Antara pokok buah nadir di Malaysia yang makin jarang ditemui ialah pokok perupok atau lebih dikenali sebagai pokok Ceri Terengganu. Jika di kawasan persekitaran kediaman/ perumahan anda tiada pokok ini, susah jugalah nak merasakan sebab buahnya tidak dijual secara komersial di pasaran. Selain ditanam untuk nilai khasiat buahnya yang isinya manis, pokok perupok juga adalah sebuah kumpulan pokok buah nadir bersaiz kecil sederhana yang sesuai sebagai pokok hiasan di laman. Walaupun laman rumah teres boleh selitkan sepokok untuk sejukkan rumah atau di luar pagar bakal teduhkan kereta.
Maklumat lanjut mengenai pokok perupok boleh lawat posting sebelum ini (klik sini).
Bentuk buahnya yang merah menyala menarik pandangan terhadapnya. Sebelum kudup bunganya kembang ianya bergugusan seperti anggur kecil merah. Perupok juga mempunyai pucuk yang berwarna keungguan contrast dengan daun yang matang berwarna hijau.
Apabila kembang kelopaknya berwarna merah hati comel dilihat. Di tengah bunganya yang mekar berwarna putih di situ buah akan membesar hari demi hari.
Kebiasannya dahan pokok perupok akan menghasilkan ranting-ranting kecil yang menghasilkan banyak buah yang akan membesar hingga rapat sesama mereka.
Dari buah kecil yang berwarna putih akan bertukar kepada warna kehijauan. Kemudian apabila buah masak betul berwarna merah hati. Jika ingin melakarkan landskap Jepun ala tropika, Tukang Kebun rasa sesuai pokok perupok dijadikan pengganti pokok sakura/cherry blossam yang mudah tumbuh di Jepun. Pokoknya boleh dicantas saiz pokok buah bonsai. Dalam bayangan Tukang Kebun cantik digandingkan dengan buloh juga pokok ini untuk menghasilkan tropical Japanese Garden.
Tukang Kebun perhatikan pokok perupok yang tumbuh sendiri di belakang kebun terbiar tidak dibaja tengok faktor persekitarannya ambil 2~4 tahun berbuah. Kira cepatlah tu sebab ini adalah pokok yang nak berbuah tak putus-putus berpuluh tahun selepas matang. Pokok pisang pun ambil masa nak berbuah nak dekat setahun ikut jenis pisang dan faktor persekitaran, itupun berbuah hanya sekali.
Pada awalnya memang terasa lambat pertumbuhannya, mungkin ianya masih mengumpulkan tenaga untuk membesar dan lebih kepada akarnya. Bahagian pertumbuhan akar juga penting kerana tugasnya untuk menyerap nutrient/baja dan air untuk pertumbuhan pokok keseluruhan. Nanti entah tiba-tiba ada satu phase macam melonjak pula pertumbuhan pokok perupok yang Tukang Kebun perhatikan.
Terima Kasih banyak-banyak atas progress-progress update yang diterima mengenai anak-anak perupok yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Rasanya dah hampir 2 tahun kami mula bekalkan anak pokok perupok di merata Malaysia. Bulan lepas bekalan stok terputus sekejap. Jadi minggu ini dah boleh keluarkan stok baru anak-anak pokok perupok yang dipindahkan dalam bekas beberapa minggu lalu masa temankan dearest husband kemaskan kawasan pokok cempedak.
~ 1 bekas anak pokok Perupok/Ceri Terengganu RM10.00 ~