunganya sangat cantik warna merah hati. Kemudian buah kecil berwarna putih akan mula membesar yang kemudiannya bertukar kepada hijau. Seterusnya apabila ranum buahnya bertukar kepada warna merah hati seperti warna bunganya. Buah rambai istana boleh dimakan dan ianya mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi juga. Rasanya lemak manis isinya. Kalau tak biasa lagi mungkin kupas buah kulitnya sebelum makan.
  Pucuk rambai istana pula berwarna keungguan. Ada sumber melaporkan di negara Thai ada yang menjadikan pucuk rambai istana sebagai sayur dengan memasaknya terlebih dahulu. Pokok Rambai Istana ini boleh dipangkas-pangkas untuk jadikannya sebagai pokok yang renek. Yang menarik juga buah rambai istana lebih tahan lama pada suhu bilik banding dengan ceri barat. 

 More info on Rambai Istana (Click Here).

~ 1 pot Rambai Istana RM10.00 ~

Sinurambi Tambunan

$
0
0
 Pada hari pertama Tahun Baru Cina 2018, kami bawa anak-anak berjalan ke daerah Tambunan di Negeri Bawah Bayu. Salah satu tempat persinggahan ialah Sinurambi Tambunan yang rasa betul bayunya yang amat nyaman dirasmikan pada Disember 2016. Masih lagi persekitaran kawasan Sinurambi Tambunan ini sedang disiapkan fasa-fasa kemudahan lain walaupun ianya dibuka awal untuk pelancong-pelancong kerana tahun 2017 lepas adalah di Sabah, Tahun Melawat Tambunan 2017.
 Ramai juga pengunjung ke Tambunan Viewing Point ini bersilih ganti yang melawat pada hari sama dengan kami. Ada disediakan buku pengunjung untuk mereka yang ingin rekodkan telah selamat melawat di Sinurambi Tambunan ini. Ada juga yang separuh jalan sahaja naik menara ini kerana gayat. Syukur Alhamdulillah semua ahli kami berkesempatan naik hingga viewing point paling tinggi di Sinurambi Tambunan.
 Jika pelancong dari luar Sabah sudah ke Kundasang. Lain kali datang melancong ke Sabah lagi, lawatlah daerah Tambunan pula. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang dan Tambunan lebih kurang sama sahaja. Di sini juga pemandangannya setanding dengan Kundasang, nak pergi pun sama je berliku-liku ikut Banjaran Crocker ni cuma arah yang berbeza, the other side of Kinabalu pemandangannya bak kata orang sini. Di mana Kundasang seperti Cameron Highland terkenal dengan tumpuan penanaman sayur-sayuran. Tapi bagi ethnic Dusun-Kadazan, Tambunan ini adalah seperti negeri Kedah iaitu salah satu rice bowl of Sabah. Diversity jenis baka padi kampung Sabah kebanyakkannya berasal atau bibitnya diambil di sini. Kalau Tukang Kebun tanya aunty Tukang Kebun mana dia ambil bibit--bibit padi, biasanya aunty ambil di Tambunan. Due to its unique geographical features, kedua-dua jenis category padi iaitu padi sawah dan padi bukit ditanam di sini. Orang Sabah panggil padi huma ialah padi bukit. Dilaporkan bahawa 80% Tambunan dapat dinikmati di Sinurambi Tambunan ini.

