Quantcast
Channel: Kebun Bahagia Bersama
Viewing all articles
Browse latest Browse all 401

Lollipop Pugi

$
0
0

Semasa trip ke Tamu Kota Kinabalu hujung bulan lepas (kisah trip kliksini) dapatlah lepaskan gian untuk makan buah pugi. Buah pugi ini adalah buah nadir Malaysia (info klik sini). Rupanya macam buah Sentul tapi dikatakan berlainan oleh orang tempatan sini. Nasib juga baik pada hari itu, ada seorang saja penjual buah pugi hari itu.  Kelihatan begitu segar buahnya yang baru sahaja dipetik siap dengan batang tangkai buah lagi.

 Apalagi teruslah Tukang Kebun tanya berapa harga setompok? RM2 setompok. Lalu Tukang Kebun pula minta 3 tompok RM5. Baik hati penjual setuju. Dimintanya pilih. Tapi nampak macam baik segar saja rupa buahnya, maka Tukang Kebun pun bilang mana-mana saja.

  Kulit buah pugi ini tebal seperti contoh yang ditunjukkan oleh Rayyan. Tapi begitu mudah nak dikupas jika dibandingkan dengan manggis, duku mahupun langsat. Ringan macam gabus kulitnya dan tak melekit, tangan si Abby pun boleh kopek dengan cepat sendiri. Memang Tukang Kebun tahu si Rayyan sukakan buah ini jadi bila terserempak mesti beli. Sekarang Rayyan ada kawan makan pugi, si Abby pun suka makan buah pugi. Rasanya Abby dan Rayyan habiskan 1 tompok buah pugi masing-masing.
 
  Seperti biasa ada-ada sahaja idea dari si Rayyan. Memandangkan kali ini buah pugi yang dibeli masih bersama tangkainya. Tambahan pula kulit buah pugi yang begitu mudah dikopek dengan tangan tanpa terpatah batangnya, maka Rayyan kata: “Mama tengok ni Rayyan buat macam lollipop”. Makin lajulah mereka berdua ini makan buah pugi sebab seronok nak buat bentuk lollipop. Papa Abby biasalah ikut flow anak-anak melayan juga buat lollipop pugi. As long as the kids have fun while eating healthy fresh fruits. Nanti dah ada anak sendiri adalah kenangan indah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 401