Jenis-jenis padi yang masih ada dalam stok Tukang Kebun (1 pek RM3.00 anggaran 100 biji benih):
Padi Bukit Taragang (Bukit)
Padi Bukit Gonsulak (Bukit)
Padi Bukit Bokilong (Bukit)
Padi Bukit Tomou (Bukit)
Padi Pandasan (Bukit)
Padi Pandasan (Sawah)
Padi Tarab Arab (Sawah)
 Salah satu keunikan Daerah Tambunan ini berbanding dengan kawasan Kundasang ialah terdapat beberapa gunung juga di dalam daerah ini. Sebagai contoh, Gunung kedua tertinggi di Malaysia juga adalah terletak di negeri Sabah iaitu Gunung TrusMadi di Tambunan. Walaupun ketinggian Gunung Trusmadi adalah cuma 2642meter jauh berbeza dengan Kinabalu (4,095m), lebih mencabar untuk panjat Trusmadi. Sebenarnya kami mula-mula dah tak pasti mana nak pergi, ingatkan cuba tengok je lah apa ada di simpang roundabout yang tunjuk ke arah Hutan Simpan Gunung Trusmadi. Sekali ternampak papan tanda Sinurambi Tambunan kami ikut sahajala.
 Mula-mula teragak juga kenapa lepas belok dari simpang utama, masih jalan kampung je ni tak tar. Tapi nasib baik bertembung dengan banyak kereta menambah keyakinan, jalan betul kut. Rasa macam ada 15 minit juga agaknya lepas belok dari simpang utama nak ke viewing point ni sebab bawa kereta perlahan sahaja. Berdekatan dengan Tambunan Viewing Point ini semasa lawatan kami sebuah resort ada feature ala Bali sikit sedang dibina. Jika project resort itu, berjalan lancar sesiapa yang melawat Tambunan bolehlah juga ada pilihan menginap di sana. Cuma agak aneh Tukang Kebun rasa bila nampak berderet pokok kelapa ditanam atas kawasan tinggi ni dalam persediaan landskap project resort tersebut. Pokok kelapa kalau resort pulau macam ngam la, but highland...rasanya another plant selection might be better.
 Lama tak nampak sarang lebah sebesar gini. Sebenarnya bukan satu sahaja sarang lebah ada dua bergayut pada pokok yang sama. Banyak makanan lebah tu agaknya di kawasan ini.
 Penggemar bunga putih wangi. Kebun Bahagia Bersama ada stok anak pokok kemuning semula jika berminat (1 pot RM10.00).

More info Kemuning (Click Here).

Mansoa alliacea dan Mickey Mouse

$
0
0
 Lepas dah lama tinggalkan kebun apabila berada di tempat lain sekian lama, bila balik kalau pokok garlic vine (Mansoa alliacea) ni sedang meriah peak musim bunganya boleh buat kepala ringan memikirkan banyak kerja mengemas kebun nak kena buat seketika. Walaupun batang pokok garlic vine tidak besar tapi gugusan bunga yang dihasilkan teramat lebat. Pokok garlic vine adalah berasal dari kawasan Amerika Selatan bukan asalnya dari bumi Malaysia ini. Di negara asal pokok garlic vine ini terkenal sebagai magical herb plant. Kerana pokok ini ada nilai banyak dalam pelbagai perubatan. Boleh juga daunnya dibuat rempah masakan. Kemudian daunnya juga boleh direbus dan dijadikan mandian wap untuk mengurangkan demam, selsema, sakit-sakit badan dan lesu. Lain kali nak cuba jugalah spa mandian garlic vine. Dari bila dipangkas-pangkas dibuang daunnya begitu sahaja kan. Dahlah dah penat berkebun mengemas.
 Kalau berborak dengan orang nursery katanya susah mereka nak stock up pokok garlic vine ini kerana susah nak propagate hidup kalau dari keratan. Syukur Alhamdulillah di kebun kami ini banyak pula anak-anak pokoknya atau tunas dari akar bonda garlic vine ini beranak-pinak di bawah bondanya. Pokok garlic vine juga menghasilkan biji benih ya. Kekadang kalau musim yang pollination bagus nampak buahnya yang nipis panjang macam kekacang petai dan dalam benihnya macam kertas sikit (pappery?). Yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah bukan dari keratan. Tukang Kebun korek je perlahan-lahan keluar dari tanah sudah berakar. Kalau kami takde masa, habis anak-anak garlic vine tu kami sorong je mesin rumput di atasnya. Ada juga yang muncul balik keluar. Jika sesiapa nak ambil anak angkat garlic vine ada stok sekarang, bondanya memang duduk tepi pagar depan Kebun Bahagia Bersama depan jalanraya.

More info on Garlic Vine (Click Here).

~ 1 pot pokok Garlic Vine (Mansoa alliacea) RM8.00 ~

 Cuma satu sifat pokok garlic vine dia suka sangat cahaya matahari ya. Boleh ditanam dalam pasu. Cuma kalau nak dia cepat membesar berikan dia banyak cahaya matahari baru dia akan tumbuh dengan cepat dan memberikan performance yang terbaik ya. Tukang Kebun perhatikan pokok Garlic Vine boleh hidup berpasangan bahagia dengan pokok Mickey Mouse. Kalau malas nak pasang pancang kahwinkan mereka duduk bersebelahan ya. Tapi masa mereka sama-sama membesar la kasi pasangan baru adil.
 Pokok Mickey Mouse pun seperti pokok garlic vine boleh ditanam dalam pasu juga. Kekadang ada yang tumbuh sendiri hijack pasu lain tengok dia yang subur membesar dan hasilkan bunga juga. Kalau tumbuh dalam pasu pokok Mickey Mouse ini nampak cantik juga jika di bonsai kan. Takdelah dia membesar tinggi seperti yang tumbuh atas tanah. Pokok Mickey Mouse ni biasanya tak putus-putus menghasilkan bunga. Tambahan pula nampak macam dua warna bunganya . Sebab bunga asal berwarna kuning. Kemudian semasa pembentukan biji benih jadi warna merah. Jadi nampak bunganya dwi-warna mekar serentak.

More info on Mickey Mouse (Click Here).

~ 1 pot Mickey Mouse RM10.00 ~

Borneo Ultra-Trail Marathon 2018

$
0
0
 Tahun ini Tukang Kebun challenge diri untuk mencuba pengalaman baru iaitu marathon. Kali terakhir join marathon pun masa sekolah rendah. Aduiii dengan badan tak fit dan berat sekarang tanpa latihan terus cuba bukannya didahului dengan fun run tapi terus ke yang lebih mencabar iaitu Ultra-Trail Marathon. Ini juga untuk kami jinakkan si Ilhan Mikhail dengan marathon. So bukan sahaja pengalaman pertama untuk Tukang Kebun tetapi juga si Ilhan. Ilhan adalah antara pelari termuda atau memang termuda sebab dia paling kecil untuk acara Borneo Ultra-Trail Marathon 2018 ini. Mula-mula teragak-agak jugalah nak cuba kena persediaan hati dan mental, tapi sebab dia dekat kampung area Big Boss dan untuk pendedahan Ilhan terus semangatkan diri.
 Kami sertai yang acara 12km je memandangkan beginner level lagi kan. Acara bermula di pekan Kiulu pada pukul 7pagi 11hb Mac 2018. Yang trail 12km naik turun dua bukit. Awal-awal permulaan lagi dah kena berlari naik bukit. Tukang Kebun rasa tak sampai 5% dari trail tu berlari, cuma jalan kaki laju-laju ja takut kaki nanti terkejut, satu hal kalau kejang nanti. Bila naik first bukit tu pemandangan indah dan dapat nampak Gunung Kinabalu latar belakangnya dengan keadaan pagi yang masih dingin berkabus. Rasa macam kita berjalan atas awan.
 Awal lagi si Ilhan Mikhail dah tak nampak bayang, jauh meninggalkan kami berdua. Papa Ilhan serba salah nak ikut Ilhan ke mama Ilhan. Papa Ilhan setia dengan mama Ilhan takut nanti mama kena tinggal sorang-sorang hilang determination nak habiskan marathon sebagai finisher ikut masa yang ditetapkan sampai ke garis penamat sebelum pukul 1 (6 jam maksimum). Papa Ilhan kata baru dah mula dah nampak raut muka Mama Ilhan macam menyesal pula join hehehe..... Muka papa Ilhan pula lama-lama dah bosan tunggu pace mama Ilhan.
 Memandangkan Tukang Kebun slow and steady sahaja tapi tanpa berehat langsung berjalan ja untuk cuba sampai sebagai finisher on time. Dalam hati risau juga manalah anak seorang ni dah lari tak nampak bayang dah kena kuatkan hati habiskan trail juga. Setiap kali sampai checkpoint mesti tanya ada nampak anak lelaki saya tak, budak kecil. Semua ingat Ilhan, check point pertama punya penjaga kata awal lagi Ilhan dah sampai, dia ingat orang kat belakang dia tu yang parent dia...hehehe...sampai check point kedua pun sama, penjaga situ kata awal lagi tu budak dah limpas. Lega sikit hati dengar dan tak sangka betapa laju juga Ilhan boleh ikut orang-orang dewasa.
 Malam sebelum acara sebenarnya hujan lebat. Sedap sungguh tidur di Kiulu sejuk. Tapi esok akibatnya trail basah jadi lecak dan licin. Bila sampai bukit kedua rasanya mencabar nak daki sebab lecak dan licin melalui kebun getah orang. Langkah kena hati-hati supaya tak tergelincir yang boleh terkoyak muscle nanti. Kaki dah lenguhkan bila bukit kedua rasa bilalah nak abis mendaki ni.Mendaki bukit kedua yang paling mencabar. Sebab tak dapat nak agak dah sampai puncak ke tidak kerana jalannya berlereng. Cuma kami geng di belakang ni kuatkan semangat lagi dah bayar mahal kena habiskan juga hehehe....yuran pendaftaran untuk 12km sahaja dah RM150 seorang. Papa Ilhan pun tak habis-habis mengomel mahal-mahal pendaftaran dari hari mendaftar sehingga penamat.
 Bila dah turun bukit terakhir dan masuk kampung Big Boss dengan masa tinggal kurang sejam untuk masa finisher baru speed up semula. Turun bukit akhir tu memang rasa nak menangis dah sebab kaki kanan dah mula rasa kejang. Kedua kuku ibu jari kaki masih lebam sehingga hari ni sebab menahan dari tergelincir masa turun bukit. Sudah tinggal satu kilometer terakhir tu memang dah rasa tak sabar-sabar nak perabiskan je cepat-cepat sampai. Syukur Alhamdulillah sampai juga garis penamat. Ilhan pun dah bosan menunggu lama hahaha....dapatlah kami bertiga bawa balik finisher medal.
 Ilhan cerita awal-awal dia lari sesama dengan mat salleh. Mat Salleh tanya "Where is your parent?", Ilhan balas "They are too slow". Tak nak mengaku usia 10 tahun, semua tanya dia kata 11 tahun. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada semua pelari-pelari yang banyak bantu tengok-tengokkan Ilhan semasa ketiadaan kami. Khuatir juga kalau Ilhan tersilap jalan. Bila kami sampai ke penamat sambil berehat, ramai kata laju betul Ilhan lari untuk beginner dan usia yang muda for level ultra-trail marathon. Boleh tahan jugalah Ilhan boleh habiskan perjalanan lari 12km dalam 3 jam 27 minit. Lama kena tunggu mama Ilhan sampai hahaha....beza banyak. Jengjengjeng keputusan di bawah sudah kena record. Papa Ilhan lah kasihan tak penat langsung sebab kena babysit Mama Ilhan. Kalau tak laju dari Ilhan lagi.
 Papa Ilhan takut nanti Mama Ilhan merajuk patah semangat tak mau lari lagi kenalah meneman hehehe...lama la nak tunggu mama kurus nanti. Ini semua ahli keluarga sedang memberi sokongan untuk Tukang Kebun kuruskan badan dan Ilhan pula untuk kuat bersukan. Nenek penyokong no. 1 Ilhan. Walaupun dalam kesibukkan, demi Ilhan , Nenek tolong jaga ni dua budak di homestay nya di Kampung Ranap, Kiulu, cuma 10 minit berjalan kaki sahaja ke Pekan Kiulu dan kurang 500 meter dari Masjid Kiulu. Sejak tahun lepas, Nenek dan Atuk Ilhan mula buka Homestay di Kiulu. Jika ada yang mencari penginapan di Kiulu, boleh layari facebook cari 'Teratak Kiulu Lodge'.
 Bulan ni sibuk travel, mohon maaf atas talian tak beberapa elok dan ketiadaan masa maka email dibalas amat lambat ya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang meluangkan masa singgah di sini dan memberikan komen. InsyaAllah jika ada rezeki masa akan kami cuba juga ziarah ya.
 Sepanjang laluan ultra-trail marathon 2018 ni, ada juga lalui beberapa kebun nenas. Oleh itu sehingga hujung bulan Mac 2018 kami menawarkan 3 sulur nenas madu sabah RM5.00 .

Tugu Peringatan Mat Salleh

$
0
0
 Cuti Tahun Baru Cina 2018 kami bawa anak-anak jalan-jalan ke Tambunan. Pertama kali kami sekeluarga melawat Tambunan ni. Jarak perjalanan pun sama sahaja dari Kota Kinabalu ke Kundasang nak ke Tambunan ni. Cuma Kundasang lebih popular kami dan pasti kawasan Kundasang akan sesak pada cuti am long weekend tersebut dengan pelancong-pelancong.Tapi Tambunan juga keindahannya tak kalah dengan Kundasang masing-masing ada keistimewaannya.
 Antara tempat persinggahan di lawatan Tambunan kami ini ialah Tugu Peringatan Mat Salleh. Tempat Tugu Peringatan Mat Salleh ini ada Penjaga nya juga menjaga kawasan ini apabila waktu buka. Kebetulan kami datang hari Jumaat, lepas tu terpandang pula kepada beberapa pokok-pokok bunga jenis crinum yang tangkainya tinggi baru je lepas kembang. Tak tahu kebetulan ke tidak tersenyum membaca kembali posting lama Kebun Bahagia Bersama yang bertajuk "Suka Kembang Malam Jumaat" (klik sini). Lagipun asal baka pokok crinum species sama yang tumbuh di Kebun Bahagia Bersama juga diambil berdekatan daerah ini juga. Pokok crinum jenis ini bahagia tumbuh dengan penerimaan cahhya matahari yang banyak.
 Rayyan lah setia menemani Tukang Kebun sementara papa Abby masih lagi memujuk dua orang yang grumpy dalam kereta. Eloklah juga bawa anak-anak ke sini untuk lebih mudah mendalami subjek sejarah yang memang akan belajar mengenai tokoh Mat Salleh.
 Top three tallest mountain in Malaysia, ketiga-tiganya adalah di dalam negeri Sabah. Yang menariknya di dalam daerah Tambunan anda dapat menyaksikan dua gunung tertinggi di Malaysia. Yang memang diketahui Gunung Kinabalu paling tinggi, kemudian diikuti oleh Gunung Trusmadi seperti gambar di atas. Bahkan dilaporkan bahawa lebih mencabar untuk mendaki Gunung Trusmadi berbanding Gunung Kinabalu. Ada juga beberapa gunung dalam daerah Tambunan yang boleh didaki selain dari this two majestic moutains.
 Pertama kali cuba serunding Tuhau di Tambunan. Sedap juga. Di Kundasang juga ada jual serunding tuhau ni. Jangan lupa cuba rasa ya. Kalau penat berkebun, sekadar masak nasi panas makan dengan serunding tuhau juga bangkit selera. 
 Di Tambunan ada juga gerai-gerai tepi jalan menjual produk tempatan. Banyak Tukang Kebun beli pelbagai jenis beras tempatan untuk stok dapur ada lebih RM100 belanja untuk beras sahaja. Belum lagi benda-benda lain. Kebetulan bila tengok pisang hijau tergantung atas ni macam familiar je seperti ada koleksinya di Kebun Bahagia Bersama. Bila Tukang Kebun tanya ini pisang kadau ke? Ya betul sekali. Pisang kadau ni mengambil masa lama sikit nak tukar ke warna kuning bila tanya tuan gerai kami sependapat. Takdelah nak kelamkabut habiskan cuma kena sabar. Kulitnya tebal sikit tapi isi lembut. Buahnya sebiji besar cepat juga kenyang. Diameter buah pisang kadau adalah lebih besar atau gemuk dari pisang berangan ya.
 Pisang kadau bentuknya berbulat-bulat sikit kurang bersegi. Perbandingan size buah pisang kadau dengan buah pisang mas di gambar atas. Walaupun setandan pisang kadau sisirnya tak sebanyak pisang mas tapi sama je isipadunya.

More info on pisang kadau (klik sini).
Pisang kadau ni kalau di Sabah ni adik beradik terdekat ialah Pisang raja udang yang kulit berwarna merah tu. 

~ 1 sulur pisang kadau kuning moist bare-rooted RM10.00 ~

~ 1 sulur pisang raja udang moist bare-rooted RM20.00 ~

Bila ada bekalan buah organik pisang kadau dari KBB juga dibekalkan sesisir RM5.00 .
Viewing all 401 articles
Browse latest View